| | |

ASYAIRAH SUFIYYAH

Golongan yang memperlihatkan tauhid sebagai syirik manakala syirik dikatakan tauhid.

Menetapkan sifat-sifat Allah berdasarkan firman Allah ﷻ dan sabda Nabi ﷺ dikatakan tajsim, menjisimkan Allah ﷻ seperti makhluk yang syirik lagi kufur, kata mereka.

Manhaj metodologi mereka ialah takwil dan tafwid, memalingkan zahir makna sifat-sifat Allah ﷻ kepada makna-makna yang bersesuaian dengan akal falsafah mereka lalu kesudahannya mereka menyembah Tuhan yang mereka tidak tahu di mana.

Mereka mendakwa menjadi pengikut Imam Syafie tetapi tidak pula mahu mengikuti akidah ataupun manhaj Imam Syafie.

Imam Syafie bermanhaj Salaf al-Soleh, rahimahullah.

Kata Imam al-Sabuni al-Syafie (wafat 449H):

“Golongan Ahli Hadis bersaksi bahawa Allah ﷻ di atas langit tujuh, di atas Arasy, meninggi dan tetap seperti mana yang difirmankanNya dalam KitabNya…”

Beliau kemudian menjelaskan bagaimana Imam Syafie mensyaratkan dalam permasalahan pembebasan hamba sahaya bahawasanya hamba itu perlu Muslim berdasarkan hadis ‘Allah di atas langit’ dalam Sahih Muslim.

[Akidah al-Salaf Wa As’hab al-Hadis, hlm. 175-188]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Syaaban 1445H
15 Februari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    ROSAKNYA EKONOMI: RASUAH vs SYIRIK

    – Asal warna Hajarulaswad, Kaabah Ulama haraki melihat bahawa rasuah dan ketidakadilan dalam pembahagian harta kekayaan negara menjadi punca utama masalah ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat. Berbeza pula dengan ulama Salafi yang menegaskan bahawa masalah ekonomi dan lain-lain berpunca daripada berleluasanya syirik dan maksiat. Mereka berhujah dengan memberikan contoh Hajarulaswad;…

  • | |

    AJAR ANAK CINTA ABU BAKAR & OMAR

    AJAR ANAK CINTA ABU BAKAR & OMAR # Cinta Sahabat # Pendinding dari Kesesatan Syiah Para Sahabat Nabi ﷺ merupakan sebaik-baik generasi umat Islam yang telah dipilih oleh Allah ﷻ untuk berdamping dengan Rasulullah ﷺ dan menyampaikan risalah AgamaNya kepada generasi berikutnya. Golongan Syiah sekian lama telah memilih jalan kesesatan…

  • |

    PENYELEWENGAN TERHADAP KALIMAH ‘ALLAH’

    PENYELEWENGAN TERHADAP KALIMAH ‘ALLAH’ . . Satu usaha untuk memesongkan akidah Umat Islam. . . . . Hakikatnya ia adalah bidaah SYIRIK AKBAR dalam mentafsirkan kalimah syahadah ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. . . . Ketika mana masyarakat Islam Nusantara bersusah payah memahami tafsiran makna kalimah syahadah ini di sebalik terjemahan…

  • AKHLAK BAIK KUFFAR

    Akhlak baik dan budi bahasa tiada nilainya di sisi Allah ﷻ jika syirik. Firman Allah ﷻ: وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا. “Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan daripada jenis amal (yang mereka pandang baik) lalu Kami jadikan ia terbuang sebagai debu yang…

  • TANGGUNGJAWAB AHLI ILMU

    Antara tanggungjawab ahli ilmu ialah menjelaskan kebenaran kepada manusia dan menzahirkannya, membezakan antara yang benar dan palsu, yang baik dengan yang buruk, menyatakan perkara yang halal dan yang haram di samping menerangkan akidah yang benar berbanding akidah yang rosak agar mereka yang mencari kebenaran mendapat petunjuk dan mereka yang tersesat…

  • | |

    HARI ASYURA ALA SYIAH AFGHANISTAN

    – Bidaah tanpa sempadan Jika Syiah Iran menyambut Hari Asyura (10 Muharam) dengan memukul belakang mereka dengan tali cemeti maka Syiah Afghanistan tidak mahu ketinggalan untuk turut menyambutnya. Video yang dilampirkan menunjukkan sekumpulan pengikut agama Syiah di Afghanistan mengadakan ritual menyambut Hari Asyura dengan cara meletakkan kaki atas bara api…