| |

ISU ISTIGHATHAH: PUNCA KEKELIRUAN

Asal makna doa dalam bahasa Arab ialah menyeru, memanggil, meminta dan memohon.

Sebab itu, lazimnya doa dimulakan dengan lafaz seruan dan panggilan seperti:

“Ya Allah!”
“Wahai Tuhanku!”
“Ya Rabb!”

Doa juga adalah ibadah.

Rasulullah ﷺ bersabda:

‌الدُّعَاءُ ‌هُوَ ‌العِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah.”

[Sahih. Riwayat al-Tirmizi, no. 2969]

Oleh sebab doa adalah ibadah, maka ia wajib ditujukan kepada Allah semata-mata. Tidak boleh dipalingkan kepada selain-Nya, sama ada kepada nabi, wali, orang soleh, kubur, jin atau makhluk lain.

Allah berfirman:

قُلۡ إِنَّمَآ أَدۡعُواْ رَبِّي وَلَآ أُشۡرِكُ بِهِۦٓ أَحَدًا

“Katakan: Sesungguhnya aku hanya berdoa dan meminta kepada Tuhanku, dan aku tidak mensyirikkan-Nya dengan sesiapa pun.”

[Al-Quran, al-Jinn, 72:20]

Di sinilah timbul kekeliruan golongan Kuburiyyun. Mereka mendakwa bahawa apabila seseorang itu menyeru orang mati dengan ucapan seperti “Ya Syeikh, bantulah aku” atau “Wahai wali Allah, berdoalah untukku”, itu bukan doa, tetapi tawassul.

Realitinya mereka telah berdoa, menyeru dan meminta dari si mati itu, walhal doa adalah ibadah, dan ibadah wajib dipersembahkan kepada Allah semata-mata.

Pentingnya setiap Muslim berhati-hati dan menjaga akidah tauhidnya. Hendaklah diarahkan segala doa, permintaan, pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Memperkenankan doa.

Firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡ

“Dan Tuhan kalian bertitah: Berdoalah kalian kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permintaan kalian.”

[Al-Quran, Ghafir, 40:60]

Allah jua pemberi petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang

Similar Posts

  • | |

    BERTEMU NABI ﷺ SECARA ‘JAGA’

    Ada sebahagian pihak mendakwa guru mereka bertemu Rasulullah ﷺ dalam keadaan ‘jaga’. Dakwaan sebegini musykil. Kerana dua Sahabat paling dekat dan rapat dengan Rasulullah ﷺ, Abu Bakar al-Siddiq dan Omar al-Khattab di samping anak kesayangan baginda ﷺ, Fatimah binti Rasulillah radiallahu anhum, mereka semua tidak pernah mendakwa melihat atau bertemu…

  • | |

    SEORANG MUSLIM ITU LUAR BIASA

    SEORANG MUSLIM ITU LUAR BIASA Dia tidak seperti orang lain. Jika diberi nikmat dia BERSYUKUR. Jika diuji dengan musibah dia BERSABAR. SABAR menahan diri dengan hati, lisan dan anggota daripada menampakkan sebarang rasa tidak senang dengan TAKDIR ALLAH. Semoga ALLAH menghilangkan wabak penyakit yang tular dengan secepatnya. Sungguh ALLAH MAHA…

  • |

    “LAHANAT KAU…”

    “LAHANAT KAU…” # Bahaya ucapan laknat # Contoh perkataan laknat & mencela Sekiranya laknat itu daripada Allah maka maksudnya dihalau dan dijauhkan daripada rahmatNya. Adapun laknat daripada manusia maka ia merujuk kepada celaan ke atas sesuatu perbuatan atau pelakunya serta mendoakan keburukan ke atasnya. Maka dikatakan “Si fulan melaknat si…

  • | |

    KHAWARIJ AL-QAIDIYYAH

    Salah satu cabang kumpulan Khawarij yang bergerak menghasut pemikiran masyarakat Muslim supaya membenci pemerintah negara, menolak dan melawannya. Mengkritik untuk menjatuhkan, tidak pernah mahu membina. Jauh daripada sikap sabar dan bersyukur. Kumpulan perosak, gunting dalam lipatan kaum Muslimin. Semoga Allah ﷻ pelihara kita dan anak-anak kita daripada pemikiran Khawarij yang…

  • | | |

    TARAWIH BERJEMAAH DI MASJID HINGGA SELESAI

    Sepanjang bulan Ramadan Muslim dianjurkan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau. Sebolehnya hendaklah solat bersama imam hingga selesai tidak kira sama ada 23 atau 11 rakaat. Ganjaran pahala besar menanti anda. Sabda Nabi ﷺ: إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ‌كُتِبَ ‌لَهُ ‌قِيَامُ لَيْلَةٍ. “Barang siapa solat (tarawih)…

  • | | |

    MENJERNIHKAN FIKIRAN

    MENJERNIHKAN FIKIRAN Bagaimana cara untuk menjernihkan fikiran dan menghilangkan keserabutan? PERTAMA: Berzikir mengingati Allah ﷻ. Afdalnya dengan ucapan ‘Lailahaillallah’ dan ‘Astaghfirullah’. KEDUA: Solat. “Rasulullah ﷺ apabila berhadapan dengan sesuatu perkara maka baginda akan segera melakukan solat.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] KETIGA: Berdoa. Mengadap Allah dan merintih kepadaNya. Sebaik-baiknya semasa sujud….