SYIRIK KERANA KORONAVIRUS

SYIRIK KERANA KORONAVIRUS

GAMBAR WALI menjadi pencegah penyakit?

Awas! Ini merupakan SYIRIK yang jelas apabila meyakini ada pencegah dan penyembuh di alam ghaib selain daripada ALLAH.

Seperti mana ucapan seorang pemuja Wali:

“Ubat Korona ada di rumah kita! Cuma kita tidak menyedarinya. Kenapa kita tidak menyedarinya? Kerana kita panik! Kerana kita takut dengan penyakit itu. Sehingga kita lupa salah satu ubat yang ada di rumah kita. Siapa ubat kita? Inilah dia. Gambar salah seorang wali Allah yang baru sahaja kita sambut ulang tahun kematiannya (haul). Gambar Almarhum Abah Guru Sekumpul. Semoga berkat gambar (wali) yang ada di rumah kita, wabak penyakit tidak akan masuk ke rumah kita!”

Nauzubillah.

Betapa sesatnya ucapan dan keyakinan sebahagian daripada kaum Muslimin.

Betapa bahayanya menggantungkan gambar wali-wali (kononnya).

Ternyata ia menjebakkan Muslim kepada fahaman KHURAFAT lagi SYIRIK.

Hanya ALLAH tempat kita bergantung dan berlindung.

Hanya ALLAH yang menghilangkan penyakit dan yang menyembuhkan.

Hanya kepada ALLAH kita memohon dan meminta.

Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Rejab 1441H / 22 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • Kotak Capal

    Kotak Capal # Pentaksub Capal # Kotak pun jangan dibuang Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit. Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu. Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas. Kebiasaannya maksiat…

  • MASJID TERSILAP LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL,

    MASJID TERSILAP LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL, ADAKAH PUASA AHLI KARIAH TERBATAL? Puasa mereka sah, tidak terbatal. Mereka telah berbuka puasa kerana meyakini bahawa waktu Maghrib sudah masuk berdasarkan azan yang dilaungkan di masjid. Sekalipun ternyata kemudian azan tersebut dilaungkan beberapa minit awal sebelum masuk waktu tetapi realitinya ini merupakan kesilapan…

  • Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un

    Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un Semalam mendapat berita duka perginya seorang kenalan di alam maya, saudara Muhamad Az (https://www.facebook.com/muhamad.az.1675) atau nama penuh beliau Mohd Azhari bin Ramlee akibat kemalangan jalanraya. Walaupun tidak pernah bersemuka tetapi beliau selalu mengikuti pengajian khususnya kuliah atas talian yang diadakan semenjak bermulanya PKP pada…

  • SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…

  • IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

    IJAZAH KEDOKTORAN (PhD) Alhamdulillah setelah dipermudahkan urusan peperiksaan lisan (viva) yang berlangsung semalam pagi ini menerima pula surat perakuan lulus dan layak menerima ijazah kedoktoran dengan beberapa pembetulan. Segala puji bagi Allah ﷻ. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang pengajian berlangsung, keluarga dan sahabat handai. Jasa…