|

SOLAT DI KUBUR

SOLAT DI KUBUR

Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada.

Nabi bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد

“ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.”

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?

Ia merangkumi TIGA MAKSUD, iaitu:

1. SOLAT DI ATAS KUBUR; iaitu dengan sujud di atas kubur;

2. SUJUD KE ARAH KUBUR; iaitu dengan menghadap kubur ketika solat atau doa;

3. MENDIRIKAN MASJID DI ATAS KUBUR; iaitu dengan solat di dalam masjid yang terdapat kubur di dalamnya.

Sama ada kubur itu ditanam di dalam masjid atau masjid itu didirikan di atas kubur, kedua-dua keadaan ini DITEGAH dan ia termasuk dalam erti ancaman hadis di atas.

Justeru, perlu BERHATI-HATI dengan ancaman SOLAT DI KUBUR kerana ia mengundang LAKNAT ALLAH, malah ia membawa kepada SYIRIK!

Syariat Islam sangat mengingatkan tentang BAHAYA SYIRIK. Dan SYIRIK BANYAK BERLAKU DI KUBUR.

Mengapakah di KUBUR?

Kerana kejahilan ramai manusia tentang hakikat ERTI TAUHID MENGESAKAN ALLAH semata-mata dalam IBADAH dan DOA.

Lalu mereka BERDOA KEPADA KUBUR, berdoa kepada orang mati, meminta daripada penghuni kubur, menyeru dan bermunajat kepadanya sedangkan hal ini SYIRIK yang jelas.

Sesungguhnya SYIRIK adalah sebesar-besar KEZALIMAN dan DOSA. (Surah Luqman, 13)

Keluarkan mana-mana KUBUR yang ada dalam MASJID. Jangan sekali-kali solat di dalam MASJID yang ada KUBUR.

MASJID DAN KUBUR TIDAK BOLEH DISATUKAN.

Malah kedua-duanya perlu dipisahkan dan dijauhkan antara satu sama lain.

Masjid adalah untuk TAUHID mengesakan Allah. (Surah Al-Jin, 18)

Manakala SOLAT DI KUBUR DILAKNAT dan membawa kepada SYIRIK.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Pada pagi yang mendung dan damai
27 Zulhijjah 1440H
28 Ogos 2019

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/490632/solat-tepi-kubur-dalam-masjid

Similar Posts

  • | |

    ZIKIR KANAN ATAU KIRI?

    Ada yang mendakwa “Kita kena ikut faham guru kita” bahkan “sesat jika langsung ikut Nabi!” Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan Sunah NabiNya.” [Sahih. Riwayat Imam Malik] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa…

  • | | |

    PUASA SEBELUM ISLAM

    Manusia sudah lama berpuasa sebelum kedatangan Islam. Ini sebagaimana firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia telah diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:83] Dan juga sabda Nabi ﷺ: أَفْضَلَ…

  • |

    KANAK-KANAK SOLAT DI MASJID

    – Hadis-hadis mengharuskan kanak-kanak masuk masjid – Mengkhususkan saf untuk kanak-kanak Disyariatkan membawa kanak-kanak ke masjid sekiranya mereka sudah berumur tujuh tahun ke atas bagi membolehkan mereka solat agar apabila baligh mereka sudah biasa dengan solat berjemaah di masjid. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: ‌مُرُوا ‌أوْلادَكُم بِالصَّلاةِ وَهُمْ أبْنَاء سَبْعِ…

  • | | | |

    MENYEMBUNYIKAN DALIL

    MENYEMBUNYIKAN DALIL # Ahli bidaah # Ikut Sunah Tidak ada ahli bidaah melainkan dia cenderung kepada menyembunyikan nas-nas Al-Quran dan hadis yang menyalahi iktikad dan amalannya di samping benci untuk menzahirkannya. – Syeikhul Islam Ibnu Taimiah rahimahullah, Majmuk Fatawa, 20/161. Tuntutan Ikut Sunah: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208408009909660&id=1588241794 Daripada Allah jua kita memohon petunjuk…

  • | |

    UCAPAN MAKMUM SEMASA DOA QUNUT WITIR

    Bacaan doa qunut witir sebagaimana sabit dalam al-Sunah ialah doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ kepada cucunya al-Hasan bin Ali – radiallahuanhu – iaitu: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، فَإنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإنَّهُ لا يَذِلُّ…