|

SYEIKH UBAID AL-JABIRI RAHIMAHULLAH

Syeikh Ubaid al-Jabiri terdiri daripada kalangan ulama besar Salafi yang gigih mengajar dan menyampaikan ilmu.

Beliau antara bekas pengajar di Universiti Islam Madinah.

Antara kenangan manis sewaktu saya belajar di sana semasa tahun akhir kuliah pada tahun 2002, usai mendengar tausiah Syeikh Rabi bin Hadi al-Madkhali hafizahullah dalam sebuah pertemuan bersama para penuntut ilmu yang turut dihadiri oleh Syeikh Ubaid, saya bersama Syeikh Ubaid pulang menaiki kereta sahabat sekuliah saya Dr. Abdul Rahman al-Omaisan.

Dalam perjalanan pulang Syeikh meminta untuk berhenti di kedai runcit kerana mahu membeli ‘laban’. Ternyata Syeikh turut membelanjakan saya sebotol daripada minuman itu. Barangkali itulah minuman ‘laban’ yang paling sedap saya pernah rasa.

Apabila sampai di rumah Syeikh betapa terkejutnya saya melihat rumah Syeikh yang sangat sederhana dan kecil mirip rumah-rumah lama yang dibuat daripada tanah liat. Jelasnya Syeikh sangat tawaduk dan zuhud.

Khabarnya beliau yang sudah pun berumur 84 tahun semalam meninggal dunia dan jenazah beliau telah disolatkan di Masjid al-Nabawi, Madinah selepas Asar.

Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Rabiulakhir 1444H
23 November 2022

Similar Posts

  • DIDIK MASYARAKAT BERFIKIR SECARA LOGIK?

    Kenyataan di atas tidak tepat. Masyarakat Islam seharusnya dididik supaya berfikir dan menilai mengikut neraca syarak, bukan dengan logik akal semata-mata. Ini kerana bagi setiap Muslim syariat Islam bukan sahaja menjadi panduan dalam hal-hal Agama malah turut menjadi panduan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan. Pendek kata, Islam ialah cara…

  • |

    SUNAH RASULULLAH DIDAHULUKAN ATAS PENDAPAT LAIN

    Kata Imam al-Syafie: ‌أَجْمَعَ ‌الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ مَنْ اسْتَبَانَتْ لَهُ سُنَّةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ. “Umat Islam telah sepakat bahawa barang siapa sudah terjelas baginya Sunah Rasulullah ﷺ maka dia tidak boleh meninggalkannya kerana mengambil pendapat orang lain.” [I’lam…

  • | |

    TULISAN SINGKATAN SELAWAT NABI (SAW) TIDAK WAJAR

    – Orang bakhil Umat Islam sangat dituntut supaya berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا. “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera…

  • |

    BULU KUCING BUKAN NAJIS

    Tular di media sosial pandangan sesetengah pihak yang kata bulu kucing najis, justeru kucing seeloknya diletakkan di luar rumah agar bulunya tidak jatuh merata dan dapat solat dengan tenang tanpa waswas. Pertamanya, perlu ditegaskan bahawa pandangan di atas adalah salah dan bersifat ghuluw melampau. Sebetulnya kucing ialah binatang suci, bukan…

  • |

    PEPERANGAN YANG MUDARATNYA LEBIH BESAR TIDAK DISYARIATKAN

    Pensyarah Universiti Islam di Madinah dan pengajar di Masjid Nabawi, Syeikh Sulaiman al-Ruhaily dalam sebuah program baru-baru ini menjelaskan bahawa semua peperangan yang mudaratnya lebih besar berbanding maslahatnya ialah peperangan fitnah. Oleh itu, sekiranya isyarat awal dalam sesebuah peperangan itu menunjukkan bahawa kesan mudaratnya lebih besar berbanding maslahatnya maka dalam…

  • |

    NAMPAK HEBAT TETAPI…

    Seorang ustaz dalam video yang tular kelihatan sedang berzikir menggunakan biji-biji tasbih gergasi dalam masjid bersama jemaah yang hadir. Nampak hebat dan bagus. Sama seperti video seorang jemaah haji yang melontar di jamrah, Mina dengan penuh gaya dan semangat seolah-olah dia benar-benar menyasarkan syaitan. Perlu diingatkan bahawa bukan semua yang…