SOLAT SUNAT TAUBAT & SOLAT HAJAT PADA MALAM HARI RAYA

SOLAT SUNAT TAUBAT & SOLAT HAJAT PADA MALAM HARI RAYA

SOALAN:
Adakah SOLAT TAUBAT & SOLAT HAJAT dianjurkan pada malam Hari Raya?

JAWAPAN:
Tidak.

Ini amalan yang tiada asasnya dalam Agama. Ia amalan yang diada-adakan dan direka-reka.

Ia termasuk dalam erti menokok- tambah dalam Agama yang tercela.

Sedangkan Nabi bersabda:

“Barangsiapa MENGADA-ADAKAN sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia adalah TERTOLAK.”

Riwayat Bukhari & Muslim.

Sabdanya:

“Barangsiapa beramal dengan amalan yang TIDAK MENEPATI cara kami (Rasulullah), maka ia adalah TERTOLAK.”

Riwayat Muslim.

Ini bererti bahawa sesuatu amalan yang tidak menepati CARA NABI ataupun para SAHABAT, maka ia TIDAK DITERIMA oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Amalan tersebut akan DITOLAK dan pelakunya TIDAK MEMPEROLEH sebarang pahala, malah barangkali dia mendapat DOSA.

Wallahul musta’an

Ustaz Idris bin Sulaiman
29 Ramadan 1440H bersamaan 3 Jun 2019

Similar Posts

  • Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un

    Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un Semalam mendapat berita duka perginya seorang kenalan di alam maya, saudara Muhamad Az (https://www.facebook.com/muhamad.az.1675) atau nama penuh beliau Mohd Azhari bin Ramlee akibat kemalangan jalanraya. Walaupun tidak pernah bersemuka tetapi beliau selalu mengikuti pengajian khususnya kuliah atas talian yang diadakan semenjak bermulanya PKP pada…

  • BEZA ULAMA, MUFTI & KADI

    BEZA ULAMA, MUFTI & KADI Fatwa bukan sekadar memberi jawapan kepada si penanya tetapi dengan meraikan keadaan si penanya dan menetapkan hukum syariat yang sesuai dengan situasi yang dihadapinya. Ini bermakna penjelasan ulama berbeza dengan ketetapan mufti. Kadi pula adalah pihak yang diberikan kuasa oleh pemerintah untuk melaksanakan hukuman serta…

  • AL-QURAN

    AL-QURAN # Ramadan bulan Al-Quran Al-Quran merupakan kitab ALLAH yang paling mulia, diturunkan dalam bahasa yang paling mulia, ke atas rasul yang paling mulia ﷺ, oleh malaikat yang paling mulia, di tempat yang paling mulia, dan dimulakan penurunannya pada bulan yang paling mulia iaitu Ramadan. Justeru lengkaplah kemuliaannya dari segenap…

  • SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

    Pegang as-Sunah Jauhi rekaan tokok tambah Sambutan malam Israk Mikraj pada malam 27 Rejab termasuk dalam perbuatan tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama. Sambutan ini sama sekali tiada petunjuknya dalam Al-Quran, hadis ataupun amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Ia bukan suatu tokok tambah ataupun rekaan amalan yang…

  • PENJELASAN

    PENJELASAN Terdapat sebahagian ikhwah yang keliru dan salah faham dengan hantaran artikel semalam bertajuk ‘Tersilap Berbuka Puasa Sebelum Masuk Waktu’. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222114849372080&id=1588241794 Perlu dijelaskan bahawa topiknya berkenaan orang yang ‘Tersilap berbuka puasa sebelum masuk waktu lalu dia makan atau minum secara tidak sengaja kerana meyakini sudah masuk waktu tetapi ternyata belum’….

  • UCAPAN ‘INNALILLAH…’ SELEPAS KEMATIAN ORANG KAFIR / HAIWAN

    UCAPAN ‘INNALILLAH…’ SELEPAS KEMATIAN ORANG KAFIR / HAIWAN Syeikh Bin Baz dan Syeikh Al-Uthaimin rahimahumallah menjelaskan bahawa DIBOLEHKAN mengucapkan ISTIRJAA’ (ucapan: INNA LILLAH WA’INNA ILAIHI RAJI’UN) jika seseorang kafir itu meninggal dunia. Malah menurut Syeikh Uthaimin ia juga diharuskan buat seseorang yang kematian haiwan yang disayanginya, yang telah bermanfaat kepadanya….