|

SIKAP MUSLIM DENGAN IBADAHNYA

Muslim sentiasa melihat amal ibadahnya sedikit.

Dan amalan ibadahnya memang sedikit dan dia melihatnya begitu.

Sama sekali dia tidak akan menganggapnya banyak ataupun merasa ujub kagum dengannya.

Sebaliknya dia senantiasa melihatnya serba kurang.

Sikap sebegini penting kerana ia akan membuatkan orangnya terus berusaha menambahkan lagi amalannya serta berusaha untuk memperbaikinya.

Berbeza sekiranya seseorang itu merasakan amalannya sudah sempurna maka lagaknya itu akan membinasakannya.

CATATAN

Lihat sahaja sang guru tarikat yang mendakwa sudah sampai ke makam tertinggi makrifat apabila tidak lagi mahu solat dan berpuasa sebagaimana kaum Muslimin lain. Dakwaan sesat lagi batil.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Ramadan 1444H
04 April 2023

Similar Posts

  • |

    “AKU MELIHAT ISLAM DI EROPAH TETAPI TIDAK MELIHAT Muslim” : SATU PENILAIAN

    Ada sebuah ungkapan yang sekian lama berlegar dalam dunia Islam yang berbunyi “Aku pergi ke Eropah lalu aku melihat Islam namun tidak melihat Muslim, dan aku pergi ke negara Arab dan melihat Muslim namun tidak melihat Islam.” Ungkapan di atas menggambarkan ketakjuban orangnya kepada negara-negara Barat (atau sesetengah negara Timur…

  • |

    ORANG DITIMPA MUSIBAH

    – Musibah sebenar Muslim diperintah supaya bersabar saat ditimpa musibah. Sabar menghadapi musibah merupakan sebahagian daripada tuntunan iman kepada qadak dan qadar iaitu keyakinan bahawa segala sesuatu yang berlaku di dunia telah pun ditulis dalam Lohmahfuz dan segala kejadian dalam hidup manusia berlaku mengikut kehendak dan izin Allah ﷻ. Musibah…

  • |

    JANGAN MARAH

    # Menahan diri ketika marah Marah merupakan antara bentuk hasutan syaitan yang boleh menimbulkan banyak keburukan dan mudarat. Kerana itu terdapat banyak nas menjelaskan cara-cara untuk mengatasi penyakit ini serta mengurangkan kesan-kesan buruknya. Akhirnya, seseorang yang dapat mengawal dirinya ketika marah merupakan insan yang hebat dan berjaya. Ini berbeza dengan…

  • |

    HIPOKRIT YANG SEBENAR

    Buka tudung sebab tidak mahu hipokrit. Seperti jika ada yang tidak mahu solat atas alasan enggan dikatakan menunjuk-nunjuk. Jelasnya ini kenyataan orang yang keliru. Sebetulnya kata diri lemah iman atau kurang faham agama, didorong pengaruh rakan-rakan dan seumpamanya. Musibah jika perbuatan maksiat hendak diselimutkan dengan niat mulia. Insaflah dan akuilah…

  • |

    HUKUM BOIKOT BARANGAN ORANG KAFIR

    Ada dua keadaan: Keadaan Pertama:Jika Diarah oleh Pemerintah Jika pemerintah sesebuah negara Islam memerintahkan supaya barangan tertentu atau barangan negara-negara tertentu diboikot maka rakyat negara tersebut wajib mentaati arahan itu. Selari dengan firman Allah ﷻ: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah…

  • |

    MUBAHALAH

    Mubahalah bermaksud sumpah laknat antara dua orang yang berselisih. CARA PELAKSANAAN Cara pelaksanaan mubahalah ialah dengan kedua-dua orang yang berselisih itu hadir membawa bersama anak, isteri dan keluarga masing-masing kemudian mereka berdua berdoa secara bersungguh-sungguh meminta Allah ﷻ melaknat siapa yang berbohong. Sekalipun mubahalah hanya melibatkan antara dua orang yang…