PENYELEWENGAN TERHADAP KALIMAH ‘ALLAH’

PENYELEWENGAN TERHADAP KALIMAH ‘ALLAH’
.
.
Satu usaha untuk memesongkan akidah Umat Islam.
.
.
.
.
Hakikatnya ia adalah bidaah SYIRIK AKBAR dalam mentafsirkan kalimah syahadah ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’.
.
.
.
Ketika mana masyarakat Islam Nusantara bersusah payah memahami tafsiran makna kalimah syahadah ini di sebalik terjemahan kurang tepat yang diberikan ‘TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH’, kini Umat Islam termasuk di Malaysia berdepan dengan cabaran baharu daripada golongan EVANGELIS yang berusaha keras untuk MEMESONGKAN akidah orang-orang Islam supaya memeluk agama KRISTIAN.
.
.
.
Antara teknik halus yang digunakan ialah dengan menggunakan kalimah ‘ALLAH’ termasuk dengan mengucapkan kalimah syahadah ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’ dalam teks dan ucapan mereka.
.
Zahirnya tampak tiada apa-apa.
.
Malah mungkin ada yang berkata ia benar dan bagus.
.
.
Tanpa sedar, realitinya ia adalah BIDAAH paling BESAR dan paling DAHSYAT yang membawa kepada KESYIRIKAN dan KEKUFURAN.
.
.
Ini kerana kalimah ‘TUHAN’ atau ‘ALLAH’ yang disebut itu merujuk kepada ‘NABI ISA’; bukan Allah, Tuhan Yang Maha Esa sepertimana yang difahami oleh Umat Islam.
.
.
Akhirnya kalimah tauhid ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’ (Tiada sembahan melainkan Allah) berubah maknanya sama sekali.
.
.
Ia tidak lagi menjadi ucapan kalimah IKHLAS dan kalimah TAUHID, sebaliknya ia berubah menjadi KALIMAH SYIRIK dan KEKUFURAN.
.
Masakan tidak kerana ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’ ditafsirkan dengan erti ‘tiada sembahan melainkan ISA’ – nauzubillah.
.
.
.
Betapa liciknya musuh-musuh Islam, dan betapa pentingnya Umat Islam perlu berhati-hati dengan dakyah tipu daya musuh yang mahu memesongkan akidah Islam.
.
.
Di sini pentingnya kita memahami akidah Islam yang benar, di samping memahami bentuk-bentuk kesyirikan dan kekufuran agar dapat dihindari.
.
.
.
Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan pertolongan.
.
.
.
.
Ustaz Idris bin Sulaiman

Similar Posts

  • TANDA BURUK SANGKA

    TANDA BURUK SANGKA Antara tanda-tanda buruk sangka seseorang terhadap orang lain ialah: Bersikap melampau; Banyak mengumpat; Banyak berbohong; Hasad dengki; Prihatin untuk ke hadapan. Barang siapa mempunyai tanda-tanda ini maka kritikannya terhadap lawannya boleh ditafsirkan bertujuan untuk menjatuhkan, membuka aib serta mencela; dan bukan nasihat. Justeru dia layak mendapat kehinaan….

  • DAP

    DAP Hari demi hari wajah sebenar mereka semakin terserlah yang menunjukkan kebencian dan permusuhan mereka terhadap AGAMA dan masyarakat ISLAM. Masyarakat Islam seharusnya diberi pendedahan tentang bahaya dan ancaman mereka ini. Banyak kenyataan dan tindakan mereka jelas menunjukkan betapa mereka ANTI ISLAM dan mahu menguasai orang-orang ISLAM supaya ikut telunjuk…

  • LAWATAN TRUMP KE ARAB SAUDI & PROPAGANDA SYIAH IRAN

    LAWATAN TRUMP KE ARAB SAUDI & PROPAGANDA SYIAH IRAN Susulan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan lebih 50 pemimpin negara majoriti Islam menghadiri majlis perasmian Pusat Global bagi Memerangi Ideologi Pelampau di Riyadh, Arab Saudi. Apa yang menarik perhatian ialah ketiadaan…

  • ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN?

    ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN? . . . Jika dilihat nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dapat disimpulkan bahawa para MALAIKAT MAKSUM dan TERPELIHARA DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN. . . . Bahkan mereka dijadikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala untuk SEMATA-MATA TAAT kepada-Nya. . . . Firman Allah: . . . يَاأَيُّهَا…

  • MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI? Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua. Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ. Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya. Kita bersetuju bahawa maksiat tetap…

  • PUSAT PENGAJIAN SEMBAH KUBUR

    PUSAT PENGAJIAN SEMBAH KUBUR # Tarim, Hadhramaut, Yaman Awas jangan sampai anak-anak dihantar ke tempat-tempat seperti ini yang mengajar supaya pergi ke kubur tuan syeikh, guru dan kiyai kononnya bagi tujuan bertawassul dan meminta syafaat sedangkan realitinya merupakan perbuatan yang menjurus kepada kesyirikan kerana berdoa dan meminta daripada selain Allah…