|

PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

GANDAAN BALASAN MALAM LAILATULQADAR

SOALAN:
Adakah perbuatan maksiat pada malam Lailatulqadar dikira sebagai lebih buruk daripada seribu bulan?

JAWAPAN:
Ulama menjelaskan bahawa gandaan balasan PAHALA KEBAIKAN adalah secara BILANGAN (10, 20, 30 kali ganda dan seumpamanya) dan dari sudut BENTUKNYA (ganjaran pahala yang besar, lumayan dan seumpamanya).

Adapun gandaan balasan DOSA KEJAHATAN adalah dari sudut BENTUKNYA sahaja, iaitu pelakunya dibalas dengan azab pedih, perit dan seumpamanya.

Firman Allah:

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

“Sesiapa yang membawa AMAL KEBAIKAN, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa AMAL KEJAHATAN, maka ia tidak dibalas melainkan dengan (kejahatan) YANG SAMA dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

[Surah Al-An’am, 160]

Dalam ayat di atas, berbeza dengan amal kebaikan, sesuatu amal kejahatan hanya akan dicatatkan sebagai SATU DOSA; yakni tidak akan dilipat gandakan jumlahnya.

Hanya sahaja sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, barangkali CARA BAGAIMANA pelakunya diazab mungkin digandakan dari sudut pedih dan perit azab tersebut kerana perbuatannya menodai kemuliaan dan kehormatan sesuatu tempat (seperti Tanah Suci dan masjid) dan masa (seperti di bulan Ramadan).

Adapun gandaan balasan kerana MALAM LAILATULQADAR, tidak dinafikan bahawa perbuatan dosa pada bulan Ramadan secara amnya tidak seperti perbuatan dosa di luar bulan Ramadan.

Hanya sahaja sepertimana dalam penjelasan di atas, gandaan balasan dosa di bulan Ramadan adalah dari sudut BENTUKNYA, dan bukan secara BILANGAN 10 kali ganda, 1000 kali ganda dan seumpamanya.

Wallahul muwaffaq.

Ustaz Idris bin Sulaiman
Kajang
Waktu hampir Zohor
22 Ramadan 1440H bersamaan 27 Mei 2019

Similar Posts

  • |

    AJAR PELAJAR SEKOLAH PAKAI KONDOM?

    Kononnya bagi menangi kes-kes cabul dan rogol yang kesudahannya membuatkan mangsanya hamil dan melahirkan bayi luar nikah, sekali gus meningkatkan lagi kes pembuangan bayi. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/07/21/pelajar-lelaki-malu-malu-disuruh-sarung-kondom-depan-rakan-nampak-kekok-ramai-tak-setuju-latihan-amali-pendidikan-seks-di-sekolah Maka subjek pendidikan seks di sekolah dilihat penting bagi membendung isu sosial dalam kalangan remaja, ini termasuklah dengan mengajar para pelajar cara memakai kondom. Falasi…

  • |

    HARAMNYA DEMONSTRASI

    HARAMNYA DEMONSTRASI Demonstrasi adalah haram di sisi para ulama yang tidak terpengaruh dengan fahaman haraki Ikhwan Muslimin (IM). IM merupakan gerakan yang banyak bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang berselindung. Antara sebab haramnya demonstrasi ialah: 1. Menzahirkan nasihat kepada pemerintah sedangkan cara sedemikian dilarang Agama. Sabda Nabi ﷺ: من أراد أن…

  • |

    ‘WAHN’ vs WUHAN

    ‘WAHN’ vs WUHAN Antara dua saranan: 1. SARANAN MENGELAK JANGKITAN KORONAVIRUS Elakkan berjabat tangan. 2. SARANAN MENGELAK AZAB API NERAKA Elakkan berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. RENUNGAN: Antara dua saranan ini yang manakah yang lebih penting dan lebih bahaya? Jangan terkejut sekiranya KEBANYAKAN ORANG memilih SARANAN PERTAMA. Sedangkan Nabi…

  • | |

    3 SURAH TANPA HURUF ‘KAF’

    3 SURAH TANPA HURUF ‘KAF’ # Amalan rekaan dari meja penceramah # Berdusta atas nama Nabi ﷺ Tersebar sebuah video pendek seorang penceramah menganjurkan supaya dibaca tiga surah Al-Quran yang beliau sifatkan sebagai surah yang ‘tiada huruf kaf’ bagi memastikan rezeki yang mencukupi. Beliau kemudian menyandarkan saranannya itu kepada apa…

  • |

    Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un

    Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un Semalam mendapat berita duka perginya seorang kenalan di alam maya, saudara Muhamad Az (https://www.facebook.com/muhamad.az.1675) atau nama penuh beliau Mohd Azhari bin Ramlee akibat kemalangan jalanraya. Walaupun tidak pernah bersemuka tetapi beliau selalu mengikuti pengajian khususnya kuliah atas talian yang diadakan semenjak bermulanya PKP pada…