|

AHLI PEMIKIR?

AHLI PEMIKIR?

Antara gelaran-gelaran yang mungkin kita pernah dengar tetapi maksudnya kurang jelas dan menimbulkan tanda tanya serta kemusykilan mengapa ia digunakan sedemikian ialah gelaran tokoh pemikir, ahli pemikir Islam dan seumpamanya.

Mungkin ada yang berkata mengapa seseorang individu itu boleh dikatakan sedemikian sedangkan orang lain pun boleh berfikir. Dan apa sekalipun tajuk yang dibahaskan maka orang lain yang pandai berbicara dan petah berkata-kata pun akan dilihat sepertinya atau barangkali lebih bagus daripadanya.

Justeru sekiranya individu itu dikatakan ahli pemikir maka apakah pula gelaran yang nak diberikan kepada orang lain yang sepertinya atau lebih bagus daripadanya?

Ada yang berpandangan bahawa gelaran ini untuk mereka yang membahaskan permasalahan akidah dan hal-hal kerohanian mengikut metode falsafah ilmu kalam dan ada yang mengatakan bahawa ia adalah untuk mereka yang tidak mempunyai ijazah pengajian tinggi.

Wallahualam.

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • | |

    MENYESAL TAK IKUT SUNAH

    Mereka yang meninggalkan Sunah Nabi ﷺ akan menyesal di akhirat nanti. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَيَوۡمَ يَعَضُّ ٱلظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيۡهِ يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي ٱتَّخَذۡتُ مَعَ ٱلرَّسُولِ سَبِيلٗا “Pada hari orang-orang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama…

  • |

    MASJIDIL HARAM: EMPAT MIHRAB

    – Pengajaran Gambar-gambar yang disertakan di sini ialah gambar-gambar lama Masjidilharam, Makkah semasa musim haji tahun 1953, kira-kira 70 tahun yang lalu. Jelas Masjidilharam telah melalui banyak perubahan sejak itu di mana bangunannya telah diluaskan manakala kemudahan asasnya dinaik taraf dan dimodenkan. Menariknya, kelihatan antara gambar ini di sekeliling Kaabah…

  • |

    (2) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBAWA PEMIKIRAN EKSTREM

    (2) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBAWA PEMIKIRAN EKSTREM Kata UMK ““Di situ (Arab Saudi) tempat akan berlaku jahiliah!” Tambah beliau lagi “Engkau akan dengar lagi tentang (bagaimana) Islam dan para pendakwah diperangi di negara Arab Saudi!” Ini susulan kritikan beliau terhadap Arab Saudi yang baru-baru ini mengeluarkan arahan menghadkan penggunaan pembesar…

  • |

    DI MANA SYURGA & NERAKA?

    Syurga terletak di langit yang paling tinggi di bawah Arasy manakala api neraka terletak di Sijjin di bawah lapisan bumi yang paling bawah. Sabda Nabi ﷺ: فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ ‌فَاسْأَلُوهُ ‌الْفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ وَسَطُ الْجَنَّةِ، وَأَعْلَى الْجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ مِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ. “Jika kamu meminta daripada Allah maka mintalah…