|

LIMA JENIS ANAK

LIMA JENIS ANAK

Jenis-jenis Anak:

PERTAMA:

Anak yang tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak derhaka.

KEDUA:

Anak yang melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya secara terpaksa. Anak yang tidak mendapat pahala.

KETIGA:

Anak yang melaksanakan apa yang disuruh tetapi kemudian mengungkit-ungkitnya sampai menyakiti orang tuanya, membentak dan meninggikan suaranya. Anak yang berdosa.

KEEMPAT:

Anak yang melaksanakan apa yang disuruh dengan penuh rela hati. Anak yang diberi pahala.

KELIMA:

Anak yang melaksanakan apa yang disukai oleh ibu bapanya sebelum disuruh. Anak yang berbakti kepada orang tuanya.

Dua jenis anak yang terakhir ini hidup mereka diberkati, rezeki mereka diluaskan, hati mereka tenang manakala urusan mereka dipermudahkan.

ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ.

“Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”

[Al-Quran, al-Hadid, 57:21]

Berbakti kepada ibu bapa bukanlah tugasan bergilir-gilir antara adik-beradik tetapi ia merupakan perlumbaan dan persaingan menuju ke pintu syurga. Hakikat yang ramai mungkin salah faham.

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    NOVUS ORDO SECLOROM

    NOVUS ORDO SECLOROM # New World Order # Order Baru Dunia Slogan yang tertera di bawah simbol piramid dalam wang satu dollar Amerika ini bermaksud ‘New order of the ages’ (Zaman order baru). Ia dikaitkan dengan slogan ‘New World Order’ (Order Baru Dunia) yang merujuk kepada perancangan besar golongan elit…

  • |

    AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • |

    LĠBŤ SEKS SONGSANG

    Perbuatan liwat merupakan jenayah yang lebih berat dan lebih jijik daripada zina. Para ulama antaranya Imam Ibnu al-Qayyim menjelaskan bahawa perbuatan jijik ini turut dijauhi oleh haiwan sehingga tidak diketahui bahawa ada keldai jantan yang mendatangi keldai jantan lain, kambing jantan mendatangi kambing jantan lain atau anjing jantan mendatangi anjing…

  • | |

    “KENAPA MALU SANGAT?”

    “KENAPA MALU SANGAT?” # Pentingnya rasa malu Barangkali kita biasa dengar soalan seperti ini. Tahukah anda bahawa Nabi ﷺ pernah menegur seorang lelaki yang berkata sedemikian kepada saudaranya? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Omar radiallahuanhu, bahawasanya Nabi ﷺ melewati seorang lelaki yang sedang menegur saudaranya kerana sifat malunya….

  • |

    ‘PENTAKSUBER’ & FITNAH

    ‘Pentaksuber’ ialah golongan fanatik yang sanggup mempertahankan sesuatu walaupun bukti dalil menunjukkan sebaliknya. Termasuklah mempertahankan kata cela nista guru dengan pelbagai alasan dan sebab. Ini tidak wajar. Muslim dilarang bersikap demikian. Lebih 10 tahun lalu kami dihamburkan oleh beliau dengan kata nista, termasuklah menuduh kami menerima suapan RM15 ribu sebulan…