|

ORANG BERTAKLID

ORANG BERTAKLID
HANYA MENUKIL PENDAPAT
ATAU BOLEH BERBAHAS?

Hujah dalam perbahasan Agama ialah nas dan ijmak di samping dalil yang diistinbatkan daripadanya mengikut kaedah-kaedah syarak.

Adapun pendapat ulama atau mazhab bukanlah hujah.

Ini kerana pendapat-pendapat ulama atau mazhab perlu disokong dengan dalil-dalil syarak, dan bukan dijadikan sebagai dalil yang mengatasi nas-nas syarak itu.

Bagi mereka yang mengikuti pendapat ulama atau mazhab tertentu tanpa memahami dalil-dalil syarak, perbahasan para ulama dan perbezaan antara permasalahan yang disepakati oleh para ulama zaman berzaman yang wajib diimani dengan pendapat sebahagian ulama atau mazhab yang tidak didukung oleh dalil yang kuat.

Mereka tiada autoriti untuk membahaskan permasalahan-permasalahan ini, mengupas atau berdebat tentangnya.

Ini kerana mereka hanya pengikut yang bertaklid kepada pendapat-pendapat tertentu, percaya bulat-bulat kepadanya tanpa memahami dalil sokongannya jika ada.

Justeru selayaknya mereka sekadar menyatakan pendapat ulama atau mazhab yang dianuti dan menukilkannya serta tidak membahaskannya, apatah lagi menyanggah pendapat lawan.

Kedudukan mereka tidak membolehkan mereka untuk berbuat demikian. Jika tidak maka akan timbul sifat taasub yang dicela Agama.

ILMU FIQAH; TAKLID VS ITTIBA’:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10218549772327382/

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • |

    BERLEMAH LEMBUT DENGAN IBU BAPA & ISTERI

    Muslim dituntut supaya berlemah lembut. Lemah lembut ialah asbab segala kebaikan berbanding sikap kasar dan bengis. Aisyah r.a. menceritakan peristiwa bagaimana sekumpulan orang-orang Yahudi datang ke rumah Rasulullah ﷺ dan berkata: “al-Saam alaikum (Maut atas kamu).” Mendengar ucapan itu Aisyah r.a. bingkas membalasnya dengan berkata: “Waalaikum al-Sam wa al-la’nah (Maut…

  • |

    APA YANG BENAR TETAP BENAR

    APA YANG BENAR TETAP BENAR #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 4 Kebenaran akan diterima daripada sesiapa jua. Ini kerana kebenaran ialah apa yang menepati dalil. Justeru persoalan siapa yang mengungkapkan kebenaran itu tidak timbul. Ia tiada kaitan dengan sejauh mana orangnya diterima atau ditolak. Kerana itu Ahli Sunah mengakui kebenaran yang ada…

  • |

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2 Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam, يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ…

  • | |

    3 SURAH TANPA HURUF ‘KAF’

    3 SURAH TANPA HURUF ‘KAF’ # Amalan rekaan dari meja penceramah # Berdusta atas nama Nabi ﷺ Tersebar sebuah video pendek seorang penceramah menganjurkan supaya dibaca tiga surah Al-Quran yang beliau sifatkan sebagai surah yang ‘tiada huruf kaf’ bagi memastikan rezeki yang mencukupi. Beliau kemudian menyandarkan saranannya itu kepada apa…