Falling leaves
|

NIKMAT DICABUT

– Sebab mengapa suatu nikmat dicabut

Jika Allah ﷻ memberi suatu nikmat kepadamu lalu Dia mencabutnya daripadamu maka ketahuilah bahawa Dia ﷻ tidak mencabutnya daripadamu kerana Dia bakhil atau kerana Dia mengutamakan diriNya sendiri berbanding dirimu.

Sebaliknya andalah penyebab nikmat itu dicabut.

Firman Allah ﷻ:

ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرٗا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ.

“(Balasan) yang demikian itu ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.”

[Al-Quran, al-Anfal, 8:53]

Yakni mereka ubah sesuatu nikmat yang Allah ﷻ telah kurniakan kepada mereka dengan perbuatan dosa dan maksiat yang menyebabkan nikmat itu dicabut daripada mereka.

Pentingnya bersyukur di samping tidak menggunakan nikmat-nikmat Allah ﷻ pada jalan-jalan maksiat.

CATATAN

Terima kasih atas doa-doa dan ucapan-ucapan baik yang disampaikan oleh para ikhwah sempena perkahwinan anak perempuan tempoh hari. Jazakumullahu khaira.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Jamadilawal 1444H
29 November 2022

Similar Posts

  • |

    NIAT BAIK TIDAK MENJADIKAN MAKSIAT ELOK

    – Kedua-dua niat dan amalan perlu baik Sering dalam perbahasan mengenai sesuatu amalan yang dilakukan oleh masyarakat kedengaran ada yang berkata: “Apa yang penting ialah niat!” “Yang penting niatnya baik!” Dan seumpamanya. Perlu ditegaskan bahawa kenyataan seperti di atas salah. Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara manakala niat yang baik…

  • |

    SUNAH RASULULLAH DIDAHULUKAN ATAS PENDAPAT LAIN

    Kata Imam al-Syafie: ‌أَجْمَعَ ‌الْمُسْلِمُونَ عَلَى أَنَّ مَنْ اسْتَبَانَتْ لَهُ سُنَّةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ لَهُ أَنْ يَدَعَهَا لِقَوْلِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ. “Umat Islam telah sepakat bahawa barang siapa sudah terjelas baginya Sunah Rasulullah ﷺ maka dia tidak boleh meninggalkannya kerana mengambil pendapat orang lain.” [I’lam…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • |

    Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah: “Hari datang silih berganti manakala umur hayat terus berkurang. Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu sedangkan apa yang akan datang tidak diketahui. Sebaliknya apa yang ada ialah waktu yang engkau berada padanya.” Justeru jangan dilepaskan peluang yang ada di tangan. Dr. Idris bin SulaimanKajang05…

  • |

    AJARAN TUAN GURU

    – Selawat Masyisyiah – Ustaz keturunan Nabi ﷺ Dalam sebuah video tular seorang yang dikatakan daripada keturunan Nabi ﷺ yang baru-baru ini datang ke Malaysia, kelihatan beliau mengajarkan bacaan selawat yang dinamakannya ‘Selawat Masyisyiah’. Kata beliau “Ada sebahagian ulama yang mengatakan bahawa termasuk selawat yang dapat sangat mendekatkan kepada Sayyidina…

  • |

    MAULIDUR RASUL: SATU KEKELIRUAN

    – Sambutan mingguan atau perayaan tahunan? Hari kelahiran Nabi ﷺ bukan untuk dirayakan secara tahunan. Ini kerana Nabi ﷺ berpuasa pada hari kelahirannya, hari Isnin. Berdasarkan hadis di mana Nabi ﷺ apabila ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, baginda ﷺ bersabda: ذَاكَ يَوْمٌ ‌وُلِدْتُ ‌فِيهِ. “Ia merupakan hari kelahiranku.” [Sahih….