The icon for the text on the back of a pink background
|

MENGGEMBIRAKAN KAWAN

– Sunah Nabi ﷺ

Kawan yang baik ialah mereka yang prihatin dan peduli tentang keadaan saudaranya.

Dia tidak akan membiarkan saudaranya dalam kesusahan tanpa berbuat apa-apa bagi meringankan beban yang dihadapinya.

Termasuklah jika saudaranya itu dalam keadaan susah hati dan murung.

Dia akan berusaha dan berikhtiar bagi mengembalikan semangat saudaranya.

Demikian yang dilakukan oleh Sahabat Nabi ﷺ, Omar al-Khattab radiallahuanhu apabila beliau dapati Rasulullah ﷺ dalam keadaan masyghul dan dukacita.

Dalam sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Jabir radiallahuanhu, beliau berkata:

أَقْبَلَ عُمَرُ فَاسْتَأْذَنَ فَأُذِنَ لَهُ. فَوَجَدَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا وَاجِمًا سَاكِتًا. فقَالَ: لَأَقُولَنَّ شَيْئًا أُضْحِكُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

“Omar al-Khattab datang meminta izin masuk lalu diizinkan. Beliau mendapati Rasulullah ﷺ sedang duduk dalam keadaan diam dan sedih. Beliau mengatakan: Aku akan berkata sesuatu yang akan membuatkan Nabi ﷺ ketawa.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 1478]

Kata al-Nawawi:

Dapat disimpulkan bahawa jika seseorang itu mendapati kawannya dalam keadaan sugul dan sedih maka dianjurkan untuknya berbual-bual dengannya bagi menceriakannya, mengalihkan perhatiannya serta menggembirakannya.

[al-Minhaj, 4/187]

CATATAN

Kawan masa senang ramai. Untunglah siapa yang mempunyai kawan semasa susah dan senang. Apatah lagi yang dapat memberi nasihat-nasihat yang berguna. Bukan ‘punahsihat’.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Rabiulakhir 1444H
15 November 2022

Similar Posts

  • JALAN DAKWAH

    Dakwah menyeru manusia kepada agama Allah perlulah berdasarkan kepada keterangan dan bukti jelas nyata. Bukan atas kejahilan dan kesesatan. Kerana asas agama Islam ialah Al-Quran dan al-Sunah. Demikian hendaklah Al-Quran dan al-Sunah itu difahami mengikut fahaman generasi pendahulu Islam yang mulia, golongan Salaf al-Soleh, para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin….

  • |

    LARANGAN TUNDUK RUKUK APABILA BERJABAT TANGAN

    – Cara betul berjabat tangan Dalam sebuah video yang tular kelihatan seorang syeikh Arab menegur murid-murid yang tunduk apabila berjabat tangan dengan beliau. Syeikh itu dengan tegas berkata “Jangan begitu! Tunduk hanya kepada Allah semata-mata.” Beliau kemudian menunjukkan cara yang betul berjabat tangan seraya menambah “Hormat itu satu perkara manakala…

  • |

    MASJID SYEIKH ABDUL MUHSIN AL-ABBAD

    Alhamdulillah, semalam berkesempatan mengunjungi Masjid al-Quddus al-Salam di taman perumahan berhampiran Universiti Islam Madinah. Masjid ini terletak tidak berapa jauh dari rumah ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr. Memang hajat di hati hendak bersua dan bersalaman dengannya, jika beliau ada. Itu tujuan utama kami singgah solat Isyak di…

  • |

    KAEDAH DALAM CARA PERGAULAN

    – Akhlak Mulia – Cara Berpakaian Kaedah terbaik dalam cara pergaulan ialah untuk kita bergaul dengan orang lain mengikut cara seperti mana kita suka orang lain bergaul dengan kita. Sabda Nabi ﷺ: فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ ‌يُزَحْزَحَ ‌عَنِ ‌النَّارِ وَيُدْخَلَ الْجَنَّةَ، فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِر، وَلْيَأتِ إلى ‌النَّاس…

  • |

    KURANG KASIH SAYANG

    Ilmu mewariskan kasih sayang. Lebih tinggi ilmu seseorang itu maka lebih tinggilah kasih sayangnya kepada orang lain. Kata Ibnu al-Qayyim: وَكَانَ الصّدّيق رَضِي اللهُ عَنْه مِن أرْحَم الأمّة وَقَدْ رُوِيَ عَنْ النّبي ﷺ أنَّهُ قَال “أرْحَم أمَّتِي بأِمَّتِي أبُو بَكْر” رَوَاهُ الترَمِذِي وَكَانَ أعْلمَ الصّحَابَة بِاتّفَاق الصَّحَابَة. وَهَكَذَا الرَّجل كُلَّما…