BELAJAR ADAB SEBELUM MENUNTUT ILMU

Ungkapan ini diriwayatkan oleh Abu Nuaim al-Asbahani dalam Hilyah al-Awliya (6/330) daripada kata-kata Imam Malik bin Anas.

Maksud ungkapan ini menjurus kepada tuntutan untuk membetulkan niat dalam menuntut ilmu, iaitu mencari reda Allah semata-mata, bukan kerana pangkat atau pengaruh. Ia juga menuntut agar menghormati guru serta mengakui kejahilan diri. Hal ini penting bagi membentuk peribadi ilmuwan yang berilmu dan beradab, kerana ilmu tanpa adab melahirkan keangkuhan, manakala adab tanpa ilmu menatijahkan kejahilan.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ تعلَّمَ العلْمَ ليُباهِيَ بِهِ العلماءَ ، أوْ يُمارِيَ بِهِ السفهاءَ ، أوْ يصرِفَ بِهِ وجوهَ الناسِ إليه ، أدخَلَهُ اللهُ جهنَّمَ.

“Barang siapa yang menuntut ilmu untuk menonjolkan dirinya di hadapan para ulama, berdebat dengan orang-orang jahil, atau untuk menarik perhatian manusia kepadanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.”

[Sahih, riwayat Abu Daud, no. 3664]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Jamadilawal 1447H
28 Oktober 2025
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG

    – Orang yang hebat & bijaksana – Cara bergaul & berakhlak mulia Kata Omar al-Khattab: أَعْقَلُ ‌النَّاسِ أَعْذَرُهُمْ لَهُمْ. “Orang yang paling bijaksana ialah orang yang paling bersangka baik dengan orang lain.” Bersangka baik dengan orang lain termasuk dalam erti akhlak mulia. Ada kalanya orang lain tersalah kata atau melayan…

  • TEMPAT LETAKNYA AKAL, SIFAT KASIH & KASIHAN

    TEMPAT LETAKNYA AKAL, SIFAT KASIH & KASIHAN . Ali bin Abi Talib radhiallahu berkata dalam Perang Siffin: إن العقل في القلب والرحمة في الكبد والرأفة في الطحال والنفس في الرئة “Sesungguhnya akal dalam JANTUNG, kasih dalam HATI, kasihan dalam LIMPA, manakala nafas (atau nafsu?) dalam PARU-PARU.” . Riwayat Bukhari dalam…

  • |

    TATACARA KENCING?

    – Agama Islam memudahkan, bukan menyusahkan Tatacara-tatacara yang disebutkan dalam gambar ini tiada sandarannya dalam hadis sahih. Justeru ia lebih kepada menyusahkan apa telah sedia dimudahkan oleh agama. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا. “Mudahkan dan jangan menyusahkan.” [Sahih. Riwayat Muslim] Syariat Islam turut memberi amaran ke atas mereka…

  • KEMULIAAN MUSLIM & BUDAYA LUCAH

      Kehidupan Muslim yang sebenar dan kebahagiaan mereka yang kekal ialah apabila agama Islam dimartabatkan manakala Muslim saling membantu antara satu sama lain untuk memenangkan agama Allah ﷻ ini. Firman Allah ﷻ: “Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman maka sesungguhnya Kami akan memberikannya…

  • |

    SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

    Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ. “Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.” [Sahih. Riwayat Tirmizi] Nabi ﷺ dalam hadis di atas…

  • | |

    KEMUNCAK ZIKIR SECARA KUAT & BERAMAI-RAMAI

    KEMUNCAK ZIKIR SECARA KUAT & BERAMAI-RAMAI Adakah ini ISLAM? Tidak sama sekali. Zikir menuntut kepada ketenangan, khusyuk, tawaduk, bersendirian, berzikir secara perlahan dengan tadabur dan muhasabah. Cara zikir seperti dalam video-video ini bertentangan sama sekali. Antara hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), cara zikir mengikut Sunah Nabi dapat dihidupkan. Semoga kita…