| | |

MALAM LAILATULQADAR: HADIS PALSU

Berlegar di media sosial riwayat hadis bahawa terdapat 4 golongan yang Allah tidak akan ampunkan pada Malam Lailatulqadar ialah peminum arak, derhaka kepada ibu bapa, pemutus silaturahim dan orang yang bermusuhan.

Riwayat ini ditarafkan sebagai palsu, mauduk.

Demikian ditegaskan oleh Syeikh al-Albani dalam Daif al-Tarhib, no. 594.

Justeru riwayat-riwayat sebegini tidak boleh disebarkan.

Muslim perlu berhati-hati dalam menukilkan mana-mana hadis.

Pastikan sahih dahulu.

Kerana Nabi ﷺ bersabda:

اتَّقُوا الحَدِيثَ عَنِّي إلَّا مَا عَلِمْتُمْ، فَمَنْ كَذَبَ عَلّيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأُ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ.

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menisbahkan sesebuah hadis kepadaku melainkan dalam apa yang kamu pasti. Sesungguhnya barang siapa berdusta atas namaku maka hendaklah dia bersiap-sedia akan tempatnya dalam api neraka.”

[Sahih. Riwayat Tirmidhi]

Baginda ﷺ turut bersabda:

كَفَى ‌بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ.

“Cukuplah seseorang itu dikira sebagai pendusta apabila dia berbicara dengan segala apa yang didengarinya”.

[Sahih. Sahih Muslim]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Ramadan 1445H
01 April 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    KANAK-KANAK SOLAT DI MASJID

    – Hadis-hadis mengharuskan kanak-kanak masuk masjid – Mengkhususkan saf untuk kanak-kanak Disyariatkan membawa kanak-kanak ke masjid sekiranya mereka sudah berumur tujuh tahun ke atas bagi membolehkan mereka solat agar apabila baligh mereka sudah biasa dengan solat berjemaah di masjid. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: ‌مُرُوا ‌أوْلادَكُم بِالصَّلاةِ وَهُمْ أبْنَاء سَبْعِ…

  • | | |

    TULANG KORBAN BOLEH DIBUANG

    Tulang haiwan korban boleh dibuang, tidak wajib tanam. Pandangan sebahagian bahawa tulang haiwan korban perlu ditanam tidak berasas sama sekali. Tiada dalil suruhan atau anjuran daripada syariat supaya tulang haiwan korban ditanam. Hanya pandangan akal sebahagian pihak semata-mata. Sedangkan Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya menganjurkan sesuatu dalam bab hukum agama kecuali…

  • |

    JIWA YANG KOSONG

    – Ketenangan hakiki Dalam hati manusia ada kekosongan yang tidak akan dapat diisi kecuali dengan rasa cinta kepada Allah ﷻ, berserah dan berzikir mengingatiNya di samping jujur ikhlas beribadah kepadaNya. Jika manusia diberikan habuan dunia dengan segala isinya nescaya kelompongan ini tetap tidak akan dapat diisi. Firman Allah ﷻ: وَمَن…

  • |

    DOALAH KEPADA ALLAH; BUKAN MALAIKAT ATAU LAIN

    Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَيۡء فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ “Sesungguhnya tiada apa yang tersembunyi bagiNya di bumi ataupun di langit.” [Al-Quran, Aali Imran, 3:5] Firman Allah ﷻ: لِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا فِيهِنَّۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡء قَدِيرُۢ “Allah jualah yang menguasai langit dan bumi…

  • | | |

    RAMADAN BULAN MENGIMARAHKAN MASJID

    Muslim dianjurkan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mengerjakan solat Tarawih berdasarkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. “Barang siapa yang menunaikan solat (Tarawih) pada bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu”. [Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim] Solat Tarawih…

  • |

    DOA ALIH HUJAN

    Apabila turun hujan dianjurkan berdoa: اللَّهُمَّ ‌صَيِّبًا ‌نَافِعًا “Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang membawa manfaat.” [Sahih. Riwayat Bukhari] Tetapi andainya hujan terlalu lebat sehingga dikhuatiri berlaku mudarat banjir, tanah runtuh dan sebagainya maka dianjurkan berdoa: اللَّهُمَّ ‌حَوَالَيْنَا ‌وَلَا ‌عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ “Ya Allah,…