|

KULIAH KHAS RAMADAN 1444H / 2023

Bulan Ramadan yang mulia semakin hampir.

Dengan izin Allah, sepanjang bulan Ramadan nanti akan diadakan kuliah khas membahaskan buku Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi pada setiap hari Sabtu & Ahad,
6 petang – 7.15 petang melalui siaran langsung Facebook di saluran ilmusalafdotcom & idrissulaiman.

Dapatkan bukunya di sini:

“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku” [Taha, ayat 114]

‘Berilmu sebelum beramal’ sebagaimana kata Imam Bukhari apabila memulakan bab pertama kitab Ilmu dalam buku Sahihnya.

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadan ini kita menjadi insan yang lebih bertakwa.

24 Syaaban 1444H
17 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    MENGUTUK SERANGAN KE ATAS ARAB SAUDI

    MENGUTUK SERANGAN KE ATAS ARAB SAUDI Sewajarnya dunia umat Islam mengutuk serangan ke atas ARAB SAUDI yang berlaku baru-baru ini sebagai tanda solidariti ikatan ukhuwah sesama negara MUSLIM. Siapa lagi yang patut tampil ke hadapan memberi sokongan dan bantuan kepada negara MUSLIM seperti ARAB SAUDI jika bukan negara-negara MUSLIM lain…

  • |

    BERLEMAH LEMBUT DENGAN IBU BAPA & ISTERI

    Muslim dituntut supaya berlemah lembut. Lemah lembut ialah asbab segala kebaikan berbanding sikap kasar dan bengis. Aisyah r.a. menceritakan peristiwa bagaimana sekumpulan orang-orang Yahudi datang ke rumah Rasulullah ﷺ dan berkata: “al-Saam alaikum (Maut atas kamu).” Mendengar ucapan itu Aisyah r.a. bingkas membalasnya dengan berkata: “Waalaikum al-Sam wa al-la’nah (Maut…

  • |

    WAHABI: GELARAN DARI ORANG BANKRAP HUJAH

    Apabila tidak dapat balas hujah maka mereka bertindak melemparkan gelaran ‘buruk’ ini kepada lawan. Tujuannya untuk mencemarkan nama baik di samping menimbulkan kesangsian dan keraguan orang ramai terhadap lawannya itu. Senjata ampuh menurutnya. Walhal ini bukan cara yang diajar oleh Islam. Hujah sepatutnya dibalas dengan hujah dan sebarang perselisihan perlu…

  • |

    MAJLIS ILMU

    MAJLIS ILMU Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya. ——————- Sabda Nabi ﷺ: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu…

  • |

    Kotak Capal

    Kotak Capal # Pentaksub Capal # Kotak pun jangan dibuang Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit. Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu. Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas. Kebiasaannya maksiat…