KEMPEN SEBAR HADIS 40 IMAM NAWAWI

Alhamdulillah, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan baru-baru ini melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, inisiatif yang sangat baik dan disambut positif oleh rata-rata masyarakat Islam Malaysia (kecuali segelintir).

Ditakdirkan pula beberapa bulan yang lalu buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi saya telah dilancarkan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada sahabat-sahabat, penuntut ilmu dan masyarakat.

Buku Syarah Hadis 40 ini ialah sebahagian daripada usaha kecil untuk membantu pemahaman mengenai asas Islam, Iman dan Ihsan untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian di samping membudayakan nilai murni untuk mencapai tahap Khayra Ummah, menggerakkan umat Islam untuk melaksanakan tuntutan ajaran Islam agar menjadi insan soleh dalam hubungan dengan Allah ï·» dan masyarakat sekeliling.

Mendukung inisiatif Kerajaan ini, saya terpanggil untuk melancarkan sebuah kempen infak bagi menyebarkan buku Syarah Hadis 40 ini kepada sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara dengan sasaran awal 50 buah sekolah terpilih.

Kempen infak ini memerlukan sokongan daripada sahabat-sahabat, tuan-tuan dan puan-puan, di kala sebahagian pihak mahu sekat, kita jadi penyebar.

Ayuh bersama-sama menjayakannya dengan menekan pautan di bawah.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui pautan WhatsApp berikut:

https://www.wasap.my/601128209625/infakhadis40

Semoga usaha diberkati Allah ï·».

Jazakumullahu khaira.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Rabiulawal 1445H
23 September 2023

Similar Posts

  • | | |

    KUBURIYYUN

    Golongan penyembah kubur atas nama Islam. Dibuat binaan atas kubur kemudian kubur itu dijadikan sebagai tempat ibadah memuja si mati meminta tolong daripadanya atas nama tawassul dan syafaat. Inilah amalan syirik di kubur yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah sejak dahulu sampai hari ini. Dukacitanya sebahagian kaum Muslimin pun terjebak dalam…

  • | |

    MASJID AL-AQSA SYIAH

    Masjid al-Aqsa merupakan antara tempat penting yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilat di sisi umat Islam. Ia merupakan tempat yang berkat lagi suci. Dukacitanya sejak sekian lama ia telah dijajah Yahud laknatullah. Sejak itu seruan untuk membebaskannya banyak dilaungkan oleh pelbagai pihak. Termasuklah daripada kalangan orang-orang Syiah dan negara mereka…

  • SAHIH BUKHARI & SAHIH MUSLIM

    Umat Islam zaman berzaman telah sepakat dalam menerima hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Kedua-dua kitab ini dikatakan kitab yang paling sahih sesudah Al-Quran. Mengenangkan hadis-hadisnya yang sahih-sahih belaka. Sedangkan hadis yang sahih wajib diterima. Muslim wajib dengar dan patuh isi makna hadis sahih, sama sekali bukan dengar…

  • |

    NAMA SEBENAR ABU BAKAR AL-SIDDIQ & ABU HURAIRAH

    Semua kenal Abu Bakar al-Siddiq radiallahuanhu, Sahabat yang paling rapat dengan Nabi ï·º dan khalifah pertama umat Islam, di samping Abu Hurairah radiallahuanhu, Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi ï·º. Tetapi ramai mungkin menyangka bahawa kedua-dua nama Abu Bakar al-Siddiq dan Abu Hurairah ialah nama sebenar mereka. Jawapannya…

  • |

    PERISTIWA 7 OKTOBER, PALESTIN

    Ramai yang marah jika dipertikaikan apa yang dilakukan oleh Hámás di Palestin baru-baru ini sehingga menuduh orangnya pengkhianat, agen Yahudi, tali barut Amerika, Khawarij, Madkhali dan sebagainya. Syeikh Ibrahim bin Salih al-Muhaimid dalam kenyataannya baru-baru ini menegaskan bahawa “Barang siapa menganggap apa yang berlaku di Palestin pada hari ini ialah…

  • |

    BULU KUCING BUKAN NAJIS

    Tular di media sosial pandangan sesetengah pihak yang kata bulu kucing najis, justeru kucing seeloknya diletakkan di luar rumah agar bulunya tidak jatuh merata dan dapat solat dengan tenang tanpa waswas. Pertamanya, perlu ditegaskan bahawa pandangan di atas adalah salah dan bersifat ghuluw melampau. Sebetulnya kucing ialah binatang suci, bukan…