telescope looking at the Great Bear constellation
|

HARI RAYA AIDILFITRI: IKUT ANAK BULAN ATAU FALAK?

Umat Islam disyariatkan menyambut Hari Raya Aidilfitri apabila mereka melihat anak bulan Syawal.

Demikian adalah pendirian sekalian para ulama berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ.

“Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan (masuknya bulan Ramadan) dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya (menyambut Hari Raya Aidilfitri). Dan sekiranya terdapat awan yang menghalang (daripada melihat anak bulan) maka genapkanlah hitungan (30 hari).”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Ini bererti bahawa ilmu falak hanya boleh digunakan untuk membantu sedangkan penampakan anak bulan itulah yang menjadi penentu.

Tetapi kekeliruan boleh timbul apabila umat Islam terlalu bergantung pada ilmu falak dalam penentuan tarikh hari raya sehingga ada pihak-pihak tampil mempersoalkan kewajaran umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri berdasarkan rukyah (melihat anak bulan).

Ini tidak wajar berlaku kerana asas penentuan tarikh jatuhnya Hari Raya Aidilfitri sememangnya berdasarkan rukyah anak bulan Syawal dan bukan mengikut hisab takwim falak.

Hanya sahaja ada perselisihan dalam kalangan para ulama berkenaan isu perbezaan masa terbit anak bulan (اختلاف المطالع) sama ada penampakan anak bulan di satu tempat boleh diguna pakai untuk tempat-tempat yang lain.

Menurut Syeikh Said Sabiq dalam kitabnya Fiqh al-Sunah, majoriti para ulama berpendirian bahawa perbezaan masa terbit anak bulan tidak memberi apa-apa kesan.

Ini bermaksud sekiranya penduduk di sesebuah tempat melihat anak bulan Syawal maka wajiblah atas umat Islam di tempat-tempat lain menyambut hari raya keesokan harinya.

Ini berdasarkan hadis Nabi ﷺ di atas “Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan (masuknya bulan Ramadan) dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya (menyambut Hari Raya Aidilfitri).”

Hadis ini bersifat umum ditujukan kepada semua umat Islam.

Mana-mana individu Muslim yang diterima kesaksiannya melihat anak bulan maka kesaksiannya itu akan diguna pakai buat seluruh umat Islam.

Jika diamati pendirian jumhur ulama dalam permasalahan ini, jelas ia lebih ideal dan menepati roh syariat yang menekankan kesatuan dan melarang perbalahan di samping dapat membolehkan negara-negara Islam menyambut hari raya Aidilfitri serentak di seluruh dunia.

CATATAN

Sebahagian ulama berpandangan bahawa setiap negeri mengikut rukyah masing-masing dan tidak terikat dengan rukyah negeri-negeri lain.

Mereka berhujah dengan hadis Ibnu Abbas:

قال كُرَيْبٍ: قَدِمْتُ الشَّامَ وَاسْتُهِلَّ عَلَيَّ رَمَضَانُ وَأَنَا بِالشَّامِ فَرَأَيْتُ الْهِلَالَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ ثُمَّ قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فِي آخِرِ الشَّهْرِ. فَسَأَلَنِي عَبْدُ الله بنِ عَبَّاسٍ – ثُمَّ ذَكَرَ الْهِلَالَ – فَقَالَ: مَتَى رَأَيْتُمُ الْهِلَالَ فَقُلْتُ: رَأَيْنَاهُ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ. فَقَالَ: أَنْتَ رَأَيْتَهُ؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ وَرَآهُ النَّاسُ وَصَامُوا وَصَامَ مُعَاوِيَةُ. فقال: لَكِنَّا ‌رَأيْنَاهُ ‌لَيْلَةَ ‌السَّبْتِ فَلا نَزَالُ نَصُومُ حَتَّى نُكْمِلَ ثَلَاثِينَ أَوْ نَرَاهُ. فَقُلْتُ: أَوَ لَا تَكْتَفِي بِرُؤْيَةِ مُعَاوِيَةَ وَصِيَامِهِ؟ فَقَالَ: لَا. هَكَذَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Kata Kuraib: Aku ke negeri Syam dan sampai di sana apabila masuk bulan Ramadan. Aku melihat anak bulan pada malam jumaat. Setelah itu aku ke Madinah dan sampai pada hujung bulan Ramadan. Ibnu Abbas bertanya kepadaku “Bilakah engkau melihat anak bulan (Ramadan)?” Aku menjawab “Pada malam Jumaat.” Ibnu Abbas bertanya lagi “Engkau yang melihatnya?” Aku menjawab “Ya, dan orang lain pun sama. Mereka berpuasa dan Muawiyah pun turut berpuasa.” Ibnu Abbas berkata “Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu dan kami akan terus berpuasa sampai genap 30 hari, melainkan jika kami melihat anak bulan Syawal sebelumnya.” Aku bertanya: “Mengapa tidak engkau memadai dengan anak bulan yang dilihat oleh Muawiyah serta puasanya?” Jawab Ibnu Abbas “Inilah yang diperintahkan ke atas kami oleh Rasulullah ﷺ.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Jika diamati hadis Ibnu Abbas di atas, ia tidak bertembung dengan hadis Abu Hurairah “Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan” seperti mana yang dihuraikan oleh Imam al-Syaukani dalam Nail al-Autar.

Hadis Ibnu Abbas digunakan dalam situasi jika seseorang itu berpuasa mengikut rukyah di negerinya lalu di pertengahan Ramadan sampai kepadanya berita bahawa penduduk di negeri lain berpuasa sehari sebelumnya. Maka dalam keadaan tersebut dia tetap berpuasa bersama penduduk negerinya sehingga genap 30 hari atau 29 hari (jika anak bulan kelihatan).

Dengan cara ini dapatlah diharmonikan antara kedua-dua hadis manakala hadis Abu Hurairah “Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan” tetap kekal pada keumumannya iaitu sekiranya penduduk di sesebuah negeri melihat anak bulan Ramadan / Syawal maka wajiblah atas umat Islam di negeri-negeri lain yang sampai kepada mereka berita tersebut berpuasa / menyambut hari raya keesokan harinya.

Sekian.

Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Syawal 1443H /
02 Mei 2022

Similar Posts

  • | |

    BULAN REJAB

    – Fadilat, kelebihan Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini. Menurut Syeikh Saleh al-Fauzan: “Ulama menegaskan tidak boleh mengkhususkan mana-mana ibadah pada bulan Rejab ini.” Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu,…

  • | | |

    HARI RAYA IKUT NEGARA MASING-MASING

    Islam menganjurkan umatnya supaya menjaga kesatuan dan dilarang berpecah. Ini termasuklah dalam penentuan tarikh mula berpuasa Ramadan dan tarikh jatuhnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda: الصَّوْمُ ‌يَوْمَ ‌تَصُومُونَ، ‌وَالفِطْرُ ‌يَوْمَ ‌تُفْطِرُونَ “Puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kalian berpuasa dan Hari Raya Puasa adalah pada…

  • | | |

    HARI ASYURA: TIDAK DISYARIATKAN KECUALI PUASA

    Tidak disyariatkan pada Hari Asyura kecuali puasa. Ini bermaksud Hari Asyura bukanlah dikhaskan bagi menzahirkan kegembiraan ataupun penyediaan makanan tertentu, bersedekah, solat pada malam Hari Asyura ataupun ziarah kubur. Hanya puasa sahaja. Demikian apa yang disepakati oleh para ulama Salaf al-Soleh. Dr. Idris bin SulaimanKajang10 Muharam 1445H28 Julai 2023

  • | |

    MELIHAT ANAK BULAN ZULHIJAH: IKUT MALAYSIA ATAU MEKAH?

      Masuknya bulan Zulhijah apabila nampak anak bulannya. Cuma ada perbahasan dalam kalangan para ulama berkenaan isu perbezaan masa terbit anak bulan (ikhtilaf al-matalik) sama ada penampakan anak bulan di satu tempat boleh diguna pakai untuk tempat-tempat lain atau tidak. Majoriti para ulama berpendirian bahawa perbezaan masa terbit anak bulan…

  • | | |

    TATACARA PUASA 6 SYAWAL

    Umat Islam dianjurkan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal berdasarkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامَ الدَّهْرِ. “Barang siapa berpuasa Ramadan lalu berpuasa enam (hari) pada bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih. Riwayat Muslim] Puasa 6 Syawal ini afdalnya disegerakan…

  • | | |

    BULAN REJAB

    Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini. Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu. Adapun doa: اللَّهُمَّ باَرِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان. “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan…