| | |

DAPAT PAHALA PUASA SETAHUN DUA KALI

Muslim boleh menjana pahala puasa setahun dua kali (dalam masa setahun) dengan cara:

  1. Puasa tiga hari setiap sebulan.

Berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

‌صِيَامُ ‌ثَلَاثَةِ ‌أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صِيَامُ ‌الدَّهْرِ.

“Puasa tiga hari setiap bulan seperti puasa setahun.”

Sahih. Riwayat Ahmad.

  1. Puasa 6 hari pada bulan Syawal.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

‌مَنْ ‌صَامَ ‌رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ ‌شَوَّال كَانَ كصيام الدَّهْر.

“Barang siapa berpuasa Ramadan disusuli dengan puasa enam hari pada bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.”

Sahih. Riwayat Muslim.

Dua hadis di atas anjuran bagi Muslim berpuasa 3 hari pada setiap bulan di samping 6 hari pada bulan Syawal dan bahawasanya barang siapa berbuat demikian kesudahannya akan dapat menjana pahala puasa setahun sebanyak dua kali.

Sebolehnya didahulukan puasa ganti Ramadan (jika ada) sebelum puasa sunat 6 hari bulan Syawal.

Puasa tiga hari setiap bulan boleh dilakukan sama ada pada ‘Hari-hari Putih’ (tanggal 13, 14 dan 15 bulan Hijrah) atau pada hari-hari lain.

Puasa 6 Syawal boleh diniatkan sekali dengan puasa sunat 3 hari setiap bulan.

Allah jua sebaik-baik pemberi petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Syawal 1445H
19 April 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…

  • |

    “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH JADI MUAZIN TETAPI..”

    “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH JADI MUAZIN TETAPI..” # Fadilat menjawab azan # Indahnya Islam Maklum bahawa muazin (bilal) yang mengumandangkan azan di sesebuah masjid atau surau hanyalah seorang, dan terdapat banyak fadilat kelebihan bagi para muazin. Antaranya Nabi ﷺ mendoakan keampunan buat mereka dalam sabdanya ﷺ: اللهُمَّ أَرْشِدِ الْأَئِمَّةَ، ‌وَاغْفِرْ…

  • | |

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH Ada yang mencadangkan jika suami susah kejutkan isteri bangun untuk solat Subuh maka boleh cuba memanggil isteri dengan nama perempuan lain. Tetapi perlu berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga. ———————— Hakikatnya cara sebegini tidak menepati as-Sunah. Sebaliknya suami boleh merenjis sedikit air ke muka isteri dengan lemah…

  • |

    ORANG TIDAK PUASA BOLEH SAMA PAHALA ORANG BERPUASA

    Kepada mereka yang tidak berpuasa pada awal sepuluh hari Zulhijah hendaklah memperbanyakkan syukur apabila makan dan minum. Kerana sabda Nabi ﷺ: إِنَّ ‌لِلطَّاعِمِ ‌الشَّاكِرِ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَ الصَّائِمِ الصَّابِرِ. “Sungguh orang yang tidak berpuasa yang bersyukur apabila makan mendapat pahala seperti orang yang sabar berpuasa.” [Sahih. Riwayat al-Hakim] Muslim sentiasa…