Hand held telescope on the pier over the sea at sunset
| | | |

DOA MELIHAT ANAK BULAN

– Setiap awal bulan sepanjang tahun
– Kias doa akhir & awal tahun Hijrah

Telah sabit dalam hadis sahih doa yang dibaca oleh Nabi ﷺ apabila melihat anak bulan.

Daripada Talhah bin Ubaidillah radiallahuanhu, bahawasanya apabila Nabi ﷺ melihat anak bulan, baginda ﷺ berdoa:

اللّهُمَّ ‌أهِلْهُ ‌عَلَيْنَا ‌بِاليُمْنِ ‌وَالإيمَانَ وَالسَّلامَةَ وَالإسْلامَ، رَبِّي وَرَبُّكَ الله.

“Ya Allah, keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keislaman, Tuhanku dan Tuhanmu (wahai anak bulan) ialah Allah ﷻ.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Perlu diingatkan bahawa doa ini dibaca apabila melihat anak bulan pada setiap bulan Hijrah sepanjang tahun, secara bersendirian dan perlahan-lahan sebagaimana dalam adab berdoa.

DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

Ada pandangan mengharuskan acara membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah dengan alasan kias Nabi ﷺ berdoa apabila melihat anak bulan seperti di atas.

Ini keliru.

Ini kerana ibadah yang bersifat ‘ta’abbudi’ iaitu ibadah yang tidak diketahui ‘illahnya’ (sifat sebab lahir hukum) tidak boleh diqiaskan dengan yang lain memandangkan bahawa antara syarat sah qias ‘illah’ antara perkara asal dengan perkara cabang hendaklah sama.

Maka sekiranya ‘illah’ suatu ibadah itu tidak diketahui maka bagaimana mungkin ia dapat diqiaskan dengan yang lain.

Kesudahannya akan lahir qias batil menyamakan antara dua perkara yang berbeza (qias ma’a al-fariq).

Justeru dikatakan kepada mereka, adakah dibolehkan mengumandangkan azan sebelum solat Hari Raya atas alasan qias kepada solat fardu?

Jika jawapannya tidak boleh maka begitu juga dalam perkara ini.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Zulhijah 1443H /
29 Julai 2022

Similar Posts

  • | | | |

    DOA QUNUT WITIR

    Malam ini mula doa qunut solat witir. Muhasabah di pertengahan bulan Ramadan. Amalan-amalan kebaikan yang dilakukan perlu diteruskan manakala apa yang terlepas hendaklah segera dilaksanakan sebelum Ramadan berakhir. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ. “Sesungguhnya amalan-amalan itu dinilai pada pengakhirannya”. [Sahih. Riwayat Bukhari] Kegembiraan buat mereka yang amal…

  • | | | |

    BERKAT SAHUR

    BERKAT SAHUR Sabda Nabi ﷺ: “Bersahurlah, sesungguhnya terdapat keberkatan dalam bersahur.” Hadis sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim. Berkata Ibnu Hajar rahimahullah: Keberkatan bersahur diperoleh melalui beberapa perkara: 1. Mengikuti as-Sunah. 2. Menyelisihi Ahli Kitab. 3. Mendapat kekuatan untuk menjalani ibadah puasa. 4. Mengatasi akhlak buruk yang timbul akibat lapar. 5….

  • | |

    SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH

    – Tatacara pelaksanaan – Jangan lebih dua rakaat Muslim dianjurkan mengerjakan solat sunat (qabliyah) sebelum Subuh sebanyak dua rakaat. Daripada Hafsah radiallahuanha, katanya: كَانَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إذا ‌طَلَعَ ‌الْفَجْرُ ‌لَا ‌يُصَلِّي إِلَّا رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ. “Rasulullah ﷺ jika sudah terbit fajar baginda tidak akan solat (sunat) kecuali dua rakaat ringkas.”…

  • |

    ANTARA KESALAHAN KETIKA UMRAH

    ANTARA KESALAHAN KETIKA UMRAH # Berzikir beramai-ramai # Berzikir secara menyanyi Alhamdulillah umrah sudah dibuka kembali. Bagi mereka yang berhajat untuk ke Tanah Suci mengerjakan umrah, pastikan anda mempelajari tatacara ibadah umrah dengan betul supaya tidak mensia-siakan peluang ketika di sana. Perlu ditegaskan bahawa apa jua amal ibadah yang dikerjakan…

  • |

    SOLAT BERJEMAAH & SOLAT JUMAAT

    SOLAT BERJEMAAH & SOLAT JUMAAT Solat adalah sebaik-baik amalan dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa menghadap ALLAH. Solat adalah PERKARA PERTAMA yang akan DIHISAB pada HARI AKHIRAT kelak. KEJAYAAN dan KEMENANGAN bagi mereka yang MEMELIHARA SOLAT khususnya SOLAT BERJEMAAH dan SOLAT JUMAAT. Tidak dinafikan bahawa ia PERLU kepada KECEKALAN dan KETABAHAN…

  • | |

    DOA QUNUT WITIR

    DOA QUNUT WITIR • Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا…