| |

HARI ASYURA ALA SYIAH AFGHANISTAN

– Bidaah tanpa sempadan

Jika Syiah Iran menyambut Hari Asyura (10 Muharam) dengan memukul belakang mereka dengan tali cemeti maka Syiah Afghanistan tidak mahu ketinggalan untuk turut menyambutnya.

Video yang dilampirkan menunjukkan sekumpulan pengikut agama Syiah di Afghanistan mengadakan ritual menyambut Hari Asyura dengan cara meletakkan kaki atas bara api 🔥.

Barangkali kerana bertemakan progresif dan semangat bidaah itu sendiri untuk membawa kelainan pada sambutan Hari Asyura itu.

Benarlah, bidaah itu tiada sempadannya.

Tetapi malang tidak berbau apabila beberapa orang individu yang terlibat jatuh tersembam atas bara api tersebut 🔥 🔥 🔥.

Adakah ini sekelumit daripada azab Allah ﷻ yang disegerakan ke atas mereka yang terlibat?

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Muharam1444
17 Ogos 2022

Similar Posts

  • | |

    YANG PENTING YAKIN ALLAH BAGI?

    – Doa minta dengan orang mati – Tauhid rububiyyah & uluhiyyah Sebahagian berpandangan bahawa Muslim harus meminta daripada orang mati selagi mana yakin bahawa yang memberi ialah Allah ﷻ. Menurut mereka orang mati lebih-lebih lagi orang-orang soleh dan wali Allah boleh dijadikan sebagai perantara apabila berdoa. Ia dinamakan tawassul, menurut…

  • | |

    TAUHID TIDAK CUKUP; WAJIB HINDAR SYIRIK

    Muslim tidak hanya diperintah supaya beribadah kepada Allah ﷻ. Sebaliknya turut disuruh supaya menjauhi syirik; segala bentuk penyembahan kepada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيئاً. “Mereka terus beribadah kepadaKu dan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain.” [Al-Quran, al-Nuur, 24:55] Dalam ayat di atas, Allah ﷻ…

  • | |

    KHAWARIJ AL-QAIDIYYAH

    Salah satu cabang kumpulan Khawarij yang bergerak menghasut pemikiran masyarakat Muslim supaya membenci pemerintah negara, menolak dan melawannya. Mengkritik untuk menjatuhkan, tidak pernah mahu membina. Jauh daripada sikap sabar dan bersyukur. Kumpulan perosak, gunting dalam lipatan kaum Muslimin. Semoga Allah ﷻ pelihara kita dan anak-anak kita daripada pemikiran Khawarij yang…

  • | |

    ARTIS JADI IDOLA SEMBAHAN DI BARAT

    Semalam telah dibahaskan tentang perkataan ‘idola’ dan dijelaskan bahawa ia kembali kepada maksud sesuatu yang dijadikan sebagai sembahan. Dalam Al-Quran, Allah ﷻ menyatakan bagaimana orang-orang Kristian telah menjadikan para pendeta dan rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah ﷻ (al-Taubah, 9:31) dan Nabi ﷺ menyatakan bahawa ia kerana para pendeta dan…

  • AKIDAH AL-MATURIDI?

    Di sesetengah tempat terdapat khatib yang berdoa: “Ya Allah, kukuhkanlah akidah umat seperti dirumuskan oleh Imam al-Asy’ari dan al-Maturidi.” Sebenarnya, banyak aspek yang boleh dibahaskan berkaitan perkara ini. Namun, persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah tentang akidah al-Maturidi. Akidah al-Asya’irah mungkin sudah diketahui umum, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan…

  • | |

    HAKIKAT HABIB UMAR

    Ada yang berpandangan bahawa Habib Umar Muhammad Hafiz bukan calang-calang tokoh tetapi seorang ilmuwan yang sangat istimewa kerana beliau merupakan ulama pilihan Allah yang menjadi mujaddid pada zaman ini. Malah beliau sampai dinobatkan sebagai ‘wakil Rasulullah’ buat manusia hari ini. Pujian melambung diberikan kepada beliau. Tinggal lagi adakah ia benar?…