| |

TAUHID TIDAK CUKUP; WAJIB HINDAR SYIRIK

Muslim tidak hanya diperintah supaya beribadah kepada Allah ﷻ.

Sebaliknya turut disuruh supaya menjauhi syirik; segala bentuk penyembahan kepada selain Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيئاً.

“Mereka terus beribadah kepadaKu dan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain.”

[Al-Quran, al-Nuur, 24:55]

Dalam ayat di atas, Allah ﷻ tidak hanya mengatakan “Mereka terus beribadah kepadaKu” tetapi turut menambah “Dan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain.”

Ini menjelaskan bahawa ibadah yang dilaksanakan tidak akan bermanfaat jika orangnya terlibat dengan syirik.

Justeru tidak cukup hanya solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain, sebaliknya Muslim perlu turut menjauhi segala hal syirik seperti memakai tangkal, percaya kepada bomoh, terlibat dengan sihir, memuja kubur, meminta tolong daripada orang mati, percaya kepada kuasa selain Allah ﷻ sama ada kuasa guru, syeikh, habib, ustaz, wali, orang soleh dan sebagainya.

Semua ini syirik menyalahi akidah Islam yang akan menghalang orangnya masuk syurga dan diancam dengan kekal dalam api neraka selama-lamanya.

Firman Allah ﷻ:

إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُ

“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka.”

[Al-Quran, al-Maaidah, 5:72]

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Jamadilakhir 1445H
08 Januari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    ETIKA BERPAKAIAN

    ETIKA BERPAKAIAN Cara seseorang berpakaian mencerminkan peribadi. Terdapat pakaian yang baik seperti mana terdapat pakaian yang buruk. Ungkapan Inggeris menyebut ‘First impression counts’ (Tanggapan pertama sangat penting). Kerana itu lumrah bagi manusia untuk menjaga pakaiannya apabila keluar rumah lebih-lebih lagi apabila ada urusan penting seperti temu duga kerja, majlis keramaian…

  • | |

    #1 MENCARI TITIK HARMONI (TAQRIB) SUNNI-SYIAH?

    #1 MENCARI TITIK HARMONI (TAQRIB) SUNNI-SYIAH? Usaha yang telah lama menemui KEGAGALAN. Kesudahannya menyaksikan pertumpahan darah orang Islam di Iraq, Syria, Yaman dan yang lain. Pentingnya melihat sejarah. Orang yang tidak mengambil iktibar daripada sejarah, besar kemungkinannya akan mengulangi kesilapan dahulu.

  • |

    SYIRIK KERANA KORONAVIRUS

    SYIRIK KERANA KORONAVIRUS GAMBAR WALI menjadi pencegah penyakit? Awas! Ini merupakan SYIRIK yang jelas apabila meyakini ada pencegah dan penyembuh di alam ghaib selain daripada ALLAH. Seperti mana ucapan seorang pemuja Wali: “Ubat Korona ada di rumah kita! Cuma kita tidak menyedarinya. Kenapa kita tidak menyedarinya? Kerana kita panik! Kerana…

  • |

    MEDIA SOSIAL: PENGGUNA NAMA SAMARAN

    Muslim perlu mengambil berat tentang sumber dari mana dia mengambil pengetahuan agamanya. Kata ulama besar salaf, Ibnu Sirin: ‌إِنَّ ‌هَذَا ‌الْعِلْمَ ‌دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ. “Sesungguhnya ilmu ini agama maka lihatlah daripada mana kalian ambil agama kalian.” [Sahih Muslim, 1/14] Ini bererti memastikan sumber yang betul adalah penting dalam…

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • |

    YAHUDI TIDAK AKAN KEKAL DI PALESTIN

    Kata Syeikh al-Albani(meningal 1999): “Orang-orang Yahudi tidak akan kekal di Palestin. Ini bukan optimis tetapi berdasarkan kefahaman daripada banyak hadis yang menunjukkan sedemikian.” [Rakaman AudioSilsilah al-Huda Wa al-Nur,no. 633] Sabda Nabi ﷺ: لَا ‌تَقُومُ ‌السَّاعَةُ ‌حَتَّى ‌يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يختبئ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ…