|

FATWA LAMA SYEIKH BIN BAZ MENGENAI JEMAAH TABLIGH

SOALAN:

Fatwa di atas dikeluarkan oleh Fatawa al-Lajnah, jilid 34, hal 91, diputuskan atas nama Syekh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Abdur Razzaq ‘Afifi, Abdullah bin Qa’uud, dan Abdullah bin Ghadiyan rahimahumullah Jami’an.

Apa komen Ustaz?
.
.
JAWAPAN UIS:

Zahirnya ini adalah fatwa lama beliau rahimahullah.

Sepertimana fatwa beliau yang pada mulanya menyokong Jemaah Tabligh. Kemudian tidak lama sebelum beliau meninggal dunia, beliau menyanggah mereka.

Dapat dilihat bahawa fatwa ini bernombor 6250, sedangkan kini jumlah fatwa Lajnah sudah menjangkau lebih daripada 25 ribu fatwa!

Apapun, boleh lihat kritikan Syeikh Bin Baz rahimahullah terhadap jemaah Ikhwan Muslimin dalam laman webnya.

http://www.binbaz.org.sa/life-article/268/139

Beliau secara jelas mengatakan:

“Jawapan 28:

Gerakan Ikhwan Muslimin dikritik oleh para ulama yang arif, kerana mereka tidak menekankan tentang mengajak kepada tauhid, mengingkari syirik dan hal-hal bidaah…”

hingga akhir kata-kata beliau.

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya atas Syeikh Bin Baz rahimahullah.

Barakallahu fikum

=======

P/S: Berkatalah Benar Walau Itu Pahit

~ SHARE ~

[ ADMIN ]

Similar Posts

  • |

    [ EDISI KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ]

    [ EDISI KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ] HUKUM MENGUCAPKAN ‘MERRY CHRISTMAS’ SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA ORANG KRISTIAN Tidak boleh bagi seorang Muslim TURUT SERTA bersama orang-orang Kristian merayakan Hari Krismas ataupun mengucapkan ‘selamat’ sempena perayaan mereka. Ini kerana perayaan merupakan antara UPACARA KEAGAMAAN yang menjadi syiar kepada sesebuah agama…

  • |

    MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA

    MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA Syariat Islam mengutamakan NASAB dan memerintahkan supaya ia dipelihara dan dijaga. Ia termasuk dalam lima prinsip Maqasid Syariah, di samping menjaga Agama, nyawa, akal dan harta. Atas sebab ini Syariat Islam mengharamkan zina, dan menganggapnya sebagai perbuatan terkutuk dan tercela. Ini kerana zina antara lain…

  • |

    FAEDAH TERAKRU

    FAEDAH TERAKRU Ramai mungkin terpinga-pinga apabila mendengar perkataan ini dalam sehari dua ini. Ringkasnya apa yang dimaksudkan ialah jumlah RIBA yang BERTAMBAH dan TERKUMPUL dalam satu pinjaman. Catatan: Masih ada yang mahu menafikan kewujudan RIBA dalam institusi kewangan termasuk yang berjenama ISLAM? Lihat: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/institusi-kewangan-disaran-lupus-faedah-terakru-dalam-tempoh-moratorium-tengku-zafrul-241144 Baca artikel sebelum ini bertajuk: TERCELANYA…

  • |

    KEMUNGKARAN SEMASA PENGURUSAN JENAZAH vs WALIMATULURUS

    Jangan terus pulang jika melihat kemungkaran semasa hadir pengurusan jenazah. Berbeza dengan kemungkaran dalam walimatulurus, tetamu boleh patah balik dan pulang. Imam Ahmad menegaskan bahawa jika seseorang itu melihat kemungkaran yang tidak dapat dicegahnya berlaku sewaktu menghadiri pengurusan jenazah maka hendaklah dia terus tetap di situ sehingga jenazah selesai ditanam….

  • |

    NAFSU BERCAKAP

    NAFSU BERCAKAP Bercakap ada nafsunya. Iaitu kemahuan dan keinginan yang kuat untuk bercakap lebih-lebih lagi di media sosial yang pada hari ini telah membolehkan semua memberi pendapat dan meluahkan perasaan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam.” [Sahih….