|

HARAMNYA DEMONSTRASI

HARAMNYA DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah haram di sisi para ulama yang tidak terpengaruh dengan fahaman haraki Ikhwan Muslimin (IM).

IM merupakan gerakan yang banyak bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang berselindung.

Antara sebab haramnya demonstrasi ialah:

1. Menzahirkan nasihat kepada pemerintah sedangkan cara sedemikian dilarang Agama.

Sabda Nabi ﷺ:

من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية.

“Barangsiapa ingin menyampaikan nasihat kepada pemerintah maka janganlah dia menzahirkannya”.

Sahih. Riwayat Ahmad.

2. Sering bertukar menjadi kecoh dengan kerosakan harta benda, kecederaan dan barangkali kematian.

Kerosakan tidak boleh dibaiki dengan kerosakan seperti mana najis tidak boleh dibersihkan dengan najis.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk hidayah.

Idris Sulaiman
Kajang
Menanti dibuka semula masjid & surau
13 Syawal 1441H / 5 Jun 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    LIMA JENIS ANAK

    LIMA JENIS ANAK Jenis-jenis Anak: PERTAMA: Anak yang tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak derhaka. KEDUA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya secara terpaksa. Anak yang tidak mendapat pahala. KETIGA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh tetapi kemudian mengungkit-ungkitnya sampai menyakiti orang tuanya, membentak…

  • |

    MANUSIA SEPERTI BUKU

    MANUSIA SEPERTI BUKU Ada buku yang dibaca dapat difahami dan diambil manfaat daripadanya. Dalam masa yang sama, ada buku yang dibaca tetapi isinya tidak dapat difahami. Terdapat juga buku yang dibaca tetapi maklumatnya tidak disampaikan dengan betul maka ia menimbulkan salah faham pembacanya. Demikian ada buku yang luarannya tampak cantik…

  • |

    NIAT BAIK TIDAK MENJADIKAN MAKSIAT ELOK

    – Kedua-dua niat dan amalan perlu baik Sering dalam perbahasan mengenai sesuatu amalan yang dilakukan oleh masyarakat kedengaran ada yang berkata: “Apa yang penting ialah niat!” “Yang penting niatnya baik!” Dan seumpamanya. Perlu ditegaskan bahawa kenyataan seperti di atas salah. Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara manakala niat yang baik…

  • |

    CAKAP SEDIKIT

    Kata Imam al-Auzaie: “Orang beriman bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak tetapi beramal sedikit.” [al-Zahabi, al-Siyar, 7/125] Dr. Idris bin SulaimanGotong royong Ramadan12 Syaaban 1444H05 Mac 2023

  • |

    “EH, JANGAN SIBUKLAH!”

    “EH, JANGAN SIBUKLAH!” # Menolak nasihat # Perkataan paling dibenci Allah ﷻ Jangan sesekali bersikap angkuh dan sombong menolak nasihat. Sabda Rasulullah ﷺ: إِنَّ ‌أَبْغَضَ ‌الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ أَنْ يَقُولَ الرَّجُلُ لِلرَّجُلِ: اتَّقِ اللَّهَ، فَيَقُولَ: ‌عَلَيْكَ ‌بِنَفْسِكَ. “Sesungguhnya perkataan yang paling dibenci oleh Allah ialah apabila dikatakan kepada seseorang itu…