BIDAAH DALAM AGAMA

BIDAAH DALAM AGAMA

Firman Allah ﷻ, mafhumnya:

“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi PENAWAR serta rahmat buat sekelian alam.”

[Surah al-Israa, ayat 82]

Ayat di atas bersifat umum dan mutlak, tidak mengkhususkan mana-mana ayat yang tertentu.

Tidak dinafikan bahawa dalam masa yang sama, terdapat hadis-hadis SAHIH yang menyebut tentang kelebihan serta fadilat surah dan ayat tertentu seperti SURAH AL-FATIHAH dan AYAT AL-KURSI.

Maka perbuatan MENGKHUSUSKAN ayat-ayat tertentu, apatah lagi MENDAKWA ia adalah PENAWAR untuk penyakit-penyakit tertentu TANPA SANDARAN DALIL SAHIH adalah BIDAAH yang dilarang oleh SYARIAT.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ

“Barang siapa MENGADA-ADAKAN SESUATU YANG BAHARU dalam urusan kita ini (AGAMA) yang bukan daripadanya maka ia adalah TERTOLAK.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barang siapa melakukan sesuatu AMALAN yang TIDAK menepati cara kami maka ia adalah TERTOLAK.”

[Riwayat Muslim]

Maka perbuatan MENGKHUSUSKAN ayat-ayat Al-Quran tertentu TANPA DALIL adalah SALAH menyalahi syariat.

Apa yang umum perlu dibiarkan umum, seperti mana apa yang khusus perlu dikekalkan khusus. Usahlah kita menokok tambah dan mendakwa sesuatu yang tiada dalilnya dalam Al-Quran ataupun hadis yang sahih.

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang menghayati Sunnah Nabi sallalahu alaihi wassalam dalam beramal.

Ustaz Idris bin Sulaiman

Similar Posts

  • NIKMAT LEBIH DARI SYURGA

    NIKMAT LEBIH DARI SYURGA Apakah nikmat yang lebih daripada balasan syurga dengan segala isi kenikmatan yang terdapat di dalamnya; mahligai istana, pokok-pokok, buah-buahan, sungai-sungai, intan permata, emas, perak, bidadari-bidadari dan sebagainya? Jawapannya ialah nikmat dapat melihat Allah ﷻ. Sabda Nabi ﷺ: “Setelah ahli syurga memasuki syurga, Allah ﷻ berkata: Adakah…

  • [ KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ]

    [ KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ] VIDEO PEMBUNUHAN JEMAAH MASJID NEW ZEALAND Firman Allah: وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit KETAKUTAN, kelaparan, dan kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan BERILAH KHABAR…

  • APA YANG BENAR TETAP BENAR

    APA YANG BENAR TETAP BENAR #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 4 Kebenaran akan diterima daripada sesiapa jua. Ini kerana kebenaran ialah apa yang menepati dalil. Justeru persoalan siapa yang mengungkapkan kebenaran itu tidak timbul. Ia tiada kaitan dengan sejauh mana orangnya diterima atau ditolak. Kerana itu Ahli Sunah mengakui kebenaran yang ada…

  • NIKMAT SYURGA

    NIKMAT SYURGA ISTERI BERSAMA SUAMINYA ATAU BOLEH MEMILIH SUAMI LAIN? Syurga merupakan tempat nikmat yang sempurna yang Allah ﷻ sediakan buat para hambaNya yang soleh dan bertakwa. Nikmat-nikmat yang Allah sediakan dalam syurga tidak terkata dan melangkaui khayalan manusia berdasarkan firman Allah ﷻ: “Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui…

  • PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA

    PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA Perjalanan hidup di dunia teramat pendek sekali. Allah ﷻ berfirman: مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُ. “Dari air pekat diciptakannya serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian jalan (baik atau buruk) dimudahkan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil yang mana satu). Kemudian…