Quran

BERPEGANG KEPADA NAS; CARA BERINTERAKSI DENGAN MAZHAB

– Nas Al-Quran & hadis
– Keempat-empat mazhab fiqah

Setiap Muslim diwajibkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan hadis serta mengikuti petunjuk kedua-duanya dalam segala urusan kehidupannya.

Ini berdasarkan dalil-dalil nas yang begitu banyak sekali.

Bagaimanakah pula dengan pendapat keempat-empat mazhab fiqah?

Pendapat-pendapat mazhab boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

i. Apa yang disepakati dalam kalangan keempat-empat mazhab.

Seperti kefarduan solat lima waktu, bilangan rakaatnya, kefarduan puasa dan haji, di samping haramnya arak dan judi.

Setiap Muslim wajib beramal dengan apa yang termasuk dalam kategori ini.

ii. Apa yang ada khilaf tetapi dalam bentuk perbezaan lafaz sahaja yang diistilahkan sebagai ikhtilf tanawwu’.

Seperti perbezaan dalam doa-doa istiftah, bacaan-bacaan tasyahud dan qiraat.

Dalam kategori ini Muslim dibolehkan beramal dengan mana-mana pendapat selagi mana sabit dalam Al-Quran atau hadis. Dan afdalnya mempelbagaikannya iaitu dengan ada kalanya melakukannya dengan cara ini dan pada waktu lain dilakukan dengan cara yang lain pula. Ini kerana semuanya sahih dan sabit dalam nas.

iii. Apa yang berlaku perselisihan ketara antara pendapat-pendapat mazhab dan tiada jalan untuk menghimpunkan antaranya.

Seperti terbatalnya wuduk sekiranya bersentuhan antara lelaki dengan perempuan, keluarnya darah dan memakan daging unta di samping permasalahan doa qunut dalam solat Subuh dan sebagainya.

Untuk kategori ketiga ini, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan pendapat yang benar antara pendapat-pendapat mazhab yang ada, dan bukan sekadar melihat dalam satu mazhab semata-mata tetapi dalam semua mazhab.

Maka bagi yang mampu hendaklah mereka berusaha untuk menyaring antara pendapat-pendapat mazhab yang ada serta dalil-dalil yang dikemukakan, lalu dipilih pendapat yang paling kuat dan yang rajih berdasarkan kepada dalil yang dikemukakan.

Ini kerana kebenaran tidak terbatas dalam satu mazhab semata-mata. Sebaliknya ia dikongsi sama antara semua mazhab. Barangkali dalam sesuatu permasalahan itu kebenaran ada dalam mazhab Hanafi manakala dalam permasalahan lain mazhab Maliki, dalam permasalahan lain mazhab Syafie, dalam permasalahan lain mazhab Hanbali dan seterusnya.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu berpegang kepada hanya satu mazhab sahaja maka akan terlepaslah dia kebenaran-kebenaran yang ada dalam mazhab-mazhab lain, dan hal ini tidak wajar bagi Muslim.

Memandangkan kebenaran itu tidak mungkin dapat dikenal pasti dalam perselisihan-perselisihan antara mazhab-mazhab kecuali dengan merujuk kepada hadis, maka hadis perlu dijadikan sebagai rujukan utama di samping Al-Quran untuk menilai dan menyaring antara pendapat-pendapat yang berbeza-beza dalam keempat-empat mazhab.

Ini bertepatan dengan firman Allah ﷻ:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ.

“Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (hadis) RasulNya.”

[Al-Quran, al-Nuur, 24:63]

Pendekatan ini bukan bermaksud tidak mengambil manfaat daripada usaha para ulama mazhab serta buku-buku fiqah yang dikarang oleh mereka, sebaliknya buku-buku ini perlu dikaji dan dimanfaatkan bagi membantu mengenal pasti kebenaran dalam setiap permasalahan khilafiah yang ada.

Ini kerana para ulama mujtahid serta para ilmuwan telah berusaha gigih menjelaskan hadis serta mendekatkannya kepada manusia di samping menjelaskan hukum-hakam yang diistinbatkan daripadanya.

Justeru tiada jalan bagi mana-mana Muslim kecuali mengambil manfaat daripada ilmu mereka serta memanfaatkan buku-buku karangan para ulama bagi membantu memahami Al-Quran dan hadis.

Dengan cara demikian dapatlah dihimpunkan kesemua kebaikan, kebenaran dapat disaring, manakala hadis-hadis dapat dipelihara dan kedudukan tinggi para ulama keempat-empat mazhab dapat dijaga.

Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Syawal 1443H /
06 Mei 2022

Similar Posts

  • |

    TAHUN BAHARU MASIHI

    Muslim tidak menyambut tahun baharu Masihi. Tahun baharu Masihi berkait rapat dengan agama Kristian dan berasal usul daripada kepercayaan pagan. Masihi merujuk kepada kelahiran Nabi Isa alaihissalam. Dalam bahasa Inggeris kalendar Masihi dikenali sebagai ‘Gregorian calender’ nisbah kepada Paus Gregory ke XIII yang memperkenalkannya pada tahun 1582. Bulan Januari pula…

  • |

    SYARAT KEMENANGAN: KEMBALI KEPADA AJARAN AGAMA

    “Apabila kalian berjual beli secara ‘inah (riba), dan kalian sibuk menarik ekor lembu-lembu serta reda dengan bercucuk tanam, lalu meninggalkan jihad, maka Allah timpakan KEHINAAN atas kalian yang tidak akan dicabut-Nya sehinggalah kalian KEMBALI KEPADA AGAMA kalian.” [Sahih, Abu Daud, 3462] Dr. Idris bin SulaimanKajang17 Rabiulakhir 1447H09 Oktober 2025https://idrissulaiman.com/shop

  • |

    SABAR HADAPI DUGAAN DUNIA

    Mukmin perlu sabar dalam menghadapi dugaan di dunia sebesar mana pun ia datang menguji kerana apa yang pasti di sebalik setiap ujian akan datang kesenangan dan di sebalik setiap kepayahan akan datang kemudahan, sedangkan azab dunia jauh lebih ringan dan tidak terbanding dengan azab akhirat. Firman Allah ﷻ: فَإِنَّ مَعَ…

  • |

    HIPOKRIT YANG SEBENAR

    Buka tudung sebab tidak mahu hipokrit. Seperti jika ada yang tidak mahu solat atas alasan enggan dikatakan menunjuk-nunjuk. Jelasnya ini kenyataan orang yang keliru. Sebetulnya kata diri lemah iman atau kurang faham agama, didorong pengaruh rakan-rakan dan seumpamanya. Musibah jika perbuatan maksiat hendak diselimutkan dengan niat mulia. Insaflah dan akuilah…

  • |

    TABARUK DENGAN RAMBUT, JUBAH, CAPAL NABI ﷺ

    – Tabaruk bermaksud mencari berkat. Tidak dinafikan bahawa mengambil berkat (bertabaruk) daripada barang-barang peninggalan Nabi ﷺ merupakan suatu perkara yang disyariatkan berdasarkan banyak riwayat yang menceritakan tentang perbuatan para Sahabat Nabi ﷺ bertabaruk dengan peninggalan-peninggalan baginda ﷺ. Sekalipun demikian, TIDAK SABIT bahawa terdapat barang-barang peninggalan Nabi ﷺ yang wujud pada…

One Comment

Comments are closed.