“ALLAH SAYANG SEMUA”

“ALLAH SAYANG SEMUA”

Kenyataan ini salah.

Andaian bahawa Allah ﷻ sayang semua dan tidak membenci sesiapa adalah salah kerana ia bertentangan dengan apa yang Allah ﷻ sendiri nyatakan tentang diriNya.

Maka Allah sayang dan reda seperti mana Allah juga benci dan murka.

Dalam Al-Quran, Allah ﷻ menyebutkan golongan-golongan yang Dia sayang dan reda, antaranya:

1. Orang yang bertaubat dan bersuci
[Al-Quran, al-Baqarah, 2:222];

2. Orang yang bertakwa
[Al-Quran, Aali Imran, 3: 76];

3. Orang yang berbuat baik
[Al-Quran, Aali Imran, 3:134];

4. Orang yang bertawakal
[Al-Quran, Aali Imran, 3: 159];

5. Orang yang adil
[Al-Quran, al-Maa’idah, 5: 42]

Dalam masa yang sama, Allah ﷻ menyebutkan golongan-golongan yang Dia benci dan murka, antaranya:

1. Orang kafir
[Al-Quran, Aali Imran, 3: 32];

2. Orang zalim
[Al-Quran, Aali Imran, 3: 57];

3. Orang sombong
[Al-Quran, an-Nisaa’, 4: 36];

4. Orang yang khianat
[Al-Quran, an-Nisaa’, 4:107];

5. Orang yang melakukan kerosakan
[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:64];

6. Orang yang membazir
[ Al-Quran, al-An’am, 6:141];

7. Orang yang takbur
[Al-Quran, an-Nahl, 16: 23];

8. Orang yang melampau
[Al-Quran, 2: 190]

Demikian dalam hadis yang banyak menyebutkan tentang golongan-golongan yang Allah ﷻ sayang dan reda di samping golongan-golongan yang Allah ﷻ benci dan murka.

Perlu dijelaskan bahawa ungkapan ‘Allah sayang semua’ turut menyerupai ungkapan orang Kristian ‘Jesus love you’ dan ‘Jesus love us all’ yang jelas batil.

Justeru Muslim perlu berhati-hati dengan perkataan-perkataan yang digunakan kerana ia mempunyai implikasinya dari sudut hukum dan boleh memberi kesan terhadap akidah.

Tambah pula, matlamat tidak menghalalkan cara. Seperti mana matlamat perlu betul, cara yang digunakan juga perlu betul dan menepati Syariat.

CATATAN:

Allah ﷻ tidak sayang semua. Sebaliknya sayang Allah ﷻ bersyarat sebagaimana dalam firmanNya:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu (wahai manusia) sayang Allah maka ikutilah akan daku, nescaya Allah akan sayang kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3: 31]

Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Safar 1443H /
23 September 2021

Similar Posts

  • MUNAFIK

    MUNAFIK Sifat buruk yang disembunyikan tetapi ada kalanya tersingkap jua. BENCI kepada ORANG ISLAM lebih-lebih lagi orang-orang yang berjubah dan berjanggut. Dalam masa yang sama GEMBIRA dengan ORANG KAFIR, memuji dan melihat mereka sebagai orang yang hebat. BENCI kepada NEGARA ISLAM, melihatnya buruk dan mundur, apatah lagi kalau Negara Dua…

  • AL-QURAN

    AL-QURAN # Ramadan bulan Al-Quran Al-Quran merupakan kitab ALLAH yang paling mulia, diturunkan dalam bahasa yang paling mulia, ke atas rasul yang paling mulia ﷺ, oleh malaikat yang paling mulia, di tempat yang paling mulia, dan dimulakan penurunannya pada bulan yang paling mulia iaitu Ramadan. Justeru lengkaplah kemuliaannya dari segenap…

  • BUKIT AMAN

    BUKIT AMAN Seperti baru hendak menarik nafas lega selesai peperiksaan lisan (viva) ijazah kedoktoran apabila sepasukan polis Bukit Aman datang ke rumah tengah hari semalam untuk bertemu berkaitan isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. Esok Jumaat perlu ke sana untuk diambil keterangan. Semoga Allah permudahkan. Daripada Allah ﷻ jua…

  • SELEPAS KUIL TOKONG PULA

    SELEPAS KUIL TOKONG PULA Sangat tidak wajar. Jangan sampai hilang pedoman Agama rebah dek syubhah toleransi. Apakah sudah tiada lagi masjid untuk dibersihkan? Apakah sudah tiada lagi rumah sesama saudara Muslim yang belum dihilangkan sisa lumpur banjir besar yang berlaku baru-baru ini? Membersihkan rumah-rumah ibadat orang kafir ini bertentangan sama…

  • KAFIR BARAT

    KAFIR BARAT # Mencela Nabi ﷺ # Muslim pemuja Barat Mereka mencela Nabi Muhammad ﷺ kerana berkahwin dengan Aishah pada usia muda sedangkan dalam masa yang sama mereka membiarkan anak-anak gadis mereka mencari pasangan di kelab-kelab malam yang merupakan seburuk-buruk tempat. Kesudahannya pelacuran dan zina berleluasa di sana pada tahap…