|

AL-TAGHAFUL

– Buat-buat tak endah

al-Taghaful ialah pendekatan buat-buat tak endah, tidak mempedulikan sesuatu kesalahan dalam keadaan tahu dan sedar akan kesalahan itu demi menjaga kehormatan diri serta menyantuni pihak berkenaan.

Orang yang buat-buat tak endah itu sedar akan kesalahan yang dilakukan dan dia mampu mengambil tindakan ke atas pesalah itu tetapi dia mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikannya demi menjaga hubungan baik serta menangani keadaan dengan penuh kebijaksanaan mengikut cara yang bersesuaian.

al-Taghaful merupakan antara sebaik-baik akhlak dan adab yang dimiliki oleh mereka yang hebat dan berakhlak mulia.

Kata Ayyub al-Sakhtayani:

لا يَسُودَ العَبْدُ حَتَّى يَكُونَ فِيهِ خِصْلَتَانِ: اليَأْسُ مِمَّا في أيْدِي النَّاسِ، وَالتَّغَافُل عَمَّا يَكُونَ مِنْهُمْ.

“Seseorang itu tidak akan berjaya ke hadapan melainkan sesudah dia memiliki dua sifat: Tidak berharap kepada apa yang ada di tangan manusia dan al-taghaful (tidak terlalu mempedulikan kesalahan orang lain terhadapnya).”

[Hilyah al-Auliyaa, 3/5]

Justeru barang siapa ingin hidup tenang, gembira dan disenangi oleh orang lain hendaklah dia memiliki sifat al-taghaful ini demi menjaga persaudaraan, hubungan baik dengan orang-orang di sekeliling dan mengeratkan kasih sayang.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Rejab 1444H
03 Februari 2023

Similar Posts

  • BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG

    – Orang yang hebat & bijaksana – Cara bergaul & berakhlak mulia Kata Omar al-Khattab: أَعْقَلُ ‌النَّاسِ أَعْذَرُهُمْ لَهُمْ. “Orang yang paling bijaksana ialah orang yang paling bersangka baik dengan orang lain.” Bersangka baik dengan orang lain termasuk dalam erti akhlak mulia. Ada kalanya orang lain tersalah kata atau melayan…

  • |

    TATACARA KENCING?

    – Agama Islam memudahkan, bukan menyusahkan Tatacara-tatacara yang disebutkan dalam gambar ini tiada sandarannya dalam hadis sahih. Justeru ia lebih kepada menyusahkan apa telah sedia dimudahkan oleh agama. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا. “Mudahkan dan jangan menyusahkan.” [Sahih. Riwayat Muslim] Syariat Islam turut memberi amaran ke atas mereka…

  • |

    ADAB-ADAB MEMBUANG HAJAT MENURUT AL-SUNAH

    Hantaran sebelum ini membidas tatacara kencing tertentu yang didakwa menurut al-Sunah kerana ia lebih kepada menyusahkan apa yang telah sedia dimudahkan oleh agama. TATACARA KENCING? Berikut adalah ringkasan adab-adab membuang hajat yang sabit dalam al-Sunah: 1. Menjauh dan melindungi diri daripada pandangan manusia lain; 2. Tidak membuang hajat di tempat…

  • |

    KELAB KOMEDI YANG HINA

    – Mempermainkan agama, menghina Muslim – Syarat batasan bergurau Tular dalam media baru-baru ini sebuah kelab komedi yang mengadakan persembahan dengan menjemput pelawak-pelawak yang didapati antara lain menjadikan ajaran Islam dan Muslim sebagai bahan ketawanya. Ini tidak patut, umat Islam sewajarnya menjauhi tempat-tempat seperti ini manakala pihak berkuasa berhak untuk…

  • BELAJAR ADAB SEBELUM MENUNTUT ILMU

    Ungkapan ini diriwayatkan oleh Abu Nuaim al-Asbahani dalam Hilyah al-Awliya (6/330) daripada kata-kata Imam Malik bin Anas. Maksud ungkapan ini menjurus kepada tuntutan untuk membetulkan niat dalam menuntut ilmu, iaitu mencari reda Allah semata-mata, bukan kerana pangkat atau pengaruh. Ia juga menuntut agar menghormati guru serta mengakui kejahilan diri. Hal…