|

AJAR PELAJAR SEKOLAH PAKAI KONDOM?

Kononnya bagi menangi kes-kes cabul dan rogol yang kesudahannya membuatkan mangsanya hamil dan melahirkan bayi luar nikah, sekali gus meningkatkan lagi kes pembuangan bayi.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/07/21/pelajar-lelaki-malu-malu-disuruh-sarung-kondom-depan-rakan-nampak-kekok-ramai-tak-setuju-latihan-amali-pendidikan-seks-di-sekolah

Maka subjek pendidikan seks di sekolah dilihat penting bagi membendung isu sosial dalam kalangan remaja, ini termasuklah dengan mengajar para pelajar cara memakai kondom.

Falasi rapuh dan batil.

Usaha licik lagi halus untuk menggalakkan zina dalam kalangan anak-anak muda, lelaki dan perempuan.

Umat Islam sewajarnya berwaspada dengan diayah-diayah kafir Barat yang dukacitanya dijaja oleh wakil-wakil mereka daripada kalangan anak-anak bangsa, bertopengkan keadilan dan kesejahteraan walhal ia merupakan racun untuk meruntuhkan akhlak dan nilai-nilai moral lalu memporak-perandakan keluarga, merosakkan masyarakat dan meruntuhkan negara.

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
22 Zulhijah 1443H /
22 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    TUTUP AURAT PAHAMU!

    Peha lelaki termasuk dalam aurat yang wajib ditutup bukan sahaja dalam solat malah apabila keluar dari rumah. Ini berdasarkan keterangan jelas dalam hadis-hadis Nabi ﷺ mengenai hal ini. Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ: مَا ‌بَيْنَ ‌السُّرَّةِ ‌وَالرُّكْبَةِ ‌عَوْرَةٌ. “Antara pusat dan lutut ialah aurat.” [Hasan. Riwayat al-Daraqutni] Dalam hadis lain,…

  • |

    DOA AWAL TAHUN HIJRAH

    Tiada doa atau sebarang amalan khusus sempena awal tahun Hijrah. Usah menokok tambah Agama. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ. “Barang siapa buat perkara baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia tertolak”. [Riwayat Bukhari dan Muslim] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    MUBAHALAH

    Mubahalah bermaksud sumpah laknat antara dua orang yang berselisih. CARA PELAKSANAAN Cara pelaksanaan mubahalah ialah dengan kedua-dua orang yang berselisih itu hadir membawa bersama anak, isteri dan keluarga masing-masing kemudian mereka berdua berdoa secara bersungguh-sungguh meminta Allah ﷻ melaknat siapa yang berbohong. Sekalipun mubahalah hanya melibatkan antara dua orang yang…

  • ‘YAKIN BOLEH’ PERLU DIUBAH

    # Membetulkan perkataan yang mengelirukan Kajian psikologi Barat sering menekankan kepentingan untuk yakin dengan keupayaan diri sendiri. Manusia menurutnya adalah pusat segala penentuan dan perubahan. Ini kerana kepercayaan kepada tuhan hampir tidak ada dalam kajian-kajian psikologi Barat yang didominasi oleh golongan ateis. Hasilnya mereka mengetengahkan perkataan-perkataan seperti ‘believe in yourself’,…

  • |

    MENYAMBUNG SILATURAHIM: KELEBIHAN LUAR BIASA

    Muslim dituntut supaya menyambung hubungan silaturahim dengan saudara mara. Hukumnya wajib tanpa khilaf. Mereka yang menyambung silaturahim diberi ganjaran yang sangat lumayan. Sabda Nabi ﷺ: إِنَّ ‌أَعْجَلَ ‌الطَّاعَةِ ‌ثَوَابًا صِلَةُ الرَّحِمِ، وَإِنَّ أَهْلَ الْبَيْتِ لَيَكُونُونَ فَجَرَةً فَتَنْمُوا أَمْوَالُهُمْ وَيَكْثُرُ عَدَدُهُمْ إِذَا تَوَاصَلُوا. “Sesungguhnya ketaatan yang paling cepat pahalanya ialah menyambung…

  • |

    MANUSIA KELUAR DARI KUBUR SEPERTI BELALANG

    Keadaan manusia di akhirat nanti sangat dahsyat dan luar biasa. Masing-masing waktu itu merasa amat takut dan cemas dengan situasi yang dihadapinya serta kesudahan yang menantinya. Terdapat banyak nas Al-Quran dan hadis yang menjelaskan mengenainya. Antaranya, manusia digambarkan akan keluar dari kubur masing-masing seperti belalang yang bertebaran sebagaimana firman Allah…