|

MANUSIA KELUAR DARI KUBUR SEPERTI BELALANG

Keadaan manusia di akhirat nanti sangat dahsyat dan luar biasa. Masing-masing waktu itu merasa amat takut dan cemas dengan situasi yang dihadapinya serta kesudahan yang menantinya.

Terdapat banyak nas Al-Quran dan hadis yang menjelaskan mengenainya.

Antaranya, manusia digambarkan akan keluar dari kubur masing-masing seperti belalang yang bertebaran sebagaimana firman Allah ﷻ:

خُشَّعًا أَبۡصَٰرُهُمۡ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ كَأَنَّهُمۡ جَرَادٞ مُّنتَشِرٞ مُّهۡطِعِينَ إِلَى ٱلدَّاعِۖ يَقُولُ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا يَوۡمٌ عَسِرٞ

“(Pada saat itu) masing-masing dalam keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang bertebaran. Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian) orang-orang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!”

[Al-Quran, al-Qamar, 54:7-8]

Dalam masa yang sama, tular sebuah rakaman video dari luar negara menunjukkan ribuan belalang di sebuah lapangan yang luas sedang bergerak ke satu arah.

Apakah terdapat kaitan antaranya dengan ayat Al-Quran di atas? Wallahualam, hanya Allah ﷻ sahaja yang mengetahui keadaan hakikat di akhirat nanti.

Daripada Allah jua kita memohon keselamatan dan perlindungan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Muharam 1446H
29 Julai 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU

    TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU Jika si suami melafazkan talak tiga sekali gus maka ia hanya jatuh satu. Allah ﷻ berfirman: ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِ. “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:229] Yakni talak dalam dua waktu yang berbeza. Si suami talak kemudian rujuk. Talak…

  • |

    JAUHI ORANG BERMASALAH

    Orang bermasalah akan membawa masalah. Mereka yang bermasalah dalam akidah, ibadah, akhlak dan manhaj, semua mereka harus dijauhi. Sabda Nabi ﷺ: الْمَرْءُ ‌عَلَى ‌دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ “Agama seseorang itu serupa dengan agama teman rapatnya. Maka hendaklah kalian memilih-milih dengan siapa kalian berteman.” [Hasan. Riwayat Tirmizi] Pilih dengan…

  • |

    BERLEMAH LEMBUT DENGAN IBU BAPA & ISTERI

    Muslim dituntut supaya berlemah lembut. Lemah lembut ialah asbab segala kebaikan berbanding sikap kasar dan bengis. Aisyah r.a. menceritakan peristiwa bagaimana sekumpulan orang-orang Yahudi datang ke rumah Rasulullah ﷺ dan berkata: “al-Saam alaikum (Maut atas kamu).” Mendengar ucapan itu Aisyah r.a. bingkas membalasnya dengan berkata: “Waalaikum al-Sam wa al-la’nah (Maut…

  • |

    HUKUM MAIN KUTU

    HUKUM MAIN KUTU Iaitu perbuatan mengumpul wang pada setiap bulan (minggu dan lain-lain) daripada para peserta lalu ditentukan giliran orang yang menerimanya secara undian dan seumpamanya. Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN. Oleh yang demikian ia TIDAK DIBENARKAN. Kata beliau, “Ia adalah perjudian jika ia…

  • |

    MENURUT ARAB SAUDI

    MENURUT ARAB SAUDI Apabila dikatakan kepada mereka: Firman ALLAH dan RasulNYA serta fatwa Ulama Rabbaniyyin.. Mereka berdalih seraya memberi alasan mengatakan: “Tetapi ARAB SAUDI kata BOLEH?!?” Untuk kesekelian kalinya, dikatakan kepada mereka: Arab Saudi BUKAN sumber hukum pensyariatan! Wallahul musta’an – Ustaz Idris Sulaiman (hafizahullah) – ========== . SHARE ….