BUKU BAHARU: 80 HADIS PUASA RAMADAN

Bulan Ramadan tidak lama lagi, kurang dua minggu.

Bersempena kedatangan bulan mulia ini sebuah tulisan baharu bertajuk ’80 Hadis Puasa Ramadan’ telah selesai dibukukan dan kini dalam proses cetakan.

Buku ini adalah himpunan 80 sabda Nabi ﷺ berkaitan puasa Ramadan; kewajipan, fadilat, bila umat Islam mula puasa, niat puasa, bersahur, perkara-perkara dibolehkan dan dimaafkan semasa puasa, perihal bermusafir di bulan Ramadan, perkara perlu dihindari semasa puasa, golongan yang berkeuzuran, iftar, solat Tarawih, 10 malam terakhir Ramadan, zakat Fitrah dan banyak lagi.

Kiranya ini adalah buku kedua sesudah buku Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi yang diterbitkan genap dua tahun lalu pada bulan Februari, 2023. Masa terlalu cepat berlalu.

Ini adalah sebahagian daripada usaha kecil untuk memperbanyakkan buku-buku agama autentik dalam bahasa Melayu yang dilihat masih kurang di pasaran bagi membantu mendekatkan masyarakat kepada al-Sunah (taqrib al-Sunah bayna yaday al-ummah). Semoga usaha diberkati Allah ﷻ dan diterima di sisi-Nya.

Insya-Allah, minggu hadapan buku ini akan ada di pasaran. Mereka yang berminat boleh tempah sekarang di https://idrissulaiman.com untuk penghantaran cepat supaya buku diterima sebelum Ramadan.

Semoga Allah ﷻ mendatangkan bulan Ramadan atas kita semua dalam keadaan aman selamat, dapat berpuasa dan melaksanakan ibadah qiamullail di samping ibadah-ibadah lain sepanjang bulan berkat ini.

Penghargaan buat semua yang membantu menjayakan usaha ini. Allah ﷻ jua yang memberi sebaik-baik balasan.

Tempah sekarang buku ’80 Hadis Puasa Ramadan’ di https://idrissulaiman.com

Jazakumullahu khaira.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Syaaban 1446H
18 Februari 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | | | |

    RAMADAN HAMPIR TIBA

    Seminggu lagi sebelum Ramadan. Muslim gembira dengan kedatangan bulan mulia ini. Demikian tanda orang beriman. Rasulullah ﷺ gembira apabila bulan Ramadan tiba dan baginda ﷺ menzahirkan kegembiraannya itu kepada sahabat-sahabatnya. Kata al-Hafis Ibnu Rajab: “Nabi ﷺ menyampaikan khabar gembira kedatangan bulan Ramadan kepada para sahabatnya.” [Lata’if al-Ma’arif, hlm. 147] Dalam…

  • |

    BULU KUCING BUKAN NAJIS

    Tular di media sosial pandangan sesetengah pihak yang kata bulu kucing najis, justeru kucing seeloknya diletakkan di luar rumah agar bulunya tidak jatuh merata dan dapat solat dengan tenang tanpa waswas. Pertamanya, perlu ditegaskan bahawa pandangan di atas adalah salah dan bersifat ghuluw melampau. Sebetulnya kucing ialah binatang suci, bukan…

  • |

    PERARAKAN SAMBUTAN

    Amalan berarak sempena sambutan-sambutan tertentu tidak ada dalam Islam. Tiada sebarang anjuran untuk berbuat demikian dalam Al-Quran atau al-Sunah. Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah berarak membawa sepanduk dan sebagainya. Sama ada di Mekah atau Madinah, ini semua tidak pernah berlaku. Paling hampir pun ialah ibadah wukuf. Sedangkan ibadah…

  • | |

    ILMU FIQAH

    ILMU FIQAH # Taklid vs Ittiba’ Rata-rata memahami ilmu fiqah sebagai ilmu yang membahaskan tentang pendapat-pendapat ulama dan mazhab. Sewajarnya pemahaman ini diperbetulkan kerana ilmu fiqah yang sebetulnya ialah ilmu pemahaman Al-Quran dan hadis. Kedua-dua Al-Quran dan hadis menjadi sumber utama ilmu fiqah. Tinggal lagi sama ada kita kembali kepada…

  • |

    HODOHNYA DAJAL TETAPI RAMAI PENGIKUT

    Sehodoh-hodoh Dajal, seorang lelaki yang pendek, berbadan gempal, mata kanannya buta dan kulitnya terjelir seperti buah anggur yang mengecut, mata kirinya pula terdapat daging lebih yang tebal, kakinya ada kecacatan, berambut kerinting, mempunyai dada dan dahi yang lebar manakala tertera di dahinya kaf-fa-ra (kafir) sekalipun demikian majoriti penduduk dunia pada…

  • | |

    TUDUHAN ATAS SYEIKH AL-ALBANI & DAKWAH SALAF

    Ada orang terdekat meminta supaya saya menjawab sebuah tulisan yang melemparkan beberapa tuduhan ke atas Syeikh al-Albani rahimahullah dan dakwah Salaf. https://www.facebook.com/abdel.rahmanov.1 Berikut ialah jawapan ringkas yang dapat diberikan. TUDUHAN 1: Prinsip Asas Fahaman Salafiah Tidak Berpegang Kepada Mazhab &Mengajak Mencari Dalil Langsung daripada Al-Quran dan Hadis JAWAPAN: Ya, demikian…