|

PERMOHONAN MAAF

Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie hanya mahir dalam bidang ilmu fiqah.

Ingin ditegaskan bahawa Imam al-Syafie rahimahullah tokoh besar Islam, dinobatkan sebagai al-Imam, ulama sepanjang zaman (alim al-Asr), pejuang al-Sunah, penegak hadis (nasir al-hadis), tokoh fiqah (al-faqih) dan ilmuwan ulung yang dihormati lagi disegani.

[Siyar A’lam al-Nubala’ oleh al-Zahabi]

Video berkenaan sama sekali tidak bermaksud merendah-rendahkan beliau. Hanya sahaja potongan video dengan cara begitu telah menimbulkan salah faham, persepsi negatif dan andaian-andaian.

Bagi mengelak polemik berpanjangan dan suasana tidak harmoni berterusan keputusan telah diambil untuk diturunkan video berkenaan.

Segala kekhilafan dan ketelanjuran mohon dimaafkan.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
09 Syaaban 1446H
08 Februari 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    PROMOSI BUKU: TERIMA KASIH USTAZ REZA

    Terkejut apabila ada yang memaklumkan bahawa buku 80 Hadis Puasa Ramadan telah dipromosikan dalam rancangan siaran langsung televisyen Bernama pagi tadi. Dalam program bertajuk ‘Langkah Baru di Bulan Ramadan’ al-Fadhil Ustaz Reza Kamarudin berbicara mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan bulan puasa. Kita perlu persiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu, tegas…

  • |

    Kotak Capal

    Kotak Capal # Pentaksub Capal # Kotak pun jangan dibuang Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit. Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu. Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas. Kebiasaannya maksiat…

  • |

    DR MAZA & KETELUSAN

    DR MAZA & KETELUSAN . . Beliau berpandangan bahawa pihak yang mengatakan tiada jihad di Palestin & memboikot barangan yahudi satu kebodohan sebagai: . ‘syaitan Israel yang muncul di tengah-tengah Umat ini’. . Demikian ‘posting’ beliau pada 11 July 2014 di FB. . . Kini, 11 Ogos 2017, setelah tiga…

  • |

    MELAMPAU DALAM AGAMA

    MELAMPAU DALAM AGAMA # Ghuluw menghormati guru & orang soleh Banyak penyimpangan dan kesesatan yang timbul dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam akibat sikap melampau dan berlebih-lebihan dengan guru dan orang soleh. Sikap melampau ini membuatkan mereka mengagung-agungkan individu-individu tertentu seperti Ali, al-Husain dan al-Badawi di Mesir, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani…

  • |

    ULAMA TIDAK AKAN DAKWA DIRINYA ULAMA

    Lumrah jika orang jahil tidak tahu dirinya jahil disebabkan oleh kejahilan yang menyelubungi dirinya. Sedangkan orang yang berilmu akan tahu dirinya masih jahil kerana ilmu kesedaran yang dimilikinya. Sedangkan Allah ﷻ berfirman: وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡئًا “Dan Allah mengeluarkan kalian dari perut ibu kalian dalam keadaan…

  • |

    “SALAH KE KALAU TAMBAH? BUKAN HARAM PUN!”

    Apabila berbicara tentang keperluan berpegang teguh dengan Sunah Nabi ﷺ serta larangan berpaling daripadanya dengan melakukan perubahan, tokok tambah dan seumpamanya, pasti ada yang tidak bersetuju lalu menolak secara sinis dengan berkata: “Alah, ini perkara kecil sahaja, cabang dan ranting. Bukan perkara pokok. Salah ke kalau nak tambah? Benda baik,…