APABILA IMAN TIDAK LAGI BERGUNA

Akan tiba suatu masa bila mana iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu tidak akan berguna.

Sebagaimana dalam firman Allah ﷻ:

يَوۡمَ يَأۡتِي بَعۡضُ ءَايَٰتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفۡسًا إِيمَٰنُهَا لَمۡ تَكُنۡ ءَامَنَتۡ مِن قَبۡلُ

“Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu tidak lagi berguna iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu.”

[Al-Quran, al-An’aam, 6:158]

Tanda-tanda yang dimaksudkan dalam ayat di atas dijelaskan dalam hadis sabda Nabi ﷺ:

ثَلَاثٌ إِذَا خَرَجْنَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَالدَّجَّالُ وَدَابَّةُ الْأَرْضِ.

“Tiga perkara apabila ia berlaku maka (ketika itu) tidak akan lagi berguna iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu; terbitnya matahari dari sebelah barat, keluarnya Dajal dan binatang melata.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 158]

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Zulkaedah 1445H
01 Jun 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    #5 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #5 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Dr. Yusuf al-Qardawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia): “Sebelum ini aku mempertahankan Hasan Nasrallah, sedangkan partinya ialah Hizbut’taghut (Hizbullah) dan Hizbusy’syaitan (parti syaitan). Mereka mempertahankan Basyar al-Asad (Presiden Syria yang banyak membunuh Ahli Sunah Syria).” Hizbullah merupakan parti politik tentera Syiah berasal dari Lubnan dan didukung…

  • |

    SELAMAT MENGHISAP ROKOK??

    “SELAMAT MENGHISAP ROKOK”?? Jika anda merasakan kenyataan di atas pelik dan tidak wajar maka lebih pelik jika kita mendapati sebahagian ilmuwan dan ustaz membolehkan ucapan “selamat” sempena sambutan hari kelahiran anak tuhan (Krismas) atau apa jua perayaan kekufuran dan kesyirikan. Jika merokok membahayakan kesihatan maka bukankah ucapan “selamat” dan “tahniah”…

  • | |

    BERANI LAWAN ‘HANTU’

    BERANI LAWAN ‘HANTU’ # Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu (2) # Syirik kufur Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan. Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana. Firman ALLAH: فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا. “Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut…

  • | |

    MEREKA MAHU ARAB SAUDI JADI LIBERAL

    MEREKA MAHU ARAB SAUDI JADI LIBERAL DAN MEDIA NEGARA TUMPANG GEMBIRA Negara tersebut berdepan dengan cabaran besar dari kedua-dua arah kanan dan kiri; anasir pelampau Agama berfahaman Khawarij Takfiri di sebelah kanan manakala di sebelah kiri pula adalah golongan liberal yang berkiblatkan kafir Barat. Sumber berita media negara: https://premium.sinarharian.com.my/article/153654/rencana-/jendela-dunia/perubahan-pesat-sosial-di-arab-saudi Semoga…

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…