| |

PENGAKUAN JUJUR ASYAIRAH: MEREKA TIDAK TAHU DI MANA ALLAH

Sebelum ini selalu dengar orang-orang Asyairah berkata “Allah tidak bertempat”, “Allah bukan di atas atau bawah, bukan di kanan atau kiri, bukan di depan atau belakang” dan “Allah wujud tanpa tempat.”

Kenyataan sebegini tentu sahaja membingungkan kerana ia berbentuk penafian semata-mata, tidak menjawab secara tuntas persoalan di mana Allah.

Dalam sebuah hantaran baru-baru ini mereka berterus terang berkata bahawa “Manusia (golongan Asyairah) tidak tahu di mana Allah.”

Maka terjawablah persoalan yang sekian lama berlegar-legar tanpa jawapan.

Pengakuan jujur Asyairah bahawa mereka tidak tahu di mana Allah.

Benarlah kenyataan seorang ulama apabila beliau menggambarkan keadaan para pengikut fahaman Asyairah:

هَؤُلاءِ قَوْمٌ أضَاعُوا رَبَّهُم

“Mereka adalah kaum yang tidak tahu di mana Tuhan mereka.”

Hal ini tentu sahaja mendukacitakan kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

Kerana Allah ﷻ telah pun menjelaskan mengenai diriNya dalam firmanNya:

ٱلرَّحۡمَٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ

“Al-Rahman (Allah) beristiwa (meninggi dan tetap) di atas Arasy.”

[Al-Quran, Taha, 20:5]

Dalam ayat lain, Allah ﷻ berfirman:

ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ

“Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia beristiwa (meninggi dan tetap) di atas Arasy.”

[Al-Quran, al-Sajdah, 32:4]

Dan Nabi ﷺ bersabda:

أَلَا تَأْمَنُونِي وَأَنَا ‌أَمِينُ ‌مَنْ ‌فِي ‌السَّمَاءِ.

“Tidaklah kalian percaya kepada aku sedangkan aku ialah orang kepercayaan Dia yang ada di atas langit?”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Di samping banyak dalil lain.

Justeru mereka yang berpegang teguh kepada fahaman Salaf al-Soleh menegaskan keberadaan Allah ﷻ di atas Arasy sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran dan al-Sunah.

Ini sangat penting kerana ia merupakan asas iman kepada Allah ﷻ, tunjang akidah setiap Muslim.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
22 Jamadilakhir1445H
04 Januari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    AJARAN MARTABAT TUJUH

    – Fahaman sesat lagi menyesatkan Ajaran Martabat Tujuh berkait rapat dengan ajaran tasawuf Wehdatul Wujud yang diasaskan oleh Ibnu Arabi (mati 638H), fahaman Nur Muhammad serta ajaran batiniah Syiah Ismailiyyah. Ajaran Martabat Tujuh kembali kepada ajaran bahawa hakikat yang wujud itu satu dan ia berlapis tujuh secara ‘tanazzulat’ (penurunan) iaitu…

  • | |

    KASIHAN MUALAF

    Selepas ucap kalimah syahadah disuruh menghadap kubur pula. Dilema antara gembira dan sedih. Gembira dengan adanya Muslim saudara baharu. Tetapi sedih kerana dikelirukan oleh golongan pelampau pemuja kubur. Sedangkan Islam berlepas diri daripada segala bentuk pemujaan kubur. Muslim disuruh mengabdikan diri kepada Allah ﷻ semata-mata, berdoa, meminta, menyeru di alam…

  • |

    PROMOSI BUKU: TERIMA KASIH USTAZ REZA

    Terkejut apabila ada yang memaklumkan bahawa buku 80 Hadis Puasa Ramadan telah dipromosikan dalam rancangan siaran langsung televisyen Bernama pagi tadi. Dalam program bertajuk ‘Langkah Baru di Bulan Ramadan’ al-Fadhil Ustaz Reza Kamarudin berbicara mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan bulan puasa. Kita perlu persiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu, tegas…

  • | |

    HUBUNGAN WAHYU – AKAL

    Agama tidak dibina atas akal tetapi mengikut wahyu, dan akal yang sihat adalah seiringan dengan wahyu. Justeru apa yang bercanggahan dengan akal adalah kecacatan, dan pendirian yang menyalahi wahyu adalah batil, tertolak. Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Rabiulakhir 1446H01 November 2024https://idrissulaiman.com

  • “JANGAN MENTUHANKAN VAKSIN”

    “JANGAN MENTUHANKAN VAKSIN” – Sahibus Samahah, Mufti. 06 September 2021 —————— Vaksin adalah ikhtiar, bukan penentu. Mendatangi bomoh akan merosakkan akidah walaupun atas alasan ikhtiar. Demikian dengan pengambilan vaksin sekiranya keyakinan kepadanya melangkaui keyakinan kepada Allah ﷻ sebagai Asy-Syafi, Yang menyembuhkan segala penyakit. Allah ﷻ jua sebaik-baik penjaga. Dialah Yang…

  • APABILA IMAN TIDAK LAGI BERGUNA

    Akan tiba suatu masa bila mana iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu tidak akan berguna. Sebagaimana dalam firman Allah ﷻ: يَوۡمَ يَأۡتِي بَعۡضُ ءَايَٰتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفۡسًا إِيمَٰنُهَا لَمۡ تَكُنۡ ءَامَنَتۡ مِن قَبۡلُ “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu tidak lagi berguna iman seseorang yang tidak…