|

KURANG KASIH SAYANG

Ilmu mewariskan kasih sayang.

Lebih tinggi ilmu seseorang itu maka lebih tinggilah kasih sayangnya kepada orang lain.

Kata Ibnu al-Qayyim:

وَكَانَ الصّدّيق رَضِي اللهُ عَنْه مِن أرْحَم الأمّة وَقَدْ رُوِيَ عَنْ النّبي ﷺ أنَّهُ قَال “أرْحَم أمَّتِي بأِمَّتِي أبُو بَكْر” رَوَاهُ الترَمِذِي وَكَانَ أعْلمَ الصّحَابَة بِاتّفَاق الصَّحَابَة. وَهَكَذَا الرَّجل كُلَّما اتَّسَعَ عِلْمُهُ اتَّسعَتْ رَحْمَتُه.

“Abu Bakar al-Siddiq – radiallahuanhu – merupakan orang yang paling mengasihani umat ini. Dan telah diriwayatkan bahawasanya Nabi ﷺ bersabda “Orang yang paling mengasihani umat ini daripada kalangan umatku ialah Abu Bakar.” Riwayat Tirmizi. Sedangkan para Sahabat sepakat bahawa beliau merupakan Sahabat yang paling berilmu. Demikianlah apabila ilmu seseorang itu bertambah maka akan bertambahlah sifat kasih sayangnya.”

[Ighathat al-Lahfan, 2/173]

Abu Bakar al-Siddiq dinobatkan sebagai orang yang paling mengasihani umat ini kerana tahap ilmunya yang tinggi berbanding yang lain.

Untuk lebih jelas, lihat sahaja doktor di hospital apabila berdepan dengan orang sakit di mana kebiasaannya orang-orang awam akan rasa tidak selesa, benci dan menjauh daripada orang sakit sedangkan doktor pula bersikap sebaliknya.

Doktorlah yang akan mendekati pesakit itu dan merawatnya dengan kasih sayang dan rasa prihatin.

Ini tidak lain kerana ilmu yang dimiliki oleh doktor itu.

Justeru sifat suka benci, kasar dan keras dengan orang-orang di sekeliling kemungkinan besarnya kerana kurang sifat kasih sayang kesan defisit ilmu agama seseorang itu.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Muharam 1444H
20 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    KEMALANGAN KERETA TETAPI TETAP JAGA SOLAT

    Tular video dua orang pemandu kereta yang baru kemalangan sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah sementara menunggu pihak berwajib tiba. Indahnya Islam. Muslim itu luar biasa. Keutamaan menjaga solat, hubungan persaudaraan Islam, toleransi dan sifat memaafkan antara satu sama lain. Allah ﷻ berfirman: رِجَالٞ لَّا تُلۡهِيهِمۡ تِجَٰرَةٞ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ…

  • DALIL YANG BUKAN DALIL

    – Zawq, kasyaf, ilham, mimpi, majoriti, al-Sawad al-A’zam, jumhur ulama, khilaf Umat Islam sejak dahulu sepakat mengatakan bahawa sumber dalil agama ialah Al-Quran dan as-Sunah. Tetapi bagi sesiapa yang mengikuti perbahasan hal-hal agama khususnya di media sosial akan mendapati bahawa kini telah muncul pelbagai bentuk dalil lain yang dijadikan sebagai…

  • |

    LELAKI PANJANG RAMBUT IKUT SUNAH NABI ﷺ?

    LELAKI PANJANG RAMBUT IKUT SUNAH NABI ﷺ? Memanjangkan rambut tidak termasuk dalam erti sunah yang diberi pahala kepada Muslim kerana ia merupakan antara perkara-perkara adat (bukan ibadah). Tidak dinafikan bahawa Nabi ﷺ pernah memanjangkan rambutnya hingga ke paras cuping telinga atau hingga antara telinga dan bahunya. Jika panjang, baginda ﷺ…

  • |

    VALENSTINE’S DAY – HARI KEKASIH

    Kasih sayang bukan perayaan. Suatu perayaan itu datang dan pergi sedangkan kasih sayang yang benar akan terus kekal. Sebagai kaedah, apa jua perayaan selain Aidilfitri dan Aidiladha dikategorikan dalam syariat sebagai perayaan jahiliah. Hari Kekasih termasuk dalam perayaan jahiliah. Semoga kita dan keluarga kita sentiasa dilindungi Allah. Dr. Idris bin…

  • EQUAL / EQUALITY

    – Kenali istilah-istilah gerakan LĠBŤ Ramai mungkin tidak sedar bahawa tulisan EQUAL dan perkataan Equality (Kesamaan) kini membawa maksud tertentu yang berkait rapat dengan gerakan songsang LĠBŤ. Pada tahun 2013, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) telah melancarkan kempen ‘UN FREE & EQUAL’ bagi mempromosikan…

  • |

    AGAMA HAWA NAFSU

    Hawa nafsu senantiasa mendorong manusia ke arah kejahatan. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.” [Al-Quran, Yusuf, 12:53] Oleh itu, ada manusia yang terlalu tunduk kepada hawa nafsunya hingga dia taat memujanya dan menjadikannya sebagai sembahannya. Lalu apa yang buruk dilihat baik…