|

GAMBAR ILMWUAN SALAFI vs KHALAFI

Beza antara ilmuwan Salafi dan ilmuwan Khalafi.

Biar gambar-gambar dari negara jiran berbicara.

Gambar-gambar di sebelah kiri menunjukkan ilmuwan tarekat tasawuf dari Timur Tengah duduk atas kerusi yang dijunjung atas bahu murid-muridnya sewaktu hadir ke sebuah majlis manakala gambar-gambar di sebelah kanan menunjukkan ulama besar dari Madinah, pengajar di Masjid Nabawi, Syeikh Abdul Razzaq al-Badr hafizahullah yang hadir dengan penuh tawaduk ke Masjid Istiqlal, Jakarta bagi menyampaikan kuliah di hadapan 200,000 jemaah.

Ironinya ceramah-ceramah tarekat tasawuf lazimnya berkisar tentang penyucian jiwa dan hati daripada sifat-sifat mazmumah sombong, takbur dan riak sedangkan gambar-gambar menunjukkan sebaliknya.

Ibarat pepatah ‘Mengata dulang paku serpih…’

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Syawal 1444H
19 Mei 2023

Similar Posts

  • AGENDA NWO?

    Agenda reset ini kini benar-benar dijaja di tanah air oleh bidak-bidak. Pandemik Membuka Peluang Untuk Reset: https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220999693253874/ Order Baru Dunia (NWO): https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220067594191980/ CATATAN Jika sudah miskin dibebani hutang maka kuasa besar lebih mudah mengatur dan kawal. Semoga Allah ﷻ menggagalkan perancangan mereka. Idris bin Sulaiman Kajang 24 Jumadilawal 1443H 29…

  • |

    IKUT NABI ATAU MAJORITI?

    Semua Muslim mengakui bahawa jalan Nabi ﷺ harus didahulukan atas jalan masyarakat dan bahawasanya jalan baginda ﷺ adalah satu-satunya jalan yang membawa ke syurga. Tetapi apakan daya realitinya ramai memilih untuk mendahulukan pegangan dan amalan majoriti berbanding sunah Nabi ﷺ atas pelbagai alasan dan sebab. Dan ini juga adalah pilihan…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • |

    HODOHNYA DAJAL TETAPI RAMAI PENGIKUT

    Sehodoh-hodoh Dajal, seorang lelaki yang pendek, berbadan gempal, mata kanannya buta dan kulitnya terjelir seperti buah anggur yang mengecut, mata kirinya pula terdapat daging lebih yang tebal, kakinya ada kecacatan, berambut kerinting, mempunyai dada dan dahi yang lebar manakala tertera di dahinya kaf-fa-ra (kafir) sekalipun demikian majoriti penduduk dunia pada…