|

PENGHARGAAN

Tiga tahun lalu pihak TheNoor telah meminta supaya saya sediakan audio bacaan hadis-hadis buku Hadis 40 karangan Imam al-Nawawi dalam bahasa Arab, Melayu dan Inggeris.

Alhamdulillah kini buku syarahnya pula telah berjaya diterbitkan sebagai pelengkap buat audio bacaan hadis-hadis ini.

Sambil mendengar bacaan hadisnya melalui aplikasi TheNoor pengguna boleh melihat penjelasan dan huraiannya dalam buku Syarah Hadis 40 ini yang turut dengan mudah boleh dibeli melalui aplikasi ini.

Dalam hadis sahih Nabi ﷺ bersabda “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.”

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan buat Dato’ Ahmad Tajuddin Idris, Hajah Noor Neelofa dan Mohd Izzairi Yamin selaku Chairman, CEO dan CTO TheNoor atas ruang dan peluang yang diberikan.

Jazakumullahukhaira.

Aplikasi TheNoor boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.thenoor.app&hl=en&gl=US&pli=1

iPhone:
https://apps.apple.com/my/app/thenoor-azan-quran-qiblah/id1543140251

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Syaaban 1444H
03 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    JIKA NABI TAK BUAT MAKA JANGAN BUAT

    Firman Allah: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَیۡنَ یَدَیِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-Quran, al-Ḥujurāt, 49:1]…

  • |

    ZUHUD

    – Pengertian zuhud – Rusuhan bola sepak Muslim dianjurkan supaya berzuhud dengan dunia. Sabda Nabi ﷺ: ازهَدْ في الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وازهَدْ فِيمَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ. “Berzuhudlah di dunia nescaya engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah daripada apa yang dimiliki oleh manusia nescaya mereka akan mencintaimu.” [Hasan. Riwayat Ibnu…

  • Tengok boleh, percaya jangan

    Firman Allah ﷻ: يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan…

  • |

    BUKU: PILIHAN RAYA MALAYSIA

    Perkembangan politik negara kebelakangan ini membuatkan saya terus yakin dengan apa yang telah kami tulis dalam buku ini. Saya merasa lega kerana segala apa yang hendak dikata telah pun disampaikan manakala tanggungjawab dapat ditunaikan. Secara ringkasnya buku ini menjelaskan perihal keadaan politik negara waktu itu (sebelum PRU14) di mana jurang…

  • |

    PEGAWAI ARAB vs USTAZ

    – Baca Al-Quran di Kubur Siti Khadijah, Mekah – Menghadiahkan bacaan Al-Quran menurut Imam al-Syafie Tular rakaman video seorang pegawai Arab menegur sekumpulan jemaah umrah dari beberapa buah negara termasuk Malaysia di Perkuburan Ma’la, Mekah tempat letaknya kubur isteri Nabi ﷺ, Khadijah binti Khuwailid radiallahuanha. Kedengaran pegawai Arab berkenaan berkata…

  • |

    IJAB KABUL NIKAH

    Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi. Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan. Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu. Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah…