|

EKSTREM & MELAMPAU DALAM AGAMA

– Definisi Muslim yang baik

Sikap ekstrem dan melampau (ghuluw) ditegah oleh agama.

Sabda Nabi ﷺ:

إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ ‌الْغُلُوُّ ‌فِي ‌الدِّين.

“Jangan kamu bersikap melampau dalam agama kerana sesungguhnya apa yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu ialah sikap mereka yang melampau dalam beragama.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Majah]

Sabdanya ﷺ lagi:

هَلَكَ المُتَنَطِّعُونَ.

“Telah binasa orang-orang yang melampau.”

Ekstrem dan melampau dalam agama ialah perbuatan membuat tambahan dalam syariat, mengharamkan apa yang tidak diharamkan atau mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah ﷻ.

Contohnya menjadikan kubur sebagai masjid dengan melakukan solat, tawaf, iktikaf dan sebagainya di kubur, membasuh anggota wuduk lebih daripada tiga kali, enggan menerima rukhsah-rukhsah yang diberikan oleh syarak semasa bermusafir atau sakit di samping membuat tambahan syarat-syarat atau ketetapan-ketetapan tertentu tanpa sandaran nas.

Ini semua ditegah agama dan ia termasuk dalam erti ekstrem dan melampau.

KESIMPULAN

Muslim diperintahkan supaya berpegang teguh kepada ajaran-ajaran agama tanpa membuat sebarang penambahan atau pengurangan, tidak bersikap ekstrem melampau, seperti mana dalam masa yang sama tidak bersikap sambil lewa dalam urusan agama.

Ini bererti Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran agama bukan ekstrem.

Malah itulah definisi Muslim yang baik.

CATATAN

Sebahagian melihat Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran agama sebagai ekstrem manakala mereka yang bersikap sambil lewa sebagai moderat.

Lalu timbul istilah ‘Muslim moderat’ yang merujuk kepada mereka yang bersikap acuh tak acuh dengan agama, tidak menjaga solat dan batasan aurat malah bersikap ‘terbuka’ dengan hal-hal maksiat.

Ini keliru dan batil.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Muharam 1444H
19 Ogos 2022

Similar Posts

  • |

    MAHU KEMUNGKARAN BERLELUASA

    MAHU KEMUNGKARAN BERLELUASA . Idris bin Sulaiman . . . Syabas dan tahniah kepada pihak-pihak yang menguatkuasakan hukuman jenayah ke atas pesalah LGBT. . . Sebagai Umat Islam sewajarnya kita sokong usah-usaha seperti ini untuk memartabatkan Syariat Islam dan memelihara masyarakat daripada kerosakan-kerosakan golongan LGBT. . . Dukacitanya terdapat pihak…

  • |

    JAUHI PERKARA SYUBHAH

    Sabda Nabi ﷺ: إِنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَات لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاس،ِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرأَ لِدِيْنِهِ وعِرْضِه، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ. “Apa yang halal itu jelas dan apa yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhah yang…

  • |

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI . Menjawab Syubhat Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai Khuruj Melawan Pemerintah . . Telah tersebar syubhat yang menyatakan kononnya Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai rahimahullah telah khuruj terhadap pemerintah. . Ada pelbagai versi yang berlegar dan antara versi yang dipopularkan oleh sebahagian kelompok adalah versi…

  • |

    EVOLUSI CAPAL

    Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ. Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali. Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya…

  • |

    HADIS SEMUA BIDAAH SESAT

    – Faedah & pengajaran – Bidaah hasanah Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, katanya: Rasulullah ﷺ apabila berkhutbah, kedua-dua matanya memerah, suaranya meninggi, tampak sekali kemarahan baginda sehingga seakan-akan baginda sedang memberi peringatan kepada sebuah pasukan tentera dengan berkata ‘Musuh akan datang menyerang kalian pada waktu pagi…