The light shining through the clouds
| |

WALI ALLAH?

Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia.

Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai.

Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan.

Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat ‘Wali Allah’ membolehkannya berbuat demikian kerana alasan bahawa jika seseorang itu sudah sampai ke ‘darjat wali’ maka dia sudah bebas daripada semua ikatan hukum-hakam agama.

Apa yang haram bagi orang lain sudah barangkali menjadi harus baginya.

Beliau meninggal dunia pada tahun 2005.

Kubur beliau terletak di Banjar, Indonesia dalam sebuah bangunan khas berpagar, dihiasi dengan pelbagai macam hiasan batu marmar, bunga dan lampu manakala penduduk sekitar saban tahun datang mengadakan ‘majlis haul’ mengingati pemergian beliau.

——————-

Persoalan di sini, adakah benar fahaman seperti ini tentang wali Allah?

Sama sekali tidak. Malah tanggapan ini sesat lagi menyesatkan.

Firman Allah ﷻ:

أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ.

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka ialah orang-orang yang beriman dan mereka pula sentiasa bertakwa.”

[Al-Quran, Yunus, 10: 62-63]

Dalam ayat di atas, Allah ﷻ menegaskan bahawa para wali Allah ialah mereka yang beriman lagi bertakwa.

Takwa bermaksud mengambil perlindungan daripada azab Allah dengan melaksanakan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.

Ini bererti bahawa antara ciri utama para wali Allah ialah mereka yang patuh melaksanakan suruhan-suruhan agama seperti menunaikan solat fardu lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan di samping menjaga batasan-batasan syarak termasuklah batasan aurat lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.

Contoh paling jelas ialah Nabi Muhammad ﷺ.

Baginda ﷺ bukan sahaja seorang nabi dan rasul malah seorang wali Allah tanpa syak.

Jelasnya dapat dilihat bagaimana baginda ﷺ begitu prihatin dan bersungguh-sungguh melaksanakan suruhan-suruhan Allah ﷻ dan menjauhi larangan-laranganNya sepanjang hidup baginda ﷺ.

Demikian halnya dengan para Sahabat Nabi ﷺ.

Justeru mereka yang secara terang-terangan melakukan apa yang dilarang agama seperti membuka aurat, mengajak manusia percaya kepada hal-hal khurafat apatah lagi syirik dan kufur maka jelasnya mereka ini lebih layak dipanggil wali syaitan berbanding wali Allah.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
25 Zulkaedah 1443H /
25 Jun 2022

Similar Posts

  • |

    AGAMA DIJADIKAN BAHAN SENDA GURAU

    Agama tidak boleh dijadikan sebagai bahan senda gurau. Allah ﷻ memberi ancaman ke atas mereka yang menjadikan agamanya sebagai bahan senda gurau dalam firmanNya ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا “Orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan.” [Al-Quran, al-A’raaf, 07:51] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    GEMBIRA BERMAULID KERANA MIMPI??!

    Agama Islam ialah agama yang berteraskan wahyu; al-Quran dan al-Sunah. Mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil atau hujah syarie. Ungkapan seperti: “Apa yang saya mimpi bukanlah dalil, hanya dikongsikan sebagai ‘targhib’ dorongan untuk beramal soleh” adalah kenyataan yang keliru dan mengelirukan. Dia sendiri mengakui bahawa mimpi tidak boleh dijadikan dalil,…

  • |

    ANTARA TAKAFUL SYARIE & TAKAFUL KONVENSIONAL

    Yang pertama bertujuan untuk tolong-menolong, manakala yang kedua ialah untuk menjana keuntungan. Apa yang diasaskan untuk ‘tolong-menolong’ = Badan Kebajikan. Apa yang diasaskan untuk menjana ‘keuntungan’ = Syarikat Perniagaan. Syarikat Perniagaan = untuk jana keuntungan; BUKAN untuk kerja-kerja kebajikan. Badan Kebajikan = untuk kerja-kerja bantuan secara sukarela, mengumpul dana bagi…

  • | |

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN?

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN? Tidak kurang yang cuba mengaitkan penularan wabak penyakit KORONAVIRUS sebagai tanda AKHIR ZAMAN yang menunjukkan betapa hampirnya HARI KIAMAT. Hakikatnya, mereka sama ada AHLI NUJUM PAK BELALANG atau sekadar PENGLIPUR LARA yang mahu perhatian orang ramai supaya mendengar cerita-cerita sensasi mereka. Mengapa? 1. Kerana persoalan bila…

  • |

    TIADA KEBAIKAN KECUALI NABI ﷺ SUDAH AJAR

    Tiada kebaikan dan amal ibadah yang mendekatkan manusia ke syurga melainkan telah diajar oleh Nabi ﷺ, dan tiada keburukan yang membawa manusia ke neraka melainkan baginda ﷺ sudah larang. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ مِنْ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى ‌الْجَنَّةِ إِلَّا قَدْ ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، وَلَا عَمَلٌ يُقَرِّبُ إِلَى النَّارِ إِلَّا قَدْ…