| |

DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

Tiada sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya.

Justeru segala apa dalam hal ini merupakan rekaan semata-mata serta tokok-tambah dalam agama yang tidak diizinkan oleh syariat.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu perkara baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia tertolak”.

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ:

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Sesungguhnya reda Allah ﷻ dan kasihNya hanya dapat diraih dengan menghayati sunah Nabi ﷺ, bukan dengan mengetepikannya lalu mengadakan amalan-amalan yang tidak pernah diajarkan oleh baginda ﷺ. [Al-Quran, Aali Imran, 3: 3]

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Zulhijah 1443H
29 Julai 2022

Similar Posts

  • INOVASI BAHARU AGAMA – QIAMULAIL BERJEMAAH MALAM ARAFAH

    Qiamullail dianjurkan oleh agama sepanjang tahun dengan kelebihan dan fadilatnya yang besar. Tinggal lagi pelaksanaannya perlu dengan mengikut contoh Nabi ﷺ. Kecuali pada bulan Ramadan, ibadah qiamullail dilaksanakan secara bersendirian. Afdalnya dilaksanakan di rumah selari sabda Nabi ﷺ: أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ ‌فِي ‌بَيْتِهِ ‌إِلَّا ‌الْمَكْتُوبَة. “Sebaik-baik solat ialah solat…

  • |

    HUKUM ‘SOLAT HAJAT’

    Hadis Tentang ‘Solat Hajat’ Telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 479) dan Ibnu Majah (no. 1384) daripada Abdullah bin Abi Awfa, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ، فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ، وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى…

  • | | |

    DOA MUSTAJAB KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA?

    DOA MUSTAJAB KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA? # Meluruskan salah faham Dianjurkan bagi orang yang berpuasa supaya memperbanyakkan doa sepanjang hari dia berpuasa berdasarkan sabda Nabi ﷺ: ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ. “Tiga (golongan) yang doa mereka tidak akan ditolak.” Kemudian Nabi ﷺ menyebutkan salah satu golongan tersebut ialah: الصَّائِمُ ‌حَتَّى ‌يُفْطِرَ….

  • | | |

    DAGING KORBAN 2 KG

    Itulah jumlah daging yang diperoleh oleh rata-rata yang menyertai program qurban di masjid (atau tempat lain) setelah membayar harga bahagian masing-masing sepenuhnya. Kebiasaannya kita boleh mendapat daripada seekor lembu kira-kira 70 kg daging. Bahkan lebih. Ini bererti setiap peserta setelah membayar jumlah bahagian masing-masing kira-kira RM650 (harga lembu kira-kira RM4500)…

  • |

    “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH JADI MUAZIN TETAPI..”

    “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH JADI MUAZIN TETAPI..” # Fadilat menjawab azan # Indahnya Islam Maklum bahawa muazin (bilal) yang mengumandangkan azan di sesebuah masjid atau surau hanyalah seorang, dan terdapat banyak fadilat kelebihan bagi para muazin. Antaranya Nabi ﷺ mendoakan keampunan buat mereka dalam sabdanya ﷺ: اللهُمَّ أَرْشِدِ الْأَئِمَّةَ، ‌وَاغْفِرْ…

One Comment

Comments are closed.