MENGKERAMATKAN KUBUR

MENGKERAMATKAN KUBUR

# Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan

Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang.

Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا.

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (menyembah) Allah semata-mata maka janganlah kamu berdoa meminta kepada sesiapapun bersama-sama Allah.”

[Al-Quran, surah al-Jinn, 72:18]

Adapun individu yang berdoa kepada selain Allah ﷻ dan meminta daripada mereka yang telah meninggal dunia sama ada nabi, alim ulama, wali, orang soleh atau yang lain maka sesungguhnya dia telah menjadikannya sebagai sembahannya di samping Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمۡ لَهُ ٱلۡمُلۡكُۚ وَٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ مَا يَمۡلِكُونَ مِن قِطۡمِيرٍ إِن تَدۡعُوهُمۡ لَا يَسۡمَعُواْ دُعَآءَكُمۡ وَلَوۡ سَمِعُواْ مَا ٱسۡتَجَابُواْ لَكُمۡۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ يَكۡفُرُونَ بِشِرۡكِكُمۡ.

“Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu minta – selain daripada Allah – tidak memiliki sesuatupun walau senipis selaput biji kurma. Jika kamu minta daripada mereka nescaya mereka tidak mendengar permintaan kamu, dan jika mereka mendengar sekalipun maka mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu minta itu; dan pada Hari Kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu.”

[Al-Quran, Fatir, 35: 13-14]

Ayat di atas menjelaskan bahawa perbuatan berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ bukan sahaja sia-sia malah syirik menyekutukan Allah ﷻ.

Justeru Muslim diperintahkan supaya hanya berdoa kepada Allah ﷻ dan meminta langsung daripadaNya.

Firman Allah ﷻ:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡ.

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan permintaan kamu.”

[Al-Quran, Ghafir, 40:60]

Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا ‌سَأَلْتَ ‌فَسْألِ ‌اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ.

“Jika engkau meminta maka mintalah daripada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Adapun perbuatan berzikir di perkuburan dan berdoa dengan bertawassul kepada si mati maka pada hakikatnya bukan sahaja ia tidak pernah diajarkan oleh Nabi ﷺ malah hal tersebut membuka pintu khurafat serta syirik menyekutukan Allah ﷻ.

Banyak contoh yang dapat kita lihat dilakukan oleh sebahagian kelompok masyarakat Islam.

Ia bermula dengan mengkeramatkan kubur-kubur tertentu dan menganggapnya mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Kemudian kubur tersebut didatangi dan diadakan ritual-ritual tertentu seperti berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa dengan bertawassul kepada si mati itu sebelum akhirnya berdoa dan meminta langsung daripadanya. Ini jelas syirik menyekutukan Allah ﷻ.

Hal ini tidak wajar dipandang mudah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Rabiulakhir 1443H /
17 November 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • WABAK PENYAKIT

    WABAK PENYAKIT Semua penyakit barangkali boleh diambil mudah melainkan PENYAKIT SYIRIK. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ . “Sesungguhnya perbuatan SYIRIK merupakan kezaliman yang BESAR.” [Surah Luqman, ayat 13] Kata Ibnu Kathir: “Yakni kezaliman yang PALING BESAR.” CATATAN: Kini keadaan menjadi sebaliknya. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Zulhijah 1442H…

  • MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI? Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua. Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ. Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya. Kita bersetuju bahawa maksiat tetap…

  • KEBENCIAN SYIAH TERHADAP SUNNI

    KEBENCIAN SYIAH TERHADAP SUNNI Kata Ayatollah – Ayatusyaitan – Al-Khomaini (mati 1989): “Kita akan TUMPAHKAN DARAH NAWASIB (gelaran bagi orang Sunni)…” “Kita akan HANCURKAN MEKAH DAN MADINAH dari atas muka bumi…” “Hendaklah bumi KARBALA – bumi Allah yang berkat lagi suci – MENJADI KIBLAT solat manusia..” Rujukan: Lillahi Thumma Littarikh…

  • HADIS SAHIH SYÍAĤ

    HADIS SAHIH SYÍAĤ Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub). Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul…

  • SOLAT BERJEMAAH & SOLAT JUMAAT

    SOLAT BERJEMAAH & SOLAT JUMAAT Solat adalah sebaik-baik amalan dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa menghadap ALLAH. Solat adalah PERKARA PERTAMA yang akan DIHISAB pada HARI AKHIRAT kelak. KEJAYAAN dan KEMENANGAN bagi mereka yang MEMELIHARA SOLAT khususnya SOLAT BERJEMAAH dan SOLAT JUMAAT. Tidak dinafikan bahawa ia PERLU kepada KECEKALAN dan KETABAHAN…