Incomplete Puzzle Pieces

‘YAKIN BOLEH’ PERLU DIUBAH

# Membetulkan perkataan yang mengelirukan

Kajian psikologi Barat sering menekankan kepentingan untuk yakin dengan keupayaan diri sendiri. Manusia menurutnya adalah pusat segala penentuan dan perubahan. Ini kerana kepercayaan kepada tuhan hampir tidak ada dalam kajian-kajian psikologi Barat yang didominasi oleh golongan ateis. Hasilnya mereka mengetengahkan perkataan-perkataan seperti ‘believe in yourself’, ‘you can do it’, ‘trust no one but yourself’ dan seumpamanya yang jelas tidak memberi sebarang rujukan kepada tuhan.

Apa yang berlaku ialah banyak perkataan-perkataan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan digunakan secara meluas tanpa sebarang tapisan atau usul periksa. Antaranya ialah ‘yakin boleh’, ‘kejayaan di tangan anda’, ‘anda mampu melakukannya’ dan yang lain.

Bagi seorang Muslim tentulah hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana setiap patah perkataan ada makna dan kesannya. Jangan pula ada yang berdalih mengatakan sebaliknya.

Dalam Islam, sekalipun asal perbuatan adalah bergantung pada niat tetapi perkataan yang diucapkan pun diambil kira. Sebagai contoh syariat tetap melarang perkataan-perkataan yang berbaur lucah, cacian, makian dan sumpah seranah sekalipun diucapkan tanpa niat. Bagaimana pula dengan perkataan-perkataan yang pada zahirnya kufur menafikan keesaan Allah serta kebesaran-Nya? Tentu sahaja ia juga dilarang. Sama ada orangnya berniat kufur atau tidak adalah satu perkara yang lain.

Firman Allah ﷻ:

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ.

“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

[Al-Quran, Qaf, 50:18]

Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، ‌لَا ‌يُلْقِي ‌لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ.

“Sesungguhnya seseorang hamba itu mengucapkan satu kalimah yang dimurkai Allah ﷻ tanpa dia peduli lalu menyebabkan dia dihumban ke dalam Neraka Jahanam.”

[Hadis sahih. Riwayat Bukhari]

Justeru perlu ditekankan bahawa niat adalah satu perkata manakala ucapan adalah satu perkara lain. Barangkali perkataan kufur itu tidak diniatkan tetapi orangnya tetap boleh jatuh berdosa kerana lalai dan cuai.

Perkataan ‘yakin boleh’, ‘kejayaan di tangan anda’ dan ‘anda mampu melakukannya’ sebaiknya digantikan kepada ‘yakin dengan Allah’, ‘tiada apa yang mustahil bagi Allah’, ‘berdoalah’, ‘mintalah daripada Allah’ dan seumpamanya. Jauh lebih besar maknanya, tepat dan selamat.

Membetulkan Perkataan-Perkataan yang Mengelirukan:

MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN

CATATAN

Ramai yang pandang mudah hal-hal seperti ini. Ia dianggap picisan dan remeh. Hal ini tidak wajar kerana Muslim seharusnya mengutamakan perkara-perkara akidah melebihi segala yang lain. Jangan kerana terlalu terpengaruh dengan Barat sehingga menggadaikan kepercayaan Agama.

Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Rabiulakhir 1443H /
11 November 2021

Similar Posts

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • |

    KOMEN ARTIKEL ‘BAHANA RIBA’

    Rentetan tulisan semalam bertajuk ‘Bahana Riba’ ada yang memberi komen di bawah: “Rata-rata dah kena brainwashed sehingga susah nak keluar dari ‘sistem’ jika letak IFP (Perunding Kewangan Islam) di belakang nama tu. Mereka rasa macam ada lesen besar cakap pasal Islamik banking. Ramai juga kawan-kawan yang grad dari IBFIM jadi…

  • |

    HAKIKAT ERTI SYUKUR

    Mensyukuri nikmat ialah dengan mengakui nikmat dan Pemberi nikmat dengan tunduk, merendah diri dan cinta kepadaNya. Orang yang tidak mengakui nikmat tidak akan mensyukurinya. Demikian orang yang mengakui nikmat tetapi tidak tahu pemberinya tidak akan bersyukur kepadaNya. Adapun orang yang tahu nikmat dan tahu Pemberi nikmat tetapi tidak mengakuinya maka…

  • |

    JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN?

    JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN? # Beri galakan, jangan ditakut-takutkan; # Islam memudahkan, jangan dipersulitkan. Umat Islam dituntut membaca al-Quran, Kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad ﷺ sebagai petunjuk wahyu, pedoman dan asbab kejayaan Muslim di dunia dan akhirat. Terdapat banyak nas menjelaskan keutamaan membaca Al-Quran, antaranya sabda Nabi…

  • |

    LIMA JENIS ANAK

    LIMA JENIS ANAK Jenis-jenis Anak: PERTAMA: Anak yang tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak derhaka. KEDUA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya secara terpaksa. Anak yang tidak mendapat pahala. KETIGA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh tetapi kemudian mengungkit-ungkitnya sampai menyakiti orang tuanya, membentak…