|

KAFIR BARAT

KAFIR BARAT

# Mencela Nabi ﷺ
# Muslim pemuja Barat

Mereka mencela Nabi Muhammad ﷺ kerana berkahwin dengan Aishah pada usia muda
sedangkan dalam masa yang sama mereka membiarkan anak-anak gadis mereka mencari pasangan di kelab-kelab malam yang merupakan seburuk-buruk tempat.

Kesudahannya pelacuran dan zina berleluasa di sana pada tahap yang sangat dahsyat.

Ada pula Muslim yang bangga dengan negara Barat, tempat segala mungkar.

Seseorang itu bersama orang yang dia cinta; sama ada orang beriman atau orang kafir. Tidaklah dia mencintai sesebuah kaum melainkan dia akan dibangkitkan nanti di Padang Mahsyar bersama mereka. Jika dia cinta orang-orang beriman maka dia akan dibangkitkan kelak bersama mereka. Demikian sebaliknya jika dia cinta orang-orang kafir, berbangga dengan mereka dan menganggap mereka hebat lagi bagus berbanding saudara-saudara Muslimnya.

Artikel berkaitan:

Muslim boleh cinta dan kasih kepada orang kafir?

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10214359740859214/

Semoga Allah ﷻ mengikat hati kita dengan orang-orang beriman.

Idris bin Sulaiman
Kajang
4 Muharam 1443H /
13 Ogos 2021

Similar Posts

  • |

    MADINAH TETAP BUMI SUCI

    MADINAH TETAP BUMI SUCI Ada yang berkongsi berita bahawa Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) memperakui bumi Madinah Nabi ﷺ sebagai antara bandar paling sihat di dunia. Sumber: https://origin.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/779344/madinah-antara-bandar-paling-sihat-di-dunia Seolah-olah ia satu kebanggaan buat Muslim apabila bumi Nabi ﷺ ini diiktiraf oleh Pertubuhan dunia ini. Musykil. Sebagai seorang Muslim seharusnya kelebihan dan…

  • |

    TIGA SEBAB KEBENARAN DITOLAK

    Kata Syeikh Ibnu Uthaimin: “Tiga sebab kebenaran ditolak; kedangkalan, kelalaian dan niat buruk.” Kedangkalan yakni kecetekan pemahaman; kejahilan. Kelalaian yakni cuai; tidak bersungguh-sungguh mencari kebenaran. Niat buruk maksudnya tidak jujur mencari kebenaran, taasub dan mengikut hawa nafsu. [Syarah al-Kafiah al-Syafiah, 2/108] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin…

  • |

    PERAGA KEMEWAHAN DI MEDIA SOSIAL

    Kejahatan ada pintunya manakala sifat ujub takbur ialah kunci yang membuka pintu itu. Individu yang mempunyai sifat buruk ini akan terjebak dalam banyak perbuatan hodoh di mana dia berbangga dengan dirinya dan berperasaan lebih tinggi dan mulia berbanding orang lain. Sejarah umat dahulu menunjukkan bahawa orang-orang yang ujub takbur merupakan…

  • |

    SYUKUR, SABAR & ISTIGHFAR

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan: Jika diberi bersyukur, jika diuji bersabar dan jika terbuat dosa beristighfar. Muslim perlu kepada ketiga-tiga perkara ini untuk bahagia. Kerana kebahagiaan hakiki itu bukan dengan harta dan anak, bukan dengan kuasa dan jawatan, dan bukan dengan mengisi keinginan nafsu dan syahwat. Sebaliknya kebahagiaan itu dengan bertakwa…