|

MAKAN GUNA SUDU

Makan guna sudu hukumnya harus tetapi jangan sampai rasa bangga menganggapnya lebih bagus, ‘beretika’ dan ‘bersih’ berbanding makan guna tangan.

Perlu ditegaskan bahawa makan guna tangan termasuk dalam sunah Nabi ﷺ.

Kata Kaab bin Malik:

رَأَيْتُ رسولَ اللَّه ﷺ يَأْكُلُ بِثلاثِ أَصابِعَ فَإِذا فَرغَ لَعِقَها.

“Aku melihat Rasulullah ﷺ makan menggunakan tiga jari lalu setelah selesai baginda menjilatnya.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Kata Ibnu Muflih (wafat 763H):

“Sunahnya makan guna tangan, sedangkan orang yang guna sudu telah meninggalkan apa yang lebih utama sekalipun dia tidak berdosa memandangkan makan guna tangan hukumnya sunat, bukan wajib.”

Oleh itu, makan guna sudu tercela jika orangnya rasa bangga dan mahu tasyabuh (menyerupai) orang kafir.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

‌وَمَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ.

“Barang siapa tasyabuh (menyerupai) sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Hadis di atas merupakan ancaman ke atas Muslim supaya tidak menyerupai orang-orang fasik dan kafir.

KESIMPULAN

Makan guna sudu hukumnya harus tetapi afdalnya guna tangan. Ini kerana demikian ialah cara makan Nabi ﷺ. Tambah pula, orang-orang kafir Barat pada hari ini memang makan guna sudu dan mereka sedaya upaya elak daripada menggunakan tangan kerana menganggapnya tidak beretika dan tidak bersih. Fahaman ini batil dan Muslim disuruh supaya sedaya upaya menyalahi orang-orang kafir. Adapun jika terpaksa menggunakan sudu atau garpu kerana mahu menjamah mi, menghirup sup, yogurt dan seumpamanya maka itu tiada masalah kerana ia diharuskan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Jamadilawal 1445H
27 November 2023

Similar Posts

  • |

    MAULIDUR RASUL

    – Empat Soalan – Definisi Sambutan – Jalur keras Dalam Islam terdapat hanya dua perayaan, dan sambutan tahunan Maulidur Rasul bukan salah satu daripadanya. Buktinya ialah para Sahabat Nabi ﷺ. Mereka adalah golongan manusia yang paling arif tentang agama; Mereka adalah golongan manusia yang paling ke hadapan melakukan kebaikan; Mereka…

  • |

    ORANG PALING KUAT

    Orang yang paling kuat ialah orang yang bertawakal sepenuhnya kepada Allah ﷻ. Kata sebahagian ulama Salaf: “Barang siapa mahu jadi orang paling kuat maka hendaklah dia bertawakal kepada Allah.” [Zad al-Ma’ad, Ibnu al-Qayyim, 2/364] Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ “Kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah…

  • |

    DR MAZA & KETELUSAN

    DR MAZA & KETELUSAN . . Beliau berpandangan bahawa pihak yang mengatakan tiada jihad di Palestin & memboikot barangan yahudi satu kebodohan sebagai: . ‘syaitan Israel yang muncul di tengah-tengah Umat ini’. . Demikian ‘posting’ beliau pada 11 July 2014 di FB. . . Kini, 11 Ogos 2017, setelah tiga…

  • |

    URD DALAM KENANGAN

    Allahyarham Ustaz Rasul Dahri sudah pun pergi. Beliau istiqamah berdakwah sampai hari terakhir. Mahu membantu agama Allah atau memilih jalan menyimpang adalah pilihan masing-masing. Allah ﷻ berfirman: وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَا “Dan katakanlah: Kebenaran itu ialah yang…