|

IMAM MASJID HARAM DIPENJARA 10 TAHUN?

– Democracy for Arab World Now
– Council of Foreign Relations (CFR)
– Central Intelligence Agency (CIA)

Sejak beberapa hari lalu berita tentang seorang imam Masjidilharam dihukum penjara 10 tahun berlegar di media sosial kononnya kerana beliau mengkritik konsert dan acara hiburan di Arab Saudi beberapa tahun lepas.

Daripada carian yang dilakukan, tiada mana-mana saluran rasmi yang mengesahkan berita ini.

Sebaliknya, berita ini datang daripada laporan kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Democracy for the Arab World Now (DAWN).

Jika benar maka Muslim sekurang-kurangnya perlu skeptikal dengan berita ini kerana ia datang daripada pihak yang terang-terang memusuhi Islam.

Naif jika mahu bersangka bahawa DAWN prihatin dan kasihan sampai bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan hak seorang Muslim, lagi-lagi seorang imam Masjidilharam.

Yakinlah bahawa pihak seperti DAWN jugalah yang sekian lama menekan kerajaan di sana untuk membuka ruang diadakan acara konsert hiburan ini di samping mengkritik ilmuwan Arab Saudi sebagai ekstrem dan kolot ketinggalan zaman, lalu apabila kerajaan membenarkannya dan ada ilmuwan yang menegur sampai ditahan pihak berkuasa maka mereka ini jugalah yang tampil hendak menjadi hero kononnya mempertahankan hak ilmuwan itu.

Ini jika berita penahanan imam itu benar.

Walau apa pun, Muslim harus sedar bahawa musuh-musuh sentiasa berusaha gigih memporak-perandakan masyarakat Islam supaya mereka bergaduh sesama mereka.

Standard taktik musuh dengan cara ‘pecah dan perintah’ untuk terus menjajah dan berkuasa ke atas umat Islam.

Pentingnya ‘tabayyun’ memastikan kesahihan berita sebelum terima dan sebar sebagaimana perintah Allah ﷻ (Al-Quran, al-Hujurat,49:6).

Bagi yang belum tahu, ulama Arab Saudi sekian lama mempunyai pendirian yang jelas dan tegas tidak bersetuju dengan mana-mana acara maksiat tetapi dalam masa yang sama mereka menegur dengan cara yang bijaksana, bukan secara semberono sampai timbul ketegangan dan ketidakstabilan dalam negara.

KONTROVERSI KONSERT DI ARAB SAUDI

Apa yang pasti, pengarah DAWN ialah seorang warganegara Amerika Syarikat bernama Sarah Leah Whitson, anggota badan elit Majlis Hubungan Luar (CFR) yang sangat berpengaruh dalam menentukan dasar-dasar luar kerajaan Amerika Syarikat dan mempunyai hubungan rapat dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Safar 1444H
29 Ogos 2022

Similar Posts

  • |

    MEMPERKECILKAN DOSA

    – Jangan dilihat kecilnya dosa tetapi lihatlah Maha BesarNya Tuhan Memperkecilkan dosa menunjukkan rasa kurang takut kepada Allah ﷻ. Ia merupakan antara sifat orang fasik dan munafik. Ini berbeza dengan orang Mukmin yang takut berdosa dan melihat sekecil-kecil dosanya sebagai sesuatu yang besar. Ia menunjukkan kesempurnaan rasa takutnya kepada Allah…

  • |

    MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI

    MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI Video seperti ini jelas mahu memburuk-burukkan kerajaan Arab Saudi, menimbulkan kebencian Umat Islam terhadap mereka, dengan menampakkan seolah-olah salah seorang pegawai kerajaan mereka dihalau oleh penduduk Islam Palestin. Akhirnya ramai yang mungkin percaya dan terpedaya. Betapa mudahnya masyarakat Islam diperalatkan. Akhirnya dengan tangan-tangan orang Islam…

  • |

    RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…

  • |

    Kotak Capal

    Kotak Capal # Pentaksub Capal # Kotak pun jangan dibuang Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit. Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu. Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas. Kebiasaannya maksiat…

  • |

    HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH

    Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ: فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ. “Sesungguhnya barang siapa daripada…