|

ISU PALESTIN & MASJIDIL AQSA

ISU PALESTIN & MASJIDIL AQSA

Tiada yang baharu tentangnya kerana Masjidil Aqsa masih dijajah oleh kafir.

Sehingga kini tiada sesiapa yang mampu mengambil semula tanahnya dan memberinya kepada yang lain.

Apa yang pasti Masjidil Aqsa adalah milik orang Islam dan ia telah dirampas daripada mereka.

Semua kenyataan dan resoulusi mempertahankan isu Palestin dan Masjidil Aqsa bukanlah sesuatu yang luar biasa, manakala pihak yang mengeluarkannya tidaklah melakukan sesuatu yang baharu. Dia memberi apa yang tidak dimilikinya dan membicarakan sesuatu yang bukan di bawah kuasanya. Kerana itu kenyataan dan resolusinya tidak mengubah apa-apa.

Sewajarnya kita semua sedar bahawa tanggungjawab kita terhadap Agama dan umat Islam ialah untuk kita berusaha ke arah apa yang memuliakannya dan memperkasakannya.

Sedangkan umat Islam tidak akan menjadi kuat melainkan dengan mereka mengamalkan isi ajaran Agama secara betul berasaskan kepada ikhlas dan ittiba’ – mengikuti apa yang ditunjukkan oleh Nabi ﷺ, di samping merealisasikan makna tauhid, menekankan keutamaannya serta mengajak manusia kepadanya.

Sekiranya hal ini dilaksanakan maka umat Islam akan menjadi kuat, dan waktu itu mereka telah melayakkan diri mereka untuk diberi kemenangan oleh Allah ﷻ.

Perlu ditegaskan bahawa kemenangan Allah ﷻ buat umat Islam tidak akan datang melalui jalan sekular, liberlisme, Syiah Rafidah mahupun golongan yang memusuhi as-Sunah. Sebaliknya kemenangan Allah ﷻ hanya akan datang melalui jalan Ahli Sunah apabila mereka merealisasikan makna tauhid, menyeru manusia kepadanya dan menjadikannya perkara paling utama yang hati mereka akan merasa sangat gusar jika melihat Allah ﷻ disekutukan.

Adalah menjadi kewajipan atas para pemerintah Muslim supaya berusaha ke arah mengembalikan tanah Palestin dan Masjidil Aqsa kepada kaum Muslimin melalui jalan kebijaksanaan, ketegasan dan kerjasama antara sesama mereka.

Adapun kaum Muslimin secara amnya, mereka perlu menyerahkan urusan politik yang melibatkan hubungan antara negara-negara dunia kepada ahlinya dengan iringan doa agar Allah ﷻ mengurniakan mereka kejayaan dan kemenangan.

Dengan kata lain, masing-masing dengan kedudukan dan peranan masing-masing.

Sama sekali isu Palestin dan Masjidil Aqsa tidak boleh ditangani dengan cara melemahkan negara-negara Islam seperti mana yang dilakukan oleh golongan sesat Syiah Rafidah, pengekor-pengekor mereka serta kumpulan-kumpulan hizbi yang terus menerus menunggang isu ini sebagai jalan untuk mendapat pengaruh dan kuasa.

Seharusnya kita berwaspada kerana isu Palestin ini digunakan oleh musuh-musuh Islam serta musuh-musuh Ahli Sunah bagi merosakkan hubungan baik antara sesama kaum Muslimin dan melemahkan negara-negara Islam. Terdapat ramai penghasut dan pembohong yang menangguk di air keruh dengan jalan melemahkan umat Islam dan mengucar-ngacirkan mereka.

Sebagai contohnya kumpulan Brigade al-Quds (سرايا القدس) yang mengatasnamakan Masjidil Aqsa tetapi dalam masa yang sama membunuh orang-orang Islam di Syria, Iraq dan Yaman seraya melalungkan ‘maut ke atas Israel’. Mereka berdusta dan berbohong dengan mengambil kesempatan atas kejahilan dan emosi sebahagian kaum Muslimin.

Justeru menjadi kewajipan atas umat Islam supaya berhati-hati dan memperbanyakkan doa buat kaum Muslimin di Palestin. Moga-moga Allah memberi kesempatan kepada kita untuk dapat solat di Masjidil Aqsa satu hari nanti.

Idris bin Sulaiman
Kajang
6 Syawal 1442H /
18 Mei 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    AHLI PEMIKIR?

    AHLI PEMIKIR? Antara gelaran-gelaran yang mungkin kita pernah dengar tetapi maksudnya kurang jelas dan menimbulkan tanda tanya serta kemusykilan mengapa ia digunakan sedemikian ialah gelaran tokoh pemikir, ahli pemikir Islam dan seumpamanya. Mungkin ada yang berkata mengapa seseorang individu itu boleh dikatakan sedemikian sedangkan orang lain pun boleh berfikir. Dan…

  • |

    ARAB SAUDI BENARKAN JUALAN ARAK?

    Sejak dua menjak ini timbul desas-desas di medsos bahawa negara Arab Saudi akan membenarkan jualan minuman beralkohol. Sejauh mana benar atau tidak, wallahuaklam. Hanya sahaja dikhuatiri desas-desus ini psyop untuk memburukkan negara berkenaan oleh anasir-anasir Syiah dan Ikhwan yang sangat benci negara berkenaan. Kerana apa yang pasti, negara tercinta ini…

  • | |

    PROGRAM BELAJAR HADIS BERSAMA ULAMA BESAR MADINAH

    PROGRAM BELAJAR HADIS BERSAMA ULAMA BESAR MADINAH # untuk dewasa & remaja Program pengajian hadis bersama ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Razzaq Abdul Muhsin al-Badr kembali lagi. Program akan bermula pada 05 Jamadilakhir 1443H / 08 Januari 2022 selama setahun secara atas talian dalam bahasa Arab, percuma tanpa bayaran. Kini…

  • | | |

    WALI ALLAH?

    WALI ALLAH? Syukur atas nikmat ISLAM dan SUNAH. Sabda Nabi ﷺ: تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ. “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Sunah RasulNya”. Hadis hasan. Riwayat Imam Malik….

  • PENDAPAT JUMHUR ULAMA ADALAH BENAR?

    # Pendapat majoriti tidak semestinya benar Sekiranya pendirian jumhur ulama adalah ukuran kebenaran maka ini bererti bahawa setiap pendapat minoriti adalah salah. Lalu setiap pandangan ulama yang menyalahi jumhur dalam apa jua permasalahan perlu disaring dan dianggap batil semata-mata kerana ia menyalahi pendirian jumhur ulama. Tiada mana-mana ulama yang berkata…

  • |

    Ternyata (Dr) Zamihan Al-Ghari wajar disegani

    Ternyata (Dr) Zamihan Al-Ghari wajar disegani. Pandangannya terhadap gerakan Salafi di Malaysia telah pun diangkat di dalam kemaskini berita AhlulBayt News Agency (ABNA), antara agensi berita utama Syiah Iran yang berpengkalan di Qom. Saya sangka kenyataan tokoh-tokoh Syiah Malaysia yang akan diambil sebagai rujukan seperti Kamil Zuhairi Abd Aziz atau…