people

PENDAPAT JUMHUR ULAMA ADALAH BENAR?

# Pendapat majoriti tidak semestinya benar

Sekiranya pendirian jumhur ulama adalah ukuran kebenaran maka ini bererti bahawa setiap pendapat minoriti adalah salah. Lalu setiap pandangan ulama yang menyalahi jumhur dalam apa jua permasalahan perlu disaring dan dianggap batil semata-mata kerana ia menyalahi pendirian jumhur ulama.

Tiada mana-mana ulama yang berkata sedemikian.

Bahkan Ibnu Hazm menolak pendekatan berhujah dengan alasan ia merupakan pendapat jumhur ulama dengan menjelaskan bahawa terdapat banyak contoh di mana tokoh-tokoh ulama telah menyalahi pendirian jumhur dalam pelbagai permasalahan.

Perlu diakui bahawa pendirian jumhur bukanlah hujah kerana tiada nas yang menunjukkan sedemikian.

Sedangkan ALLAH ﷻ tidak pula mengarahkan untuk kembali kepada selain daripada Al-Quran dan hadis apabila timbul perselisihan (Al-Quran 4:59).

Maka barang siapa mengembalikan suatu perselisihan kepada selain firman ALLAH ﷻ dan sabda RasulNYA ﷺ bererti dia telah melampaui batasan yang ditetapkan oleh ALLAH ﷻ.

Ibnu Hazm berpandangan bahawa sekalipun jika jumhur ulama memilih satu pendapat dan seorang ilmuwan lain memilih pendapat yang berbeza maka perselisihan tersebut tetap perlu dikembalikan kepada Al-Quran dan hadis kerana itulah yang diperintahkan oleh syariat, dan ALLAH ﷻ sama sekali tidak menitahkan supaya sesuatu perselisihan itu dikembalikan kepada pendapat jumhur atau seumpamanya.

Beliau mengingatkan bahawa keganjilan (shadz) ialah apa yang menyalahi kebenaran sekalipun ia didukung oleh seluruh penduduk bumi melainkan seorang. Dalilnya ialah kerana keganjilan (shadz) itu tercela manakala kebenaran itu terpuji maka tidak mungkin apa yang tercela dipuji dalam masa yang sama.

Justeru sama sekali tidak boleh dikatakan pendapat seorang yang menyalahi jumhur sebagai salah dan ganjil (shadz) sekiranya dalil dan hujah bersamanya.

Lihat sahaja ketika mana hanya Abu Bakar dan Khadijah memeluk Islam dan mereka bersama Nabi ﷺ adalah al-Jamaah manakala majoriti penduduk bumi sesat dan ganjil (shadz).

Artikel berkaitan:

“Oh, ulama khilaf!”

ULAMA BERBEZA PENDAPAT

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan pertolongan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
1 Dhul Qa’idah 1442H /
12 Jun 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman
————————————–

* الإحكام في أصول الأحكام لابن حزم 5/863

Similar Posts

  • |

    SEMBAH CAPAL?

    Umat Islam diperintahkan untuk solat menghadap Kaabah di Mekah al-Mukarramah. Ia menjadi kiblat yang menyatukan umat Islam sedunia. Perkembangan semasa di tanah air menyaksikan sebahagian kelompok masyarakat Islam begitu taasub dengan simbol capal sehingga dilihat terlalu mengagung-agungkannya dan yang terbaru dalam sebuah gambar yang tular di media sosial kelihatan sebuah…

  • | |

    Qasidah Syirik di Bandar Bersejarah

    Tular di media sosial gambar-gambar sebuah program berlangsung di sebuah perkuburan tertentu di sebuah bandar bersejarah negara. Kelihatan para peserta berkumpul di sebuah kubur berpagar bagi mengikuti ritual-ritual tertentu. Kelihatan terdapat sebuah papan tanda bersebelahan kubur berkenaan yang memaparkan tajuk dalam tulisan Arab yang bermaksud ‘Qasidah Salam Allah Wahai Para…

  • |

    MATI SYAHID BUKAN ‘MARTYR’

    Perkataan ‘martyr’ dalam bahasa Inggeris merujuk kepada seseorang yang dibunuh atau dipaksa menanggung penderitaan kerana kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang dianutinya. Adapun istilah syahid dalam syariat Islam merujuk kepada orang yang mati di medan perang kerana mempertahankan agama Islam. Kedua-dua istilah ini membawa maksud yang berbeza sama sekali. Oleh…

  • |

    HADIS SEMUA BIDAAH SESAT

    – Faedah & pengajaran – Bidaah hasanah Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, katanya: Rasulullah ﷺ apabila berkhutbah, kedua-dua matanya memerah, suaranya meninggi, tampak sekali kemarahan baginda sehingga seakan-akan baginda sedang memberi peringatan kepada sebuah pasukan tentera dengan berkata ‘Musuh akan datang menyerang kalian pada waktu pagi…

  • |

    ‘MAZHAB TIDAK BERMAZHAB’?

    – Allamazhabiyyah – Mazhab Salaf al-Soleh Khatib dalam khutbah Jumaat semalam membuat analogi menyamakan antara golongan liberal sesat dengan golongan yang dinamakan sebagai golongan ‘mazhab tidak bermazhab’ atau Allamazhabiyyah kerana menurutnya kedua-dua modusnya dikatakan menjatuhkan kredibiliti dan autoriti ulama-ulama silam. Tidak dinyatakan siapa golongan Allamazhabiyyah ini secara spesifik. Apa yang…

  • |

    BIDAAH HASANAH

    – Dalil-dalil syubhah & jawapan SYUBHAH PERTAMA: Sabda Nabi ﷺ: مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ…