|

EVOLUSI CAPAL

Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ.

Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali.

Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya dan berpegang teguh kepadanya.

Termasuk dalam erti menghayati Sunah Nabi ﷺ ialah dengan meninggalkan rekaan dan tokok tambah yang diada-adakan dalam Agama sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ.

“Barangsiapa mengada-adakan SESUATU YANG BAHARU dalam urusan kita ini (AGAMA) maka ia adalah TERTOLAK”.

Hadis sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Jelas bahawa simbol capal merupakan perkara baharu dalam Agama yang sewajarnya ditolak dan ditinggalkan.

Ia bukan cara yang benar menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ.

Simbol Capal: Akidah atau Ibadah?
https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10218705213373311

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10220858919094608

Kini penggunaan simbol capal semakin hari semakin merunsingkan.

Jika pada awalnya ia hanya digunakan pada kopiah, ia kemudian dikomersialkan pada topi yang dipakai anak-anak muda. Setelah itu ada yang menggunakannya pada kenderaan mereka dalam bentuk stiker dan ada yang meletakkannya di mehrab masjid dalam bentuk ukiran.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial simbol capal diletakkan pada keranda.

Perhatikan bagaimana simbol capal ini berevolusi.

Sikit-sikit semakin lama ia bertambah sulit.

Kita khuatir tidak lama lagi akan ada yang menjadikan simbol capal ini sebagai rantai leher bagi menzahirkan kezuhudan dan pengabdian sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian dengan simbol bintang Daud dan salib mereka. Nauzubillah.

Jangan pula waktu itu masih menganggap ia remeh.

Jika simbol capal pada kopiah diaanggap lambang kejahilan, penggunaan rantai leher capal boleh dinggap tangkal lambang kesyirikan. Lagi bahaya dan berat.

Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Bertindak sebelum parah
18 Rejab 1442H / 2 Mac 2021
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ANDA HIDUP SEPERTI RAJA

    ANDA HIDUP SEPERTI RAJA Ya, jika dibandingkan dengan kehidupan Nabi dan Sahabat. Berkata an-Nukman bin Basyir: “Bukankah kamu mempunyai makanan dan minuman yang kamu mahu? Sesungguhnya aku telah melihat Nabi ﷺ tidak mempunyai (apa-apa makanan walaupun) kurma buruk untuk rasa kenyang.” Sahih. Riwayat Muslim. Berkata Aishah: “Sesungguhnya keluarga Muhammad ﷺ…

  • |

    ARAB SAUDI & TERRORISM

    ARAB SAUDI & TERRORISM . . Semenjak peristiwa Masjidil Haram ditawan oleh sebuah kumpulan radikal pimpinan Juhaiman bin Muhammad, seorang warga Arab Saudi pada tahun 1979 yang mengorbankan 234 orang dan mencederakan 451 yang lain, Arab Saudi telah menyaksikan siri insiden-insiden keganasan yang menggemparkan tanah airnya. . Pada musim Haji…

  • |

    ARAB SAUDI BENARKAN JUALAN ARAK?

    Sejak dua menjak ini timbul desas-desas di medsos bahawa negara Arab Saudi akan membenarkan jualan minuman beralkohol. Sejauh mana benar atau tidak, wallahuaklam. Hanya sahaja dikhuatiri desas-desus ini psyop untuk memburukkan negara berkenaan oleh anasir-anasir Syiah dan Ikhwan yang sangat benci negara berkenaan. Kerana apa yang pasti, negara tercinta ini…

  • |

    PROMOSI BUKU: TERIMA KASIH USTAZ REZA

    Terkejut apabila ada yang memaklumkan bahawa buku 80 Hadis Puasa Ramadan telah dipromosikan dalam rancangan siaran langsung televisyen Bernama pagi tadi. Dalam program bertajuk ‘Langkah Baru di Bulan Ramadan’ al-Fadhil Ustaz Reza Kamarudin berbicara mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan bulan puasa. Kita perlu persiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu, tegas…

  • |

    RENJIS AIR KERETA

    Amalan merenjis kenderaan baharu tiada dalam Islam. Tidak kira sama ada untuk dapat berkat atau menolak mudarat. Kerana Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah renjis kuda atau unta yang baru dibeli. Justeru jelasnya amalan ini tokok tambah dalam agama. Malah menyerupai amalan sebahagian penganut agama lain. Sedangkan Nabi ﷺ…