ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL

ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL

Sumber-sumber menunjukkan bahawa kebelakangan ini adegan-adegan lucah homoseksual semakin agresif ditayangkan dalam filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen bersiri dari Barat.

Masyarakat perlu sedar bahawa rancangan-rancangan ini bukan untuk hiburan semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu bentuk indoktrinasi secara halus.

Strategi indoktrinasi ini telah berjaya di Barat dan kini sedang digunakan ke atas negara-negara Islam yang dilihat menjadi benteng akhir penghalang kepada gerakan LGBT.

Strategi ini dilihat sangat berkesan di Barat kerana hanya dalam tempoh 20 tahun mereka dapat mengubah masyarakat negara-negara Kristian yang pada asalnya sangat konservatif berpegang kepada adat budaya tetapi kini menerima dengan penuh keterbukaan segala aspek ideologi LGBT.

Kini, bukan sahaja perkahwinan sejenis dibenarkan (di Amerika pada tahun 2015), malah sebarang kritikan terhadap LGBT akan mengundang tindak balas brutal bertubi-tubi.

Kesudahannya jangan terkejut melihat rata-rata individu ternama dunia, tokoh politik, personaliti terkenal daripada kalangan pelakon, penyanyi, ahli sukan atau syarikat gergasi dunia kini menjadi pro-LGBT.

Mana-mana pihak yang tidak sehaluan akan dikritik dan dipulaukan sepenuhnya sehingga terlingkup.

Berikut strategi indoktrinasi LGBT yang digariskan dalam buku ‘After The Ball: How America Will Conquer Its Fear & Hatred of Gays in the 90’s’ dengan sedikit penyesuaian untuk negara-negara Islam:

1. Bahaskan topik LGBT secara kerap dan terbuka.

Filem dan rancangan televisyen merupakan medium paling berkesan.

2. Paparkan golongan LGBT sebagai golongan tertindas.

3. Berikan kelompok yang mempertahankan LGBT justifikasi.

Contohnya atas alasan prinsip kemanusiaan, menegakkan keadilan, hak kebebasan dan kesamarataan.

4. Bersetuju bahawa LGBT mungkin haram tetapi ….

Mereka dilahirkan begitu dan tidak memilih cara hidup yang sedemikian, sebaliknya ia telah bermula sejak kecil dan seumpamanya.

5. Memburuk-burukkan golongan anti-LGBT sebagai ekstrem, tiada toleransi dan minda kolot dan tertutup.

6. Mulakan langkah-langkah pembaharuan undang-undang sedikit demi sedikit supaya menerima LGBT.

Langkah-langkah reformasi undang-undang supaya mesra LGBT:

– Hapuskan hudud;

– Tidak lagi menganggap tingkah laku homoseksual sebagai jenayah;

– Membenarkan tempat-tempat eksklusif LGBT

(kelab malam / pub gay);

– Mewujudkan status perlindungan undang-undang;

– Membenarkan perkahwinan sejenis;

– Mewujudkan undang-undang ‘Hate Speech’

(akta hasutan melindungi golongan LGBT);

– Mewajibkan pembelajaran tentang LGBT;

– Mewujudkan tandas dan kata ganti nama neutral jantina;

– Hak-hak penukaran jantina bagi ibu bapa / anak;

– Menghapuskan saki-baki sekatan undang-undang ke atas golongan LGBT.

Justeru, masyarakat terutamanya ibu bapa perlu berwaspada dengan filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen dari Barat. Usah lalai dan bersikap naif.

Ini merupakan sebahagian daripada agenda tersusun untuk merosakkan masyarakat dan anak-anak muda secara khasnya.

Kesudahannya masyarakat yang runtuh akhlaknya, lalai leka, seronok bergelumang dengan hiburan akan LEBIH MUDAH DITAWAN dan DIJAJAH sesudah mereka menggadaikan akal minda mereka untuk menerima ideologi jijik dan kotor ini.

Artikel-artikel berkenaan:

Isu LGBT:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214545565304709&id=1588241794

‘Menormalisasikan’ Budaya Kafir Barat:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211501783452065&id=1588241794

Dilahirkan Minat Sesama Jenis?:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212069083994224&id=1588241794

Daripada Allah jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
4 Zulhijah 1441H / 26 Julai 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • KAFIR BARAT

    KAFIR BARAT # Mencela Nabi ï·º # Muslim pemuja Barat Mereka mencela Nabi Muhammad ï·º kerana berkahwin dengan Aishah pada usia muda sedangkan dalam masa yang sama mereka membiarkan anak-anak gadis mereka mencari pasangan di kelab-kelab malam yang merupakan seburuk-buruk tempat. Kesudahannya pelacuran dan zina berleluasa di sana pada tahap…

  • ZIKIR MENGINGATI ALLAH ï·»

    ZIKIR MENGINGATI ALLAH ï·» 1. LA ILAHA ILLA ALLAH / لا إله إلا الله Nama: Kalimah Tauhid Makna: Tiada Sembahan Kecuali Allah Bila Sesuai Disebut: Sebaik-baik zikir. Hendaklah lidah sentiasa basah menyebutnya. 2. SUBHANALLAH / سبحان الله Nama: Tasbih / تسبيح Makna: Maha Suci Allah Bila Sesuai Disebut: Apabila melihat…

  • SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR

    SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR Hanya Allah ï·» sahaja yang benar-benar berkuasa di dunia ini dalam menentukan hal-hal kehidupan dan kematian, menurunkan hujan, mengeluarkan tanaman dan menurunkan rezeki. Tiadalah bala bencana seperti gempa bumi, ribut taufan dan banjir datang kecuali dengan ketetapan dan izinNya. Firman Allah ï·»: “Allah jualah…

  • BEZA ULAMA, MUFTI & KADI

    BEZA ULAMA, MUFTI & KADI Fatwa bukan sekadar memberi jawapan kepada si penanya tetapi dengan meraikan keadaan si penanya dan menetapkan hukum syariat yang sesuai dengan situasi yang dihadapinya. Ini bermakna penjelasan ulama berbeza dengan ketetapan mufti. Kadi pula adalah pihak yang diberikan kuasa oleh pemerintah untuk melaksanakan hukuman serta…

  • SOLAT HANYA DENGAN DOA

    SOLAT HANYA DENGAN DOA # Fahaman sesat Kata mereka: SOLAT: Bukan dengan cara rukuk dan sujud tetapi dengan berdoa sahaja. PUASA: Bukan dengan menahan diri daripada makan dan minum tetapi dengan menyimpan rahsia tarikat. HAJI: Bukan dengan pergi ke Tanah Suci Mekah tetapi dengan menziarahi kubur guru-guru tarikat. Inilah fahaman…

  • MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI

    MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI Video seperti ini jelas mahu memburuk-burukkan kerajaan Arab Saudi, menimbulkan kebencian Umat Islam terhadap mereka, dengan menampakkan seolah-olah salah seorang pegawai kerajaan mereka dihalau oleh penduduk Islam Palestin. Akhirnya ramai yang mungkin percaya dan terpedaya. Betapa mudahnya masyarakat Islam diperalatkan. Akhirnya dengan tangan-tangan orang Islam…